|
|
Post Last Edit by emera at 10-7-2009 08:50
Dengarnya... Kalau sudah cinta, kahwin saja...
Oleh Normah Becok
KALAUbetul bercinta, tak payahlah sibuk nak berdolak- dalik lagi. Dulu orangsimpati kepada seorang artis ini gara-gara suaminya yang sangguptinggalkan dia dan anak-anak semata-mata untuk bersama dengan wanitalain. Tapi sejak artis wanita itu dikaitkan dengan seorang lelaki,simpati orang ramai padanya semakin pudar.
Cik Normah dapat tahu sejak berkawan dengan lelaki itu, artisyang tidak kurang cantiknya itu semakin liar dan kononnya pernahdiberkas polis ketika sedang berhibur di sebuah disko dalam keadaanmabuk. Dulu pernah juga kecoh yang pasangan ini pergi bercutiberdua-duaan saja. Ingatkan apabila orang dah terhidu, pasangan iniakan lebih berhati-hati. Tetapi tidak rupa-rupanya.
Terbaru Cik Normah dapat maklumat dua ‘sahabat baik’ inikhabarnya bercuti pula ke sebuah lagi negara jiran. Tak tahu pula CikNormah kalau-kalau ada penggambaran drama di sana atau mereka sendiriyang bikin drama. Atau mungkin mereka ke sana untuk membeli persiapanperkahwinan, maklum sajalah di sana banyak kain renda yang cantik danmurah.
Cuma apa yang tak sedapnya, artis wanita itu sangguptinggalkan anaknya hanya kerana nak pergi bercuti dengan lelaki itu.Tak tahulah pula sama ada anaknya diletakkan di bawa jagaan ibunya ataumungkin bekas suaminya. Cik Normah tak kisah kalau mereka pergiberamai-ramai, ini pergi berdua pelbagai syak wasangka boleh timbul.
Cik Normah tak mahu menuduh apa yang pasangan itu buat disana, tetapi sumber maklumat Cik Normah yang geram sangat melihatpasangan ini di lapangan terbang berdua, sedang bersiap sedia untukberlepas minta Cik Normah tegur sikit pasangan kekasih ini.
Katanya kalau sudah berdua, macam-macam benda yang tak baikboleh berlaku. Dia sebenarnya simpati dengan artis itu yang semakinhanyut sejak rumah tangganya dilanda badai. Cuma nak ingatkan sampaibila dia akan terselamat. Kalau betul dia ada buat benda yang tak baik,lambat-laun Tuhan akan tunjukkan juga satu hari nanti.
Kalaubetul-betul sudah suka sama suka, janganlah fikir panjang lagi. Ambilsaja jalan terbaik iaitu menamatkan perhubungan itu dengan ikatan yangsah dan suci. Janganlah terlalu leka hingga diri mereka sering jadibahan fitnah. Ingat-ingatlah sikit pada nama baik keluarga dananak-anak.
from bharian online today.
aku nak speku, Si Abby kahhhhh???  |
|