CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5521|Reply: 2

Inap Desa Pelegong

[Copy link]
Post time 12-8-2009 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Pelegong pilihan utama pelancong asing

SEREMBAN 11 Ogos - Inap Desa Pelegong di Labu dekat sini menerima kunjungan seramai 1,460 pelancong luar negara sepanjang tahun lalu.

Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Hishamuddin Mustafa berkata, jumlah itu merupakan yang tertinggi berbanding tujuh inap desa lain di sekitar negeri ini.

Katanya, inap desa berkenaan turut mencatatkan rekod pendapatan tertinggi pada tahun lalu iaitu sebanyak RM220,554.

''Saya percaya Inap Desa Pelegong akan terus menjadi pilihan utama pelancong luar negara pada tahun-tahun berikutnya," katanya pada majlis sambutan Peserta Program Lawatan Suai Kenal Pelajar Antarabangsa dan Tempatan di Inap Desa Pelegong, Labu dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Abdul Mutalib Awang; Naib Pengerusi Inap Desa Pelegong, Basri Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Pelegong, Harun Shamsuddin.

Sementara itu, Hishamuddin memberitahu, program berkenaan yang disertai 26 pelajar tempatan dan empat pelajar antarabangsa merupakan kesinambungan Program Pelancongan Pelajar (3P) sejak ia dilancarkanpada Februari 2001.

Beliau menambah, program anjuran bersama Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pelajaran itu bertujuan memupuk perpaduan serta mengeratkan integrasi antara pelajar berbilang kaum.

''Di samping itu, 3P berupaya memberi pendedahan kepada pelajar tentang industri pelancongan di negara ini, memupuk semangat cintakan negara serta mencegah gejala sosial.

''Program inap desa dilihat sebagai platform yang paling berkesan untuk menjayakan kesemua matlamat 3P," jelasnya.

Justeru, kata Hishamuddin, Tourism Malaysia Negeri Sembilan akan sentiasa komited dalam membantu menjayakan pelaksanaan program tersebut di kesemua inap desa di negeri ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2009 10:32 AM | Show all posts
Kenangan manis di Pelegong

Oleh HUSSAINI AMRAN
[email protected]


Vivian Park Yea Won (dua dari kanan) dan Yinbonne Bien (dua dari kiri) menyertai tarian joget lambak di Inap Desa Pelegong, baru-baru ini.

SEREMBAN 11 Ogos - Suasana damai dan kemesraan masyarakat setempat menjadi daya penarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara ke Inap Desa Pelegong, Labu di sini.

Kokokan ayam jantan pada waktu pagi, persekitaran menghijau serta udara segar merupakan pengalaman istimewa bagi pengunjung yang tidak pernah tinggal di desa.

Di samping itu, adat perpatih yang diamalkan sebahagian besar masyarakat di sekitar Inap Desa Pelegong menambahkan lagi keunikannya.

Baru-baru ini, inap desa tersebut menerima kunjungan seramai 30 pelajar sekolah menengah yang menyertai program Lawatan Suai Kenal Pelajar Antabangsa dan Tempatan anjuran Tourism Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Bahagian Pemasaran Domestik, Tourism Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program selama dua hari satu malam itu turut disertai tiga pelajar antarabangsa dari Korea Selatan serta seorang lagi dari Indonesia.

Seorang pelajar antarabangsa, Yinbonne Bien, 15, berkata, dia tidak akan melupakan kenangan dan pengalaman manis semasa mengikuti program tersebut.

Dia yang berasal dari Seoul, Korea Selatan, memberitahu, sikap ramah mesra masyarakat di sini jelas terpancar di wajah mereka sewaktu menyambut kedatangannya dan rakan-rakan yang lain.

''Sambutan penduduk di sini memang di luar jangkaan. Saya tidak pernah menyangka rombongan kami akan disambut meriah dengan paluan kompang dan perarakan bunga manggar," jelasnya di sini baru-baru ini.

Tambah Bien, dia merancang untuk datang kembali ke sini bersama keluarganya dan akan mempromosi keunikan Inap Desa Pelegong setelah kembali ke Korea Selatan nanti.

Sementara itu, rakannya yang juga dari Seoul, Korea Selatan, Vivian Park Yea Won, 17, berkata, dia tertarik dengan demonstrasi majlis persandingan mengikut adat masyarakat berketurunan Minangkabau yang diadakan khusus untuk tontonan peserta program.

Menurutnya, pada demonstrasi itu, buat pertama kalinya dia dapat melihat sendiri keunikan busana tradisional Minangkabau yang dipakai oleh 'pasangan pengantin'.

Jelas Vivian, dia dan rakan-rakan lain tidak melepaskan peluang mempelajari tarian tradisional masyarakat Melayu dalam acara joget lambak dengan iringan muzik caklempong.

''Selain itu, saya pasti tidak akan melupakan kelazatan beraneka jenis makanan seperti lemang, rendang daging, kuih bahulu serta dodol yang dihidangkan pada majlis persandingan tersebut," jelasnya.

Pelajar dari Indonesia, Dexter Au Tugiono, 14, memberitahu, persekitaran di Inap Desa Pelegong sememangnya amat berbeza jika dibandingkan dengan kota raya Jakarta di mana dia dibesarkan.

Katanya, semangat kejiranan serta saling bantu-membantu masih lagi utuh di kalangan masyarakat di sini dan mereka amat mengambil berat tentang keselesaan pelajar-pelajar yang dijadikan anak angkat.

''Sikap prihatin dan keramahan masyarakat di sini membuatkan saya tidak berasa kekok bergaul dengan mereka. Memang terlalu jauh bezanya berbanding dengan masyarakat bandar yang rata-rata bersikap individualistik," jelasnya.

Menurut Dexter lagi, dia juga seronok kerana berpeluang melihat demonstrasi permainan tradisional seperti boling buah kelapa dan congkak serta proses menganyam bakul rotan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 07:12 PM | Show all posts
kampung ku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.092224 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list