CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3193|Reply: 4

nak kawen lagi?? pastikan bekas bini tak tau; kalau tak.......

[Copy link]
Post time 18-8-2009 05:43 AM | Show all posts |Read mode
..........dia bakar  kenduri kawen ko nanti!!!!!


mcm ni hah!!!



Bekas isteri mengaku bakar khemah


GAMBAR menunjukkan orang ramai melihat lokasi khemah majlis
perkahwinan yang musnah terbakar di Kuwait pada Sabtu lalu.

BANDAR RAYA KUWAIT - Bekas isteri kepada pengantin lelaki mengaku bertanggungjawab memulakan kebakaran khemah majlis perkahwinan yang menyebabkan 43 orang maut dan ramai lagi cedera, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berusia 23 tahun itu memberitahu polis bahawa dia menggunakan petrol untuk membakar sebuah khemah di bandar Jahra yang penuh dengan tetamu wanita pada Sabtu lalu.


Akhbar Al-Qabas melaporkan, tindakan itu dilakukan kerana wanita tersebut mahu membalas dendam kerana dia menerima layanan buruk ketika menjadi isteri lelaki berkenaan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Kolonel Mohamad al-Saber berkata kebakaran itu memusnahkan khemah dalam tempoh tiga minit.

"Kami sudah mengenal pasti pelaku kebakaran yang mengaku berbuat demikian atas sebab-sebab peribadi," kata Mohamad tanpa memberi maklumat lanjut.

Akhbar Kuwait Times melaporkan pengantin lelaki itu selamat tetapi ibu dan kakaknya meninggal dunia.

Sementara itu, akhbar Al-Qabas memetik sumber keselamatan sebagai berkata, seorang pembantu rumah berketurunan Asia melihat majikannya itu mencurahkan minyak di khemah tersebut. - AFP






bekas bini from HELL nih!!!!   yikesssssssssss



morel of the stori.......... kalu kawen... LAYAN bini baik2 wokeyyyyyyyyyy... sbb kalu tak..... in case ko cerai dia.. .pastu nak kawen yg lain....... hah!!!  dendam kesumat worang pompuan nih   tak padam2  weyyyyyy.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 07:42 AM | Show all posts
mcm ni pun ada gakk
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 08:02 AM | Show all posts
x semua pompuan mcm tu la...
nie mungkin terlalu mengikut emosi..
cozz ader org susah nak tgk org lain bahagia..
bila diri sendiri x bahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 08:11 AM | Show all posts
perempuan ini  mungkin mengalami tekanan jiwa...{:2_74:}
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 08:37 AM | Show all posts
pergh!!
main bakar2 jerrr terus
gile tul laaa ppuan nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.322311 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list