CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5836|Reply: 5

Kadar zakat fitrah [UPDATED post #5]

[Copy link]
Post time 20-8-2009 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bzzts at 10-8-2010 12:30

PUTRAJAYA 19 Ogos - Kadar zakat fitrah di Wilayah Persekutuan bagi Ramadan tahun ini dinaikkan daripada RM5.20 kepada RM7.

Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat CheAli berkata, faktor kenaikan itu adalah berdasarkan perkembangan semasa.

''Sama seperti di Selangor, zakat fitrah di Wilayah Persekutuan juga RM7.

''Kadar ini ditentukan setelah melihat keputusan yang dibuat olehjawatankuasa fatwa dan perkembangan semasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengumumkan bayaranzakat fitrah di negeri itu bagi tahun ini naik kepada RM7 daripadaRM5.20 tahun lalu.

Ia dipengaruhi kenaikan harga beras di pasaran yang menjadi makanan utama di Selangor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2009 08:53 AM | Show all posts
taun sudah mek nak byr zakat, ustaz tu pandang mek semacam jah :@:@:@:@:@:@:@

mek bukan nak cikcur theyolsss pohnnn, x koser bukan taste mek hoccay

motif jeling mek hala deyolsssss la lelaki paling macho perlu mek goda

choyyyyyyyyyyyyy :mad:
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 04:35 PM | Show all posts
huh... tahun ni bayar katne ek... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 01:34 AM | Show all posts
bagus gak info dr Mod Syd nih...tatau pun kadar zakat fitrah dah nek thn nih..
thanks Mod Syd...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 01:11 PM | Show all posts
Isnin Ogos 9, 2010

Zakat Fitrah Selangor Kekal RM7 Tahun Ini

SHAH ALAM: Kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor untuk tahun ini kekal pada RM7, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohd Adzib Mohamad Isa.

Beliau berkata pengekalan itu disebabkan tidak ada kenaikan harga beras di pasaran yang menjadi makanan utama rakyat di negeri tersebut.

"Pada tahun lepas, jumlah kutipan zakat fitrah ialah sebanyak RM16 juta dan pada tahun ini pihak kami menjangkakan jumlah yang sama akan dikutip di Selangor," katanya pada sidang media, di sini, Isnin.

Mohd Adzib berkata MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik 2,437 ketua dan penolong amil fitrah di seluruh negeri dan membuka kaunter sementara di pusat membeli-belah terpilih bagi memudahkan masyarakat Islam membayar zakat fitrah dan zakat harta.

Pusat membeli-belah terbabit ialah Centrepoint, Mydin, Plaza MPK dan Jaya Jusco Bukit Raja, kesemuanya di Klang dan di Giant, Kompleks PKNS dan Plaza Masalam, kesemuanya di Shah Alam.

Katanya sebanyak 23 kaunter akan dibuka setiap hari sepanjang Ramadan ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang, kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum kaunter dibuka pukul 9 pagi hingga 3 petang.

Mohd Adzib berkata pihaknya juga telah memulakan program agihan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bermula 27 Julai lepas sehingga esok melibatkan peruntukan RM14.5 juta.

"Ianya diagihkan kepada 18,352 keluarga fakir dan miskin di negeri ini. Daripada jumlah itu terdapat 11,114 keluarga asnaf miskin pada tahun ini berbanding 10,843 orang pada tahun lepas manakala bagi asnaf fakir pula terdapat 7,238 keluarga berbanding 10,778 pada tahun lepas.

"Bantuan adalah berupa wang tunai antara RM600 sehingga RM1,000 bagi setiap keluarga asnaf fakir mengikut tanggungan manakala asnaf miskin pula menerima wang tunai antara RM550 sehingga RM1,000 bagi satu keluarga mengikut tanggungan," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 11:51 PM | Show all posts
salam, selamat berpuasa pada umat islam
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.129814 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list