CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3784|Reply: 7

muzium pulau besar dan muzium kapal selam di melaka!!

[Copy link]
Post time 21-8-2009 07:51 AM | Show all posts |Read mode
2 lagi muzium baru di Melaka

MELAKA 20 Ogos - Kerajaan Melaka bakal memperkenalkan dua buah lagi muzium barunya di negeri ini sebagai tarikan pelancong pada masa depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dua muzium baru tersebut adalah Muzium Pulau Besar dan Muzium Kapal Selam.

Beliau memberitahu, peruntukan bagi penubuhan muzium itu disediakan melalui Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bersama Kementerian Pertahanan yang mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

''Dengan kelulusan itu, Melaka dapat menambah dua buah lagi muzium, sekali gus menjadikan 23 buah muzium di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Katanya, kapal selam milik TLDM yang berpengkalan di Cherboug, Perancis sebelum ini digunakan oleh anggota pasukan keselamatan negara bagi tujuan latihan akan ditempatkan di Pulau Besar pada tahun depan.

Tambahnya, kapal selam jenis Augusta sepanjang 67.6 meter dan lebar 6.8 meter itu digunakan sebagai tempat latihan anak-anak kapal selam pertama negara, Scorpene atau KD Tunku Abdul Rahman.

Kapal tersebut, katanya, dijadual tiba di Selat Melaka pada 16 Disember ini dari limbungannya di Brest, Perancis.

''Kapal selam ini akan ditempatkan berhampiran Muzium Pulau Besar dan bakal menjadi muzium ke-22 di Melaka.

''Muzium ini sudah tentu bakal menjadi satu lagi tarikan terbaru di negeri ini dalam bidang pelancongan," kata beliau.

Mohd. Ali memberitahu, kos pembiayaan bagi membawa pulang kapal selam berkuasa diesel itu akan dibiayai oleh Kementerian Pertahanan manakala kerajaan negeri akan menanggung kos penempatan di Pulau Besar.

Katanya, dengan kehadiran kapal selam itu, Melaka kini sebaris dengan Rusia, Jerman, India, Australia, Perancis dan Indonesia yang mengubah suai kapal selam lama sebagai muzium.

''Kita akan mengambil contoh Muzium Kapal Selam di Jakarta, Indonesia untuk dibina di sini dan saya yakin ia mampu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Melaka," katanya.

Tambahnya, semua kerja mengubahsuai ruang dalaman kapal selam itu mengambil masa tiga bulan dan dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya menjelang April 2010.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2009 02:17 PM | Show all posts
muzium kapal selam? letak bawah laut gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 03:12 PM | Show all posts
pesal nak buat kat tempat lain plak.....? kalau besarkan muzium tldm kat bandar hilir tuhh tak leh ker........? kat situ pun ada ditempatkan kapal tldm...... menyusahkan org nak gi 2 tempat........
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 05:21 PM | Show all posts
ai pernah pergi muzium kapal jer. sejarah kapal dan lautan sejak dari kerajaan melayu melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 11:18 PM | Show all posts
banyak2 muzium nak masuk kena RM lg.
kalo centralizedkan semua sekali kan senang.
bayar sekali semua bleh masuk.
hehe..
anyway kat melaka mg ada bnyk muzium.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 05:52 PM | Show all posts
Semasa saya ke Pulau Besar baru ni, ada dengar juga cerita ni dari driver ven.Tempat nak buat muzium tu katanya bekas resort kerajaan yg  telah d tutup. Betoi ka?.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2009 10:37 AM | Show all posts
seronok pegi melaka sbb pegi muzium je
bleh jadi leka..sehari suntuk kat muzium je pun takpe
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 12:34 PM | Show all posts
nak buat camna.. tu ler sumber pendapatan utama melaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 2.001096 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list