View: 4539|Reply: 21
|
malang jadik bini tua!!!
[Copy link]
|
|
Malang isteri tua
Oleh Abdullah Wahab
Habis madu sepah dibuang. Itulah nasib dialami seorang wanita yang tidak semena-mena ditinggalkan suaminya sejurus lelaki muda terbabit menamatkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di ibu negara, baru-baru ini. Tindakan lelaki terbabit bukan saja mengejutkan isterinya, Emy Mayshta, 40, malah boleh dianggap tidak berperikemanusiaan kerana wanita berkenaan sebelum ini mendakwa menanggung segala perbelanjaan pengajiannya selama empat tahun di IPTA.
Emy mendakwa, suaminya yang berusia 24 tahun menghilangkan diri seminggu sebelum majlis konvokesyen pada 15 Ogos lalu dan tidak pulang ke rumah mereka di Jalan Mat Raji, Padang Jawa, dekat sini, hingga kini. Katanya, kali terakhir dia bertemu suaminya pada majlis konvokesyen, namun hanya sempat berbual beberapa minit sebelum lelaki itu lari dan hilang di tengah-tengah kemeriahan majlis graduasi bersama keluarganya.
“Dia lari saya tak kisah, tapi apa yang saya nak ialah dia serahkan semula tujuh gelang, rantai dan cincin emas yang dianggarkan berharga lebih RM10,000 yang diambil kononnya sebagai simpanan. “Saya juga tak kisah kalau dia sudah tawar hati terhadap saya dan tak mengaku saya isterinya, tapi apa yang saya nak ialah hak saya,” katanya di sini, semalam.
Difahamkan, sebelum menghilangkan diri, suaminya turut melarikan beberapa dokumen penting milik Emy termasuk pasport dan sijil perkahwinan mereka. Lelaki itu kini dikatakan menyewa rumah bersama rakannya di Kuala Lumpur. Berikutan itu, Emy membuat laporan di Balai Polis Pantai di sini, kelmarin berhubung kejadian berkenaan. Emy berkata, dia juga sudah ratusan kali menghubungi dua telefon bimbit milik suaminya untuk berbincang perkara berkenaan, namun gagal.
“Apa yang saya tahu, dia meninggalkan saya disebabkan hasutan keluarganya yang memintanya membubarkan perkahwinan kerana perbezaan umur kami. “Saya tak kisah semua itu, tapi apa yang saya minta ialah datang jumpa saya dan berbincang secara profesional,” katanya yang turut mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan mereka yang kini dibela keluarga mentuanya.
Emy berkata, dia menanggung segala perbelanjaan termasuk yuran pengajian suaminya selama empat tahun di IPTA berkenaan menggunakan wang simpanan hasil penat lelahnya bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional. “Setiap minggu saya akan beri RM500 kepadanya dan ia berlanjutan selama empat tahun pengajiannya.
“Bukan saya nak ungkit tapi semua diambilnya. Malah, sepanjang hidup bersama, saya turut perturunkan segala ilmu saya kepadanya,” katanya. Perkenalan mereka bermula apabila suaminya mendapatkan khidmat perubatan secara tradisional selepas dia terkena penyakit misteri dan sejak itu cinta mereka berputik sebelum memutuskan berkahwin di rumah keluarga mentuanya, empat tahun lalu.
c'est la vie, mate!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kurang ajar betul
tu la..kawin lagi ngn org muda
for sure dia dh dapat makwe lain masa study tu
siannye kat makcik nihhh |
|
|
|
|
|
|
|
bini tua ni patut doakan moga suami nyer tu jadi bodo jer...............dah la menanggung pengajian jantan tu, pastu blah bodo mcm tu jer...... kalau pakwe makwe aku rasa ok lagi kalau dia nak menghilangkan diri macam tu jer , ni dah jadi laki bini..............  
sia2 je jantan tu blaja tinggi2.....foolish!!! @#&#...............:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
kes
sy pernah nampak kes macam ni....
tapi laki muda bini tua...
bini tu cemburu giler, and laki tu tak silap muda lagi..
mana laki tu nak pergi...kene berkepit sentiasa ngan bini dia tu..
kiranya macam nilah..mana si laki nak pergi...si bini msti ikut..kkdg tu tgk asyik berkepit jer...
bila citer sal hal ni, ader owg cakp kes dia ni laki kene kngkong ngan bini tua.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia da dpt pucuk betik baru la tu. "pikir dulu sblom kawen laki muda" |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 sekarang ni... tp memang kurang sesuai wanita berusia kahwin ngan lelaki muda.... |
|
|
|
|
|
|
|
ya allah kesian la perempuan tu...aku harap lelaki tu nanti byk hidup susah sebab dia dah menyusahkan wife dia...dahla tanggung seminggu RM500. kalau darab sebulan dalam RM2000 kan? student jenis apa yang belanja RM2k sebulan? nonsense! tak sadar di untung..mcm tu la kalau dah selalu susah, dapat senang sikit terus lupa diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
llk x sedo dr....cmni la...x kenang pengorbanan org langsung...mesti start dr mula2 kawin lagi...niat dia kawin tu x btul....cian prmpn ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dasar tak mengenang budi. kawin semata-mata nak suh tanggung pengajian dengan tanggung belanja hidup die la ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
ini ala2 anak ikan lupakan mak ikan |
|
|
|
|
|
|
|
laki muda kalau dah kawin dgn pompuan tua ke muda tanggungjawab dia tetap sebagai suami..ni mmg dayus abisla,dah la kikis duit bini...aduihla..macam2 |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan kes isteri tua bab poligami, tp isteri umo tua dari laki!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan kes isteri tua bab poligami, tp isteri umo tua dari laki!!!
kelat Post at 28-8-2009 18:20 
.. Baca tajuk.. I pun ingat kisah malang isteri no 1.... |
|
|
|
|
|
|
|
Malang isteri tua
Oleh Abdullah Wahab
Habis madu sepah dibuang. Itulah nasib dialami seorang wanita yang tidak semena-mena ditinggalkan suaminya sejurus lelaki muda terbabit menamatkan penga ...
amazed Post at 28-8-2009 12:34 
Pengamal ilmu perubatan tradisional... bomohkan jer si laki tu...
Dan si lelaki tu pulak.. apa hal nya nak lari2.. kalau betul... ceraikan jer cara betul.. tak pun bagi jer isteri tu madu muda... |
|
|
|
|
|
|
|
3# azmira81
dalam islam tak di ajar untuk mendoakan orang lain benda2 yg buruk. selalunya samada orang yg kita doakan tu lebih dapat yg bagus atau pahala sudah pasti. tapi kita yg mendoakan ni dah le dpt dosa, berbalik semula doa tu pd kiter. Jgn buat mcm tu yea dik yea.....Kita doakan semoga dia jumpa pasangan yg sesuai dgnnya. dan isteri tuanya lebih tabah menghadapi dugaan. Itulah dugaan Allah utknya. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dgn puan rmh ni, kalau dah cinta sangup buat apa2 je,tapi kawin dgn org yg jauh lebih muda pekara begini memang akan belaku.lelaki lah katakan. |
|
|
|
|
|
|
|
huhu dia kasi seminggu RM 500 sbln RM 2000 la kalau mcm tu.. cehh.. tak guna punya laki.. bini dh tanggung..dia lak mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
itulah... pempuan tak bley bela2 & bagi muka sgt kat suami.. sb lelaki ni, tahap mengenang budi dia rendah.. last2 akan jadi mcm ni.. habis madu sepah dibuang
sian sgt kat mak cik ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Malang isteri tua
Oleh Abdullah Wahab
Habis madu sepah dibuang. Itulah nasib dialami seorang wanita yang tidak semena-mena ditinggalkan suaminya sejurus lelaki muda terbabit menamatkan penga ...
amazed Post at 28-8-2009 12:34  ...something is not rite here...her child is with her in-laws...but...theres no mention of her wanting to get her child back...instead...she only asked for her jewelleries back...hmmmm...seorang ibu yang lebih risaukan harta benda daripada anak sendiri...most women will fight for their child...but this woman??...fighting for her rings and 7 bracelets...is she worth keeping??... |
|
|
|
|
|
|
|
ah ah memula macam tak perasan pun dia ada anak. Dia lega kot anak org bela  |
|
|
|
|
|
|
| |
|