View: 15637|Reply: 13
|
Anggur Sendayan Valley
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 28-9-2009 11:54
Anggur Sendayan
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
[email protected]
Diusahakan dua sahabat yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pertanian
JIKAselama ini, rakyat negara ini membeli anggur yang diimport dari luar negara, tidak lama lagi Malaysia boleh berbangga dengan label Anggur Sendayan Valley atau Lembah Sendayan.
Tiada siapa sangka Sendayan dekat Seremban, Negeri Sembilan, mempunyai ladang anggur yang dinamakan 'Sendayan Valley'.
Ladang anggur yang dimajukan A-Winn Corporation Sdn Bhd sejak hampir dua tahun lalu diusahakan dua sahabat, Azrul Nazim Abd Azam, 35, sebagai Pengarah Urusan dan Arthur Baumann, 49, sebagai Pengarah Eksekutif.
Menarikuntuk mengetahui kisah di sebalik pembukaan ladang ini kerana Azrul Nazim dan Arthur tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pertanian. Berbekalkan minat, mereka tekad mengusahakan ladang anggur di Sendayan.
AzrulNazim berkata, pertama kali melihat tanaman anggur ialah ketika melawat Thailand beberapa tahun lalu menyebabkannya kagum dengan kesungguhan petani negara itu mengusahakan anggur.
Azrul dan Arthur berbincang mengenai hasil ladang mereka.
"Ketikaitu, saya belum terfikir untuk mengusahakan ladang anggur. Apabila pulang ke Malaysia, saya berhasrat menceburi bidang pertanian dan kemudian terfikir untuk mengusahakan ladang anggur," katanya.
Bagi Azrul Nazim, menanam anggur ialah suatu cabaran kerana tidak semua orang boleh buat, tetapi memberikan kepuasan kepadanya.
Bermula pada 2007, sebanyak RM6 juta dilaburkan untuk projek ini yang dijalankan dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) dan pembiayaan kewangan Agro Bank. Walaupun seluas kira-kira 20 hektar, hanya 10 hektar dimajukan dan bakinya digunakan awal tahun depan.
Beliau berkata, percubaan peringkat awal mengecewakan kerana 4,000 daripada 10,000 pokok yang ditanam mati menyebabkan hanya 6,000 pokok yang tinggal hingga sekarang.
Ladang anggur Sendayan Valley yang diusahakan Azrul dan Arthur membuahkan hasil yang memuaskan dan bakal destinasi agro pelancongan terkemuka negara.
Katanya, empat jenis anggur ditanam di ladang itu, iaitu Black Opal, White Malaga, Shiraz dan Black Pearl dengan setiap jenis ditanam antara 1,000 hingga 2,000 pokok.
Bagaimanapun, katanya ladang itu turut ditanam bidara, nona, jambu dan mangga, tetapi tumpuan utama ialah anggur.
Azrul Nazim mengakui anggur sesuai ditanam di negara kerana iklimnya yang panas dan lembap sepanjang tahun.
"Ramai orang tidak tahu anggur ada dua jenis. Pertama, anggur yang sesuai ditanam di kawasan iklim sejuk dan kedua, di kawasan panas seperti Malaysia.
"Ini tidak menjadi persoalan kerana yang paling penting ialah penjagaan rapi kerana anggur mudah mati dan juga mudah hidup," katanya.
Beliau berkata, anggur Sendayan Valley sudah empat kali dituai, tetapi rasanya belum mencapai piawaian ditetapkan,manakala tuaian akan datang dijangka selepas Aidilfitri ini sebanyak tiga hingga empat tan yang dijangka lebih manis dan setanding anggur import.
Katanya, tuaian besar-besaran antara 30 hingga 50 tan dijangka pada April tahun depan dan boleh dijual di pasaran tempatan.
Sementara itu Arthur berkata, setakat ini mereka merancang untuk memasarkan anggur Sendayan Valley untuk pasaran tempatan.
"Saya harap dengan anggur Sendayan Valley, kita tidak lagi perlu bergantung kepada anggur import dan pengguna mempunyai pilihan sama ada mahu anggur import atau Sendayan Valley. Sudah tentu, harga anggur tempatan dijangka berpatutan," katanya.
Arthur berkata, Sendayan Valley akan meningkatkan pengeluaran anggur, tetapi masih dalam proses penyelidikan untuk mendapat anggur terbaik.
Selain itu, katanya mereka berhasrat menjadikan Sendayan Vallley sebagai antara destinasi agro pelancongan terkemuka di negara ini, terutama dengan lokasi yang hanya kira-kira 90 kilometer dari Kuala Lumpur dan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kami akan menaiktaraf ladang ini untuk menarik pengunjung datang berehat di sini sambi lmenikmati buah-buahan dan memperkenalkan Negeri Sembilan sebagai pengeluar anggur tempatan terkemuka di Malaysia," katanya.
Guna pekerja pakar dari Thailand
CUACA panas dan kelembapan tinggi serta hujan lebat sepanjang tahun adalah antara cabaran getir yang dihadapi Azrul Nazim Abd Nazam dan Arthur Baumann bagi memastikan tanaman anggur di Sendayan Valley menjadi.
Anggur memang rumit ditanam kerana memerlukan penjagaan dan pembajaan secukupnya, selain sensitif terhadap hujan lebat dan angin kencang.
Pokok anggur yang memanjat bergantung kepada tiang khas mudah rosak jika terkena hujan lebat atau dilanda angin kuat.
Cabaran alam ini menyebabkan daripada 10,000 pokok yang ditanam pada peringkat awal, hanya tinggal 6,000 pokok berikutan cuaca tidak menentu.
Bagaimanapun, dua sahabat ini tidak mengalah dan meneruskan usaha mereka hingga hari ini.
Menyedari kesukaran yang bakal dihadapi, mereka mendapatkan kepakaran dua pekerja dari Thailand yang berpengalaman menanam anggur.
Azrul Nazim berkata, pembajaan perlu dilakukan dengan tepat kerana jika berlebihan boleh merosakkan pokok, manakala baja yang digunakan ialah campuran organik.
Katanya, walaupun penanaman pokok anggur rumit, Sendayan Valley menggunakan teknologi biasa seperti tanaman lain.
"Hasil tuaian pertama dibuang kerana pokok baru menyebabkan anggur tidak manis. Hanya tuaian kedua, baru boleh dimakan kerana pokok matang dan rasa lebih manis," katanya.
Beliau berkata, dahan anggur juga perlu dipangkas dari semasa ke semasa bagi merehatkan pokok, berbanding di negara iklim sejuk yang dibantu alam semula jadi, iaitu proses hibernasi (pokok seperti tidur) pada musim sejuk.
Namun, katanya proses memangkas dahan perlu kerap dibuat kerana dahan baru cepat tumbuh, manakala pokok disiram dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan kemudian waktu petang sebelum senja.
Azrul Nazim berkata,tidak banyak perbezaan di antara anggur di kawasan panas dan sejuk,malah anggur kawasan panas lebih segar kerana ditanam di sini.
Katanya,benih diambil dari Thailand kerana negara itu lebih maju dalam penanaman anggur yang bukan saja dijual di negara itu, malah dieksport.
"Anggur boleh dituai selepas 10 atau 11 bulan, tetapi masalah lain ialah burung cukup suka anggur yang manis dan sering datang 'bermain' di ladang ini, terutama ketika buah mula membesar dan masak. Untuk mengatasi masalah ni, jerat dipasang untuk menakutkan burung," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk berita ni kt paper...gatal je tapak kaki nk g sendayan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
aritu kat TV pun ada kuar pasal Sendayan Valley....
kaau x silap....boleh petik sendri buah2 anggur tue....
syabas Azrul Nazim Abd Azam, 35, dan Arthur Baumann, 49,
Gud Job!:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Bila kita boleh pegi petik anggur tuh ek..? Ader hari-hari tertentu ker sepanjang masa open..? Mak Poca macam minat jek nak pegi |
|
|
|
|
|
|
|
ha next month nak gi pd bleh singgah sekali.. yahoo. kalau ada bukak lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah banyak kali lalu, asik tak bukak je.... :@ |
|
|
|
|
|
|
|
ado ko laie anggur tu? sodap ko? |
|
|
|
|
|
|
|
mahal ko kalau potik sendiri tu..? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# assafdiyah
mahal ko tak den tak kiro....
yg ponting ey feel tu.... feel bilo dapek potik sendiri kek pokok ey...
ekau ponah poie ko milah? sodap tak buah ey? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply assafdiyah
mahal ko tak den tak kiro....
yg ponting ey feel tu.... feel bilo dap ...
kenesep Post at 22-12-2010 10:14
kalau sekilo di caj nyo sampai rm100 ekau nak gak ko? setakat potik jo... tak yah la... baik den boli anggur kat kodai.. sekilo baru 12 inggit.. takdo bijik dan manih... tapi elok gak sobonar eh... sokong anak melayu...
lalu pon den tak ponah kenesep apo lai nak poi dan nak potik... hihi kau dah poi nanti bagitahu den yo..
baghu nampak muko ekau kat board ni... sah lah oghang noghoghi... |
|
|
|
|
|
|
|
dkt ngn kaw perumahan me kt nusari bayu...bile lalu je kt ldg tuh..tgk anggur2 sdg mmbesar...wahhh!!xcited nk tgk masak btl2..heehehe |
|
|
|
|
|
|
|
dkt ngn kaw perumahan me kt nusari bayu...bile lalu je kt ldg tuh..tgk anggur2 sdg mmbesar...wahhh!! ...
ilizarov Post at 28-6-2011 03:00
bila dah musim menuai ....habaq mai laa |
|
|
|
|
|
|
|
bila dah musim menuai ....habaq mai laa
alpinestar Post at 28-6-2011 17:24
hehehe...orait!!sme2 la kite tlong diorg mnuai...hehehe..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|