CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2255|Reply: 18

BMW 730Ld

[Copy link]
Post time 3-10-2009 03:02 AM | Show all posts |Read mode
Tenaga dinamik BMW

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


\

MODEL BMW 730Ld ini menawarkan penggunaan bahan api yang cukup menjimatkan.



Akhirnya, teknologi yang menjadi dambaan peminat automotif dunia kini tiba di pasaran tempatan. Dibawakan oleh pihak BMW Malaysia, teknologi termaju enjin diesel yang dikenali sebagai Efficient Dynamics itu pasti membuka satu lembaran baru dalam usaha penggunaan bahan api lebih cekap di Malaysia.

Penerimaan pengguna terhadap teknologi itu terbukti menerusi angka jualannya di seluruh dunia. Pada tahun 2008 sahaja, sebanyak 700,000 unit kenderaan yang dilengkapi teknologi Efficient Dynamics berjaya dijual di Eropah.

Menjelang akhir tahun ini, dijangka sebanyak satu juta kenderaan BMW berteknologi itu akan berada di atas jalan raya.

Populariti jentera keluaran BMW itu banyak disokong oleh lebih 30 anugerah yang diperolehnya dalam tempoh 10 tahun berikutan kecekapan penggunaan bahan api dan prestasi yang ditawarkannya. Tidak hairan juga jika enjinnya dinobatkan sebagai International Engine of the Year Awards.

Pihak Berkuasa Pengangkutann Motor Persekutuan Jerman mengiktiraf BMW sebagai jenama premium paling menjimatkan pada awal tahun ini.

Apa sebenarnya teknologi Efficient Dynamics? Ia terdiri daripada teknologi High Precision Injection (HPI), BMW Advanced Diesel Engine, Electric Power Steering, Brake Energy Regeneration, reka bentuk aerodinamik dan penggunaan material binaan yang ringan.

HPI yang menjadi teknologi utama dalam Efficient Dynamics dilengkapi dengan rangkaian penyuntik Piezo. Ia diletakkan di antara injap-injap bagi membolehkan proses pembakaran bahan api yang sempurna dan bercekapan tinggi.

Sementara teknologi Brake Energy Regeneration pula membolehkan bateri dicaj menggunakan tenaga kinetik apabila pemandu mengangkat kaki daripada pedal minyak dan menekan brek. Tenaga elektrik daripada bateri itu akan digunakan untuk operasi seluruh peralatan elektrikal dalam kenderaan tersebut.

Reka bentuk aerodinamik yang optimum digabungkan dengan inovasi pengurangan beban melalui penggunaan material ringan seperti aluminium dan magnesium. Hasilnya, ia bukan sahaja meningkatkan tahap penghantaran kuasa, malah menjadikan jentera berasa lebih tangkas.

Pengarah Urusan BMW Malaysia, Geoff Briscoe menyifatkan pengenalan model BMW berenjin diesel dilihat tepat pada masanya. Ia berikutan perubahan kesedaran pengguna Malaysia terhadap alam sekitar, selain inisiatif kerajaan memperkenalkan diesel gred Euro 2.

"Kami memberi fokus istimewa terhadap teknologi diesel di sini. Wujud banyak salah faham bahawa minyak diesel tidak bersih, mahal dan bising. Sedangkan enjin diesel menawarkan 20 peratus lebih kuasa kuda, 75 peratus lebih tork, 30 peratus pengurangan penggunaan bahan api dan 20 peratus kurang mengeluarkan gas karbon monoksida (CO2).

" Pengguna juga boleh berjimat kerana harga diesel 10 sen lebih murah berbanding petrol. Perkiraannya begini, jika memandu tujuh hari seminggu, dua hari daripadanya anda seakan-akan memandu menggunakan diesel secara percuma," kata Briscoe dalam ucapan alu-aluannya.

Perlu diingatkan bahawa teknologi ini tidak terhad kepada model-model tertentu sahaja. Justeru, BMW Malaysia menawarkan empat model diesel terbaru seperti BMW 320d Sports, BMW 520d Sports Edition, BMW X3 xDrive20d Executive Edition dan BMW 730Ld. Lebih menarik lagi, model paling laris iaitu BMW 320i Sports hanya kurang RM7,000 berbanding BMW 320d Sports. Satu tawaran yang nyata sukar untuk diketepikan.




Model BMW X3 xDrive20d Executive Edition misalnya dipasang dengan enjin diesel terkini. Enjin empat silinder dengan blok aluminium sepenuhnya itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 130kW dan 20 kilogram lebih ringan.

Enjin diesel binaan BMW juga memberikan model BMW 320d tork maksimum sehingga 350Nm, terbaik dalam kelasnya. Ini membolehkannya mencecah kelajuan 100 km/j dalam hanya 8.4 saat.

BMW juga mendakwa dengan satu tangki penuh, enjin itu membolehkan anda boleh pergi sejauh 1,000 kilometer!

Menjawab skeptikal pengguna Malaysia terhadap kualiti diesel yang ada di stesen minyak seluruh negara, Pengurus Pembangunan Produk BMW Malaysia, Daren Ching menegaskan bahawa model-model diesel BMW itu tidak berdepan sebarang masalah dengan realiti diesel tempatan yang bersulfur tinggi.

"Kami cuma mengalihkan diesel particle filter (penapis partikel diesel) daripada model-model yang dipasarkan di Malaysia. Pengguna tidak perlu bimbang tentang prestasinya," kata Daren.

Ditanya mengenai penerimaan orang ramai terhadap produk terbaru itu, Briscoe yakin permintaan akan meningkat menerusi promosi dari mulut ke mulut.

Bermula 3 Oktober, kesemua empat model BMW EfficientDynamics itu boleh dilihat secara dekat di 14 buah bilik pameran BMW di seluruh negara.

Harga jualan bagi model-model ini tidak termasuk insuran, tetapi ia hadir bersama BMW servis yang meliputi jaminan selama tiga tahun atau 60,000 km perbatuan dan penyelenggaraan.

*BMW 320d Sports: RM255,800

*BMW 520d Sports Edition: RM379,800

*BMW X3 xDrive20d Executive Edition: RM333,800

*BMW 730Ld: RM698,800




hah!!!   hampir 700K  mate!!!!!  mampos aku nak beli keta mahal camnih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2009 03:07 AM | Show all posts

hampir 3/4 jutak hinggit
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 03:45 AM | Show all posts
ai loike ths quote

International Engine of the Year Awards


hampir rm700k ni dari auto bavaria kan,hampir sama ngan rega X6 auto bavaria
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 08:45 AM | Show all posts
hmmm...kalu kat arab saudi bape riyal????ni dah skali ngan tah hapa hapa tax la kan yang

jadik mahal nak mamposssss...

BMW 730Ld from HELL!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 08:58 AM | Show all posts
tengok gambar jelaaa akuuu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 09:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by zzcbr at 3-10-2009 10:22

agak2 kalu teman nak `angkat' sebijik kete ni, warna apa yang sesuai
























teman bukan nak beli, nak angkat aje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2009 09:35 AM | Show all posts
6# zzcbr

sebelum angkat tuh abg zek perkena dulu Kopi Radix "mai sechawan"....
baru gagah zahir dan batin....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 09:50 AM | Show all posts
6# zzcbr

sebelum angkat tuh abg zek perkena dulu Kopi Radix "mai sechawan"....
baru gagah zahir dan batin....hehehe
mycos79 Post at 3-10-2009 10:35 AM


bang, yg tu benda lain yang terangkat lak nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2009 11:08 AM | Show all posts
bek beli M5  macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 01:41 AM | Show all posts
x6 lebih cun...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 08:08 AM | Show all posts
Kereta BMW 7 series, Merc S-class rata-rata company yg beli. Company yg maintain dan bubuh minyak. Siap dgn driver lagi. Individu jrg yg amat beli kedua2 kereta nie.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 10:24 AM | Show all posts
11# Bell

diaorg beli atas nama company supaya nak kurangkan bayar income tax
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 11:16 AM | Show all posts
tengok gambar jelaaa akuuu.
mas999 Post at 3-10-2009 08:58


Bimmer 7 series tahun 1983 dah murah dah sekarang ni. RM9000 jer....angkat la sebijik...

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 10:26 PM | Show all posts
hmmm...kalu kat arab saudi bape riyal????ni dah skali ngan tah hapa hapa tax la kan yang

jadik mahal nak mamposssss...

BMW 730Ld from HELL!!
zaujahzauji Post at 3-10-2009 08:45


from hell pun, tp dia the best performance
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 10:28 PM | Show all posts
Bimmer 7 series tahun 1983 dah murah dah sekarang ni. RM9000 jer....angkat la sebijik...


penyo Post at 7-10-2009 11:16


kan.. nanti org tanya pakai kereta apa? bmw 7series.. wow!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:18 AM | Show all posts
model2 7 series lama nie ramai yg pakai skang nie tapi enjin dah tukar keta jepun..
dah tak feel jerman dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2009 08:25 AM | Show all posts
11# Bell

diaorg beli atas nama company supaya nak kurangkan bayar income tax
aufa Post at 7-10-2009 10:24


Nak kurangkan income tax dan nak kurangkan maintaince cost dan nak duduk kat seat belakang sambil supir di depan memandu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 08:39 AM | Show all posts
kan.. nanti org tanya pakai kereta apa? bmw 7series.. wow!!
ctredzuan Post at 7-10-2009 22:28


tak minat tol haku ngan semua 7 series.. beso sangat
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:00 PM | Show all posts
tapi tengok jason statham bawak takde ler nampak besor sangat...sajak jer nengok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.160800 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list