CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

NUR KASIH THE MOVIE

  [Copy link]
Post time 21-6-2010 08:26 AM | Show all posts
alah,sarah x de ke?

yelah kan die frust ngan aidil geram giler tgk die kat dlm cite tuh,mulut jahat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2010 08:40 AM | Show all posts
Reply 43# cmf_blingblings


   
kaannnn....ada watak batu api cam sarah tu bru best...kalu pun ada watak sarah tp tukar plakon pon tetap tak best...hanya Nazeera yg berjaya bawak watak sarah rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 08:47 AM | Show all posts
tak sabar nk tgk mv ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 08:59 AM | Show all posts
harap2 adalah watak sarah...kalau tak cam tak best aje
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 09:40 AM | Show all posts
tu la..patot sarah ade
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 09:53 AM | Show all posts
mia sara yg amani tu kan...haku hengat maisara yg montel rambut kerinting  citer bung tu
trkezut haku cam x sesuai......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2010 09:56 AM | Show all posts
alahai...korang ni...pandai la khabir baktiar tu nk wat camne...dah tentu dia dah biasa wat filem....sarah xde pun bkn masalah besar bg nya....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 10:06 AM | Show all posts
Harap citer nie best laa... tidak menghampakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2010 10:13 AM | Show all posts
Ganasnyer tajuk cite...
cmf_lie Post at 21-6-2010 01:02



    sebab ai tak suka citer tuh, haruslah namanya ganas sikit
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 04:40 PM | Show all posts
sinopsis plss.. nk tau gak isu ape yg akan diketengahkan dlm NKTM ni. sbb dlm drama semua mcm dh happy jer. sarah dh insaf, aidil & aleeya dah berbaik, nur & adam dah together, katrina dah mati. so utk movie, isu ape plak yg akan timbul coz as far as i know watak sarah dh xde dlm movie. konon nyer g study kat oversea. so spe yg akan jd antagonist yer?? spe yg tau sinopsis NKTM tepek la kt sini... btw im looking forward to watch diz movie. skg ni tgk ulangan drama NK kat tb9 pon still meleleh airmata lg. hiks. diz drama never failed to touch my heart..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 06:52 PM | Show all posts
i pon x dpt agak apakah lg citer yg nk di creat kan...tiz ada ckp versi film lg menyentuh kalbu, dulu dia berkorban cinta jer tp utk film dia berkorban krn Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 07:20 PM | Show all posts
Nur Kasih: Filem Pertama Tiz, Walaupun...


credit to: www.murai.com.my



Teks oleh: Syafiqah Jalal


        KUALA LUMPUR, 21 JUN 2010: Siapayang tak kenaldengan pelakon wanita yang berkulit gebu dan mulus, TizZaqyah, 21,ini. Semenjak dia membintangi drama popular bersiri NurKasih yangditayangkan di TV3 , namanya terus melonjak naik. Padahal,awal-awallagi, dia pun sudah pun berlakon dalam produksi drama yanglain.
Kini, gadis berbintang Scorpio ini bakal bergelar pelakonlayarlebar tidak lama lagi menerusi Nur Kasih dalam versi filem yangmana iaakan turut mengekalkan hampir semua barisan pelakon asalnyatermasuklahTiz sendiri.
Ditemui sewaktu majlis doa selamat filemNur Kasih dilangsungkan diRestoran Teak 5 Furniture & Cafe, MutiaraDamansara baru-baru ini,Tiz sempat berkongsi perasaannya denganmurai.com.my tentangpemilihannya sebagai pelakon utama filem tersebut.
"Perasaan saya sebenarnya bercampur-baur. Lebih-lebih lagisewaktumula-mula saya ditawarkan untuk berlakon sebagai salah seorangterajuutama dalam filem ini. Sudah tentulah saya bersyukur sangat danpadawaktu yang sama, saya teruja sebab dulu saya hanya berlakon dalamNurKasih untuk versi drama bersiri tetapi kali ini dalam bentukmediumyang lain pula iaitu filem.
"Saya juga berasa agak sedikitgementar kerana ini adalah percubaanpertama saya berlakon dalam filem.Tapi saya juga harus melatakkankeyakinan yang tinggi untyk berlakondalam filem ini. Malah, saya perlumembuat persiapan dari sudutpersediaan dalaman dan luaran sebelum sayamenjejakkan kaki ke set.
        "Saya tidak mahu menjanjikan apa-apa kecuali berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk filem Nur Kasih ini", katanya.
Jelas Tiz lagi, kalau hendak diikutkan sduah ada pihak produksilainyang menawarkannya m untuk berlakon dalam beberapa filem yanglainsebelum ini tetapi dia menolaknya atas sebab-sebab yang tertentu.
Namun, berlainan pula dengan Nur Kasih versi filem. Sebaiksajaditawarkan membintangi filem ini, dia terus tidak teragak-agakuntukmenerimanya.
"Memang sebelum ini Tiz ada menerima beberapatawaran untukberlakon filem. Tapi apa yang membuatkan Tiz terima untukberlakondalam Nur Kasih versi filem ini adalah kerana dramanya.Disebabkandrama bersiri Nur kasih inilah, orang mula mengenali siapaTiz danoranfg juga mual melihat bakat yang ada pada Tiz," katanya.

Tiz yang sebelum ini pernah meraih Anugerah Pelakon Wanita PopulardiAnugerah Bintang Popular baru-baru ini juga menjelaskan memangagaksukar sebenarnya baginya untuk membawa nama sebagai pelakon NurKasih.
"Agak susah jugak la kerana ramai orang ingat yang di luarceritaNur kasih pun saya ni bertudung. Tapi, lama-kelamaan saya rasaorangdah boleh faham dan boleh terima siapa diri saya yang sebenarnya",ujarTiz dengan tenang.
Nur Kasih versi filem ibakal menjalanipengambarannya di sekitarLembah Klang dan beberapa tempat menarik diJordan. Filem inijugadijangka akan menemui penonton pada Disember tahunini atau Mac tahunhadapan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 07:27 PM | Show all posts
Filem ini juga dijangka akan menemui penonton pada Disember tahun ini atau Mac tahun hadapan.


wah... tak sabar nak tgk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 10:22 PM | Show all posts
ok!!! aku akan pergi tgok citer ni..sebabnyer dari drama die lagi memang best gilllleeeerr!!! sampai kalau aku tertinggal episod aku sanggup meroyan2 pergi download episod aku termissed tue...

kalau OR...aaiisshh...aku lom tentu tgok, sedih betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 08:26 AM | Show all posts
Reply 5# kerill


    Laa..x de ke watak dia...suka sgt budak ni cuteeeeeeeeeeeeee.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 09:42 AM | Show all posts
Wajib g tengok nie....ummi aka sarah ada ke tak ke..tak penting...as long Remy ngan Tizz ttp hero n heroin....watak kacau daun tu blh jer wujudkan watak baru...lg pun nak ke ummi berlakon ngan Remy lg...tak takut ke kena pukul lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2010 09:46 AM | Show all posts
tak suka
benci
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:10 AM | Show all posts
Noktah cinta Adam, Nur Amina
Oleh Elrafaei Sapi

2010/06/22      

ANTARA banyak kisah cinta yang dipaparkan dalam kebanyakan drama dan filem tempatan, drama Nur Kasih berjaya mencipta fenomena luar biasa kepada peminat drama Melayu. Drama itu arahan Khabir Bhatia dan skrip ditulis isterinya, Mira Mustaffa.

Drama itu yang ditayangkan pertengahan tahun lalu di TV3 berjaya mencatat rating 4.3 juta penonton. Berdasarkan skrip yang mantap, kekuatan drama itu juga hasil cemerlang pelakon utamanya seperti Remy Ishak, Tizz Zaqyah, Fizz Fairuz, Ayu Raudah dan Ummi Nazeera.

Semua pelakon itu berjaya memberikan penghayatan yang terbaik sehingga penonton turut tersentuh dengan cabaran yang ditempuh Adam (Remy) bersama Nur Amina (Tizz). Atas kejayaan itu, ia mendorong Khabir dan Mira membawa drama itu ke layar perak.

Khabir berkata, filem itu masih menggunakan elemen cinta sebagai plot utama. Seperti yang disampaikan menerusi drama, definisi cinta bukan saja sesama manusia tetapi merangkumi rasa kasih pada Tuhan.

"Dalam versi filem, ia masih memfokuskan pada tiga watak utama, Adam, Nur Amina dan Aidil yang berdepan konflik dalam hidup. Walaupun Adam dengan Nur Amina sudah berkahwin tetapi cabaran yang ditempuh mereka tetap ada.

"Saya tidak boleh menghuraikan lebih lanjut mengenai skrip filem ini tetapi apa yang dapat saya katakan, karya ini lebih emosi berbanding drama.

"Penggambaran filem ini mengambil masa 10 hari di lokasi sekitar Lembah Klang dan Jordan. Kami memilih Jordan kerana keindahan negara itu yang berlatarkan gurun dan bukit.

"Sudah tentu penggambaran di luar negara itu juga menambahkan lagi kelebihan dan daya tarikan pada filem ini. Tiga pelakon utama, Remy, Tizz dan Fizz akan ke sana pada 25 Jun ini," katanya.

Dalam kesibukan memulakan penggambaran, Khabir yang hadir pada majlis Doa Selamat dan Pelancaran Filem Nur Kasih di Mutiara Damansara, Selangor, baru-baru ini, menyatakan Ummi tidak dapat berlakon kali ini kerana dia belajar di luar negara. Bagaimanapun, wataknya tidak digantikan sesiapa.

"Drama sebanyak 26 episod sebelum ini memberikan banyak cabaran. Namun, saya beranggapan menghasilkan filem lebih mudah berbanding drama. "Filem ini juga diterbitkan atas sambutan dan permintaan penonton yang menyukai drama ini. Saya merancang membawa filem ini ke Singapura dan Brunei untuk tayangan nanti," katanya.

Mengenai kisah peribadi membabitkan Remy, Ummi dan Tizz yang mencetuskan kontroversi, Khabir menyatakan, dia tidak mahu campur tangan dalam urusan peribadi mereka. Dia juga tidak pasti sama ada cerita panas mereka dapat membantu aspek promosi filem itu.

Bagi Mira, dia menulis skrip itu selama tujuh bulan termasuk enam bulan memikirkan plot hingga lima draf dihasilkan. Sebagai penulis skrip, dia berusaha mengimbangi kehendak penonton agar filem itu dapat memberi kepuasan kepada mereka.

"Sebenarnya, saya tertekan juga untuk menghasilkan skrip filem kerana saya perlu seimbangkan aspek cinta dan agama. Saya percaya filem ini boleh difahami penonton yang tidak pernah menyaksikan drama. Namun, filem ini masih mempunyai kesinambungan plot pada drama lalu dan peminat lebih faham jika pernah menontonnya.

"Mengikut plot, kali ini mereka bercuti ke Jordan. Saya mahu kejutan filem ini bukan hanya pada penghujung cerita tetapi penonton terhibur sepanjang menyaksikannya dari awal hingga akhir.

"Filem ini penting kerana ia adalah kesudahan pada cinta Adam dan Nur Amina dan tiada sekuel drama bersiri selepas ini," katanya.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:17 AM | Show all posts
aku x tau pun jln citer nurkasih ni canner.. sbb time ditayangkan.. time tu ler aku otw balik umah... ni dh kuar muvi laks..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:23 AM | Show all posts
dvd cite ni ada jual lg ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.075449 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list