CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuasri

KAITAN SIFAT 20 DENGAN MAZHAB SYAFIE ADAKAH IANYA BENAR

[Copy link]
 Author| Post time 12-12-2009 02:02 PM | Show all posts
Ini anda belajar asal usul  sifat 20 hanya dari youtube semata-mata ke ?
Jarumemas Post at 11-12-2009 18:20


kalau nak radd saya pun janganlah memberikan fakta yang dangkal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2009 03:20 PM | Show all posts
Marhalah Ketiga: Menjadi seorang sunni salafi sepenuhnya.
Yang mana beliau mengithbatkan (menetapkan) segala sifat-sifat Allah Subhanahu wa-Ta’ala tanpa takyif (membagaimana), tasybih (menyerupakan), ta'til(membatalkan), tahrif (menyimpangkan atau merubah) dan tajsim(menjasmanikan) sesuai dengan fahaman Imam Ahmad bin Hambal sebagaimana dijelaskan dalam mukadimah kitabnya "al-Ibanah" dan "MakalatIslamiyin".
Pembahagian kepada tiga marhalah seperti di atas ini dapat disemak di dalam kitab(طبقات الفقهاء
الشافعيي


bOleh saudara Abu Asri berikan teks asal dari kitab tersebut .. agar boleh dinilaikan sama2 .. lagi satu .. kitab Tabaqat itu jilid / m/s yg keberapa .. ? puas dah cari .. tak jupe pula ... leh la kongsi sama2 kat sini ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 03:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by Gujiks at 12-12-2009 15:43
Marhalah Kedua: Iaitu peringkat peralihan dari Muktazilah kepada sunni walaupun belum sepenuhnya kerana masih mengikut fahaman Ibn Kullab.
Fahaman Kullabiyah tidak dianggap sunni kerana mengithbatkan (menetapkan) tujuh sifat berdasarkan akal

iaitu: Al-Hayat(Maha Hidup), Al-Ilm (Maha Mengetahui), Al-Qudrah (Maha Kuasa), Al-Iradah(Maha Menghendaki), As-Sama' (Maha Mendengar), Al-Basar (MahaMelihat) dan Al-Kalam ( Maha Bercakap).

Menurut fahaman aliran Kullabiyah semua sifat-sifat Allah ditakwil (ditafsir/ditakwil)melalui akal.
Contohnya muka ditakwilkepada diri, tangan kepada kekuasaan, tapak kaki, betis dan sebagainya kepadamakna yang sesuai dengan akal fikiran.


Aliran Kullabiyyah ...??!! rasanya dlm kitab al luma` yg sy tahu .. tak ada menyebutkan tentang pekara ini .. boleh berikan asal ambilan .. ?

Ada Syiekh Ibnu Taimiyah mengaitkan aliran ini kepada Asy`irah dalam fatawanya tetapi ia tidak bersandarkan apa2 dalil atas dakwaannya itu ... yg paling seronok sekali .. karangan ukthi dlm risalahnya .. Huda kalau tak silap namanya yg akhirnya dapat title dr ... menjadi2 org me ngaitkan Asy`irah ini dengan kullubiyah .. . yg jelas .. kitab luma` karangan al Imam .. langsung tidak menceritakan berkenaan pekara ini .. kalau terlepas pandng ... minta qoutekan ambilan dari kitab tersebut ..

Keduanya .. sejak bila Aliran Asy`ari di dikembangkan dan dipelopori oleh al Maturiah pula ... janggalnya fahaman anda ..

Yang paling kelako tu ... sejak bila pula aliran asy`ari mentakwilkan tapak kaki dan betis .. tapak kaki dan betis siapa ..? .. sila berikan bukti ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 03:44 PM | Show all posts

Yang paling kelako tu ... sejak bila pula aliran asy`ari mentakwilkan tapak kaki dan betis ..
tapak kaki dan betis siapa..?


Hehehe memang kelakar la
baru saya tahu yg ALLAH ada tapak kaki &betis rupanya
nasib baik takde janggut &kemaluan.

oh ya,
mungkin kaki ALLAH ada banyak kot hehehe
mcm dewa hindu pulak lah ye hehehe.

Tapi sayangnya AlQuran &Hadis takde pulak sebut sifat WUJUD.
adakah ALLAH tak WUJUD pula?




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 05:29 PM | Show all posts
Salam ke atas kamu.....


Golongan Salafi di katakan paling gigih menolak Aqidah Sifat 20.
kononnya Aqidah Sifat 20 tak WUJUD pd zmn Salafussoleh.


sifat yg pertama dlm Aqidah Sif ...
sirrikhafi Post at 12-12-2009 12:40


Tuan xjawab Tuan wujud atau tidak pun takpa...bukti tulisan Tuan dalam benang ni, membuktikan Tuan wujud..

mustahil ada benda ghaib yg tulis dalam benang ni..sekalipun Tuan dr golongan jin pun, walau xnampak tapi Tuan tetap wujud..

xperlu saya jumpa Tuan baru saya yakin Tuan wujud ..betul???
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 05:51 PM | Show all posts
kitab-kitab Sejarah yang lain yang membincangkan tentang al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari rahimahullah seperti kitab Tarikh Baghdad oleh al-Imam Khatib al-Baghdadi,Tabaqat al-Syafieyah oleh al-Imam Sub ...
Jarumemas Post at 11-12-2009 18:14


Terima kasih..

Penerangan yang mantap dan bernas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2009 06:08 PM | Show all posts
jadi apakah bezanya Ahlussunnah dgn Muktazilah??!
enche' baghal kita mengatakan bahawa muktazilah suka sangat pakai akal.

sirrikhafi Post at 12-12-2009 12:40


Salam sejahtera ke atas kamu..

Kalau lah sekarang ni saya sedang berhujah dengan golongan ASWJ yg mengambil kira bukan setakat Al-Quran dan Hadis Shahih, tetapi juga Ijmak Ulama' dan Qias yg bersendikan Al-Quran dan Hadis, kami tidak ada masalah untuk menerima pernyataan yg Allah itu wujud..

Kalaulah Allah itu tidak wujud, di mana nak nisbahkan yg Dia ada tangan, kaki, muka, sifat Maha Melihat, Maha Mendengar, dsb...cuma wujudNya bersalahan dengan wujud makhluk..macamana wujudNYa?? wallahu'alam..cuma Dia yg Mengetahui...

Tetapi sekarang saya sedang berhujah dengan Tuan yg menggunakan akal untuk mempercayai wujud Tuhan..jadi saya cuma tanya tentang wujud Tuan, berdirinya sifat Tuan kerana Tuan itu wujud..Tuan juga melihat, Allah juga Maha Melihat tp macamana Dia Melihat..wallahu'alam..

Rasulullah saw sendiri mengadap Allah swt semasa Israk-Mikraj..untuk apa??? xboleh ka urusan solat tu cukup sekadar di wahyukan mcm biasa...itu untuk membuktikan pd orang2 arab badwi yg banyak songeh mcm Tuan..bila kata wujud, nak kena tengok ngan mata kepala baru percaya..

Iman itu soal yakin..beriman kpd Allah , yakin yg Allah itu ADA..

sesungguhnya "kami dengar,kami patuh" adalah mcm Saidina Abu Bakar as yg menerima tanpa banyak persoalan..tp kalau tok sami, atau ustaz2 yg ambik falsafah yunani untuk hujah..takkan nak terima..persoalan tu masih boleh diguna akal..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 08:52 PM | Show all posts
Hehehe memang kelakar la
baru saya tahu yg ALLAH ada tapak kaki &betis rupanya
nasib baik takde janggut & kemaluan.

oh ya,
mungkin kaki ALLAH ada banyak kot hehehe
mcm dewa hindu pulak ...
sirrikhafi Post at 12-12-2009 15:44


Salam Tuan Sirikapi....

Jikalau Tuan Marah pada kami takpe saya dan saya yakin kawan-kawan saya juga tak kisah...
Tapi satu jer saya mohon jangan lah sampai kite persendakan/perolokan Sifat Allah Yang Maha Mulia...
Allah yang Maha Agung krn Nya lah kita bole berbahas2 disini...dan ingatlah hidup kita tak lama sekejap/singkat sangat....
Hujah tu hujah la...tapi jaga2.

salam.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2009 09:53 PM | Show all posts
WahdatulWujud itu ialah AHAD a.k.a ESA
Wahdatulmaujud itu ialah Kesatuan yg di jadikan.

ALLAH itu WUJUD.
makhluk itu maujud.

mustahil makhluk boleh menjadi WahdatulWujud.
hanya ALLAH shj lah yg boleh dianggap sebagai WahdatulWujud.
sirrikhafi Post at 12-12-2009 15:44

emmm......
Tapi sayangnya AlQuran &Hadis takde pulak sebut sifat WUJUD.
adakah ALLAH tak WUJUD pula?


emmmmmm......???
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 11:49 PM | Show all posts
emmm......


emmmmmm......???
salikin Post at 12-12-2009 21:53


Isyh......isyh.....itu hujah Sirikapi ka tu?:kant:

Mula2 dia kata Allah tu tidak bersifat wujud sebab xdak dlm Al-Quran pun..tp ...kenapa dia guna

hujah Allah tu wujud pulak...isyh..isyh.. isyh...konpius aku ?!?!?@#$$%%^
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 02:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 13-12-2009 02:20
Post Last Edit by abuasri at 11-12-2009 17:11

---------------------------------
abuasri Post at 11-12-2009 16:27


Salam Tuan Abuasri...

Baiklah Ilmu sifat 20 itu suatu falsafah(philosophy) yang disusun oleh org Yunani dan Tuan Guru Abu Hassan Asy-Sya'ari sebagai pelopor utamanya, telah bertaubat dan menyangah pendapatnya sendiri tapelah.

Cuma satu soklan saya, jadi bagaimana untuk kita mengukukkan Tauhid kite melalui Ilmu selain sifat 20 atau untuk mengantikan sifat 20? atau melalui kefahaman Tuan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 07:18 AM | Show all posts
SIFAT 20
2.        Qidam – Sedia
Dalil naqlinya;
        “Ertinya; Ia jua Tuhan yang awal tiada permulaan dan yang akhir tiada kesudahan..( Surah Al-Hadid : 3 )

salikin Post at 11-12-2009 02:26 AM


Kenapa sifat QIDAM?

sedangkan dalil yang di bawa menunjukkan tentang sifat AL-AWAL dan AL-AKHIR?


Al-Awal ini jelas, bahwa tidak ada sesuatu yang mendahuluiNya.

Tapi bila dikata QIDAM = SEDIAKALA, ini tidak tepat!! Qidam bukan Al-awal.  Qidam tidak menunjukkan bahawa Allah yang al-awal.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 11:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by izzansdy at 13-12-2009 12:22
Selidikilah asal usulnya pasti anda akan ketahuinya....darimana asal usulnya sifat 20 ini...apakah ia 100% daripada al Quran dan Hadith ataupun campuran ilmu² falsafah.....



Saya juga i ...
abuasri Post at 11-12-2009 16:20


Persoalannya.... adakah mempelajari sifat 20 akan menjadikan org itu salah AKIDAH nya ???

Saya sudah kata pd anda dlm soal masaalah AGAMA ada neracanya.... Jng memandai2....

Jika anda benar dlm kenyataan anda sila la tujukkan dimana salahnya dlm mempelajarinya....

Baru ada bukti salahnya.... boleh le diikuti


Jng cakap kosong je tampa bukti..... pembohongan tu !

Atau rasul sendiri yg ajar ilmu akidah nie pd saudara???

anda tak pernah baca hadith yg menerangkan dlm 1000 manusia cuma satu masuk syurga???
Mengapa tu???? ALQURAN tak ada ke????Pasti salah akidahnya (tidak beriman & menduakan tuhan)
Sekarang brapa banyak org baca QURAN, dan berapa yg MEMAHAMINYA????
Nyata di sini manusia senantiasa dlm kerugian????
Kini bila ada org yg menyebarkan sifat 20, atas niat agar org kenal tuhan ( tak salah akidahnya)
anda anggap itu salah.....

Sebelum berkata, fikir dulu....
jika tiada bukti... jng mandai2....
Jika anda org pandai, ALIF, LAAM, MIMM tu nak tunjuk apa.... tidak kah kata2 tuhan itu petunjuk...
Jika jawapan anda tuhan maha mengetahui.....
maka Letakkan lah sifat tuhan di tempat yg layak baginya...baru jadi bukti bg anda...
ini yg dikatakan mempertahankan hak tuhan
Dan org yg tak mempertahankan hak tuhan, pasti masuk neraka....
Anda yg baru tau sedikit nak mandai2 pulak...kalau kita pandai.... jadi apa sifat TUHAN???
Atau mcm nie,, anda tahu... dan tuhan maha mengetahui.... gitu ke????
Sekarang dah nampakkan betapa
pentingnya ILMU AKIDAH nie..
YG mana satu yg boleh difaham dan dijadikan pegangan(AKIDAH) sekarang?????

Maka terbuktilah kebenaran hadith itu....

Biar saya ulangi lagi , timbangi lah masaalah ini dng ADIL..
salah anda dah nampak.... seolah2 biar jng org kenal tuhan...(menjauhkan org mempelajari sifat20)
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 12:45 PM | Show all posts
Kenapa sifat QIDAM?

sedangkan dalil yang di bawa menunjukkan tentang sifat AL-AWAL dan AL-AKHIR?


Al-Awal ini jelas, bahwa tidak ada sesuatu yang mendahuluiNya.

Tapi bila dikata QIDA ...
Hang Post at 13-12-2009 07:18


Apa fahamnya dng "Ia tidak beranak, dan ia tidak pula diperanakan" alikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 03:43 PM | Show all posts
Interesting topic.
Bercakap soal wujud, pembuktian tentang sifat wujud tersebut haruslah dibahaskan setelah dipersetujui tentang adanya pencipta dahulu.
Kalau belum dibuktikan keberadaan pencipta atau wujdnya pencipta, maka sifat wujud tidak harus diperbahaskan sebab bagi saya ianya elemen kedua setelah mempersetujui wujudnya pencipta. Saya tidak bercakap mengenai Allah, tetapi pencipta
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 09:13 PM | Show all posts
76# izzansdy

Salam tuan,

Terdapat ahli kalam yang menyifatkan Allah dengan sifat Qidam. Ada pula ulama daripada aliran salaf yang tidak menerima Allah bersifat Qidam kerana Allah telah sifatkan Qidam pada makhluknya.

Saya rasa lebih selamat kalau berfahaman Allah itu Al Awal dan Al Akhir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 10:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by izzansdy at 14-12-2009 23:12
76# izzansdy

Salam tuan,

Terdapat ahli kalam yang menyifatkan Allah dengan sifat Qidam. Ada pula ulama daripada aliran salaf yang tidak menerima Allah bersifat Qidam kerana Allah telah sifatka ...
muay Post at 14-12-2009 21:13


Qidam itu makna nya  sedia, sedia wujudnya..... spt apa yg dikatakan dlm surrah alikhlas

itu pasal ayat tadi menerang kan tuhan tak mcm mahluk....
yg beranak, dan yg diberanakan..... dan nabi ADAM tuhan yg cipta......dan nabi ISA ada ibunya...

Itu pasal pegangan org nasrani kini itu salah.... kerana mereka menganggap nabi ISA anak tuhan
Mustahil tuhan beranak....

baru nampak yg agama ini tlh disempurnakannya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:30 AM | Show all posts
Yes,
soalan beginilah yg saya tunggu-tunggu malah bertepatan pulak dgn tajuk thread hehehe.
cayalah mnm!

ok,
Persoalannya:
Puak wahabi @salafi &syiah tidak menerima pakai ajaran tauhid sifat 20.
lalu adakah puak wahabi &syiah menafikan kewujudan Tuhan?

Hah,
jawab le...  


sirrikhafi Post at 12-12-2009 01:15


Err ente nak saya jawab bagi pihak Wahabi & Syiah? Saya bukan mewakili Wahabi atau Syiah.... so elok juga tanya direct dengan depa sendiri...

Kita lihat saja perbahasan ini tidak menjerumus kepada penyelesaian, WALAUPUN KITA SEMUA TAK MENAFIKAN KEWUJUDAN ALLAH

ADA SIAPA NAK BANTAH?

Apa yang berlaku dalam thread ni tak ubah macam perbincangan ilmu kalam yang tiada penyelesaiannya kerana melibatkan falsafah pemikiran masing-masing..............

Kalau nak pertikai Aqidah Asy'ariyyah, kena tahu dulu kenapa muncul aliran aqidah tersebut dan adakah ia menyeleweng dari Al-Quran dan Hadith. Jawapannya tidak. Penjelasannya adalah untuk orang awam kerana banyak persoalan falsafah timbul terkemudian, bukannya timbul ketika zaman Nabi dan Sahabat.

Pertembungan Falsafah Greek/Yunani dengan Tamadun Islam memerlukan penjelasan dari para pemikir Islam untuk menyelamatkan umat Islam dari diperdaya golongan falsafah tersebut. Isu ini tidak timbul jika persoalan-persoalan berkaitan falsafah ketuhanan tidak diajukan.

Masalah timbul pula apabila ada pihak yang memanjangkan perbahasan ilmu kalam sesama sendiri pula. Lagi banyak kita bincang pasal ilmu kalam, lagi banyak persoalan falsafah timbul. Asasnya, persoalan2 berkaitan falsafah itu telahpun dirungkai oleh Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Marturidi. Ia BUKANnya isu UTAMA berkaitan TAUHID/AQIDAH, tetapi isu yang timbul bila falsafah persoalan yang berkaitan TAUHID/AQIDAH dibangkitkan.

Kerana ada pihak yang masih nak mempertikaikan kaedah dua Imam tersebut, kerana itulah juga timbul thread seumpama thread ini.

** untuk sirrikhafi.... kadang2 ente ambil hujjah sebahagian wahabi/salafi (mengaku ahlussunnah) untuk hentam as'ariyyah (juga mengaku ahlussunah), kadang2 ente ambil hujjah syiah (tak mengaku ahlussunnah) untuk hentam ahlussunnah.

Ente ada masalah dengan ahlussunnah ke?

Ataupun saja2 ente bertaqiyah sat jadi Syiah, sat jadi Wahabi, sat jadi anti-Hadith utk tujuan tertentu...?

(jangan marah, saya nak tahu kenapa ente timbulkan isu dalam thread ni je)
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:33 AM | Show all posts
Interesting topic.
Bercakap soal wujud, pembuktian tentang sifat wujud tersebut haruslah dibahaskan setelah dipersetujui tentang adanya pencipta dahulu.
Kalau belum dibuktikan keberadaan pencipta atau wujdnya pencipta, maka sifat wujud tidak harus diperbahaskan sebab bagi saya ianya elemen kedua setelah mempersetujui wujudnya pencipta. Saya tidak bercakap mengenai Allah, tetapi pencipta
pendakwa Post at 13-12-2009 15:43


Kalau kita semua ni pi bincang kat RSF, rasanya baru sesuai bincang pasal pencipta atau pencipta-pencipta

Yang dok bincang kat sini semua mengaku Islam.... (tak taulah kot ada yang bukan Islam!)

Jadi semestinya kita bincang pasal ALLAH. Dah kita semua mengaku ALLAH itu Tuhan kita, nak bincang apa lagi pasal kewujudannya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 01:38 AM | Show all posts
Kenapa sifat QIDAM?
sedangkan dalil yang di bawa menunjukkan tentang sifat AL-AWAL dan AL-AKHIR?
Al-Awal ini jelas, bahwa tidak ada sesuatu yang mendahuluiNya.
Tapi bila dikata QIDA ...
Hang Post at 13-12-2009 07:18


salam Tuan......
saya fikir saudara adalah org yg kurang ariff dalam menilai qaedah bahasa......barangkali saudara bukan lahir dari kelompok mahir atau faham jelas ttg bahasa.sebenarnya kalimah awal dan akhir yg disifatkan bagi Allah itu sudah cukup memperlihatkan yang Allah itu sendiri sediakala yang membawa erti allah itu tidak berpemulaan seperti hamba dan tidak berakhiran seperti hamba.kalau saudara mengaji ilmu nahu....dalam kitab matan ajrumiyah...awal kalam di muka surat kitab tersebut sendiri menyatakan untuk memahami ilmu hendaklah memahami bahasa terlebih dahulu.Byk puak dizaman hari ini menilai ilmu selapisan ayat sahaja..sedangkan bahasa arab qaedahnya bukan sama seperti hukum qaedah bahasa melayu......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.080762 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list