CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3494|Reply: 13

Turkestan Timor

[Copy link]
Post time 14-12-2009 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Aku x tahu nak mula cam mana, tapi depa ni sebahagian daripada bangsa Turki. Kawasan Xinjiang hari ini adalah kawasan Turkestan Sharqiy atau Turkestan Timor. Aku ada simpan buku terjemahan tulisan Mustafa Alp Takin, yang ditulis dalam bahasa Arab tapi hilang plak. Buku tu mmg buku lama sangat.

Ada ceritakan pasal Turkestan dijajah Komunis Russia n kemudian orang2 Turkestan atau orang Uighur kena seksa dengan kejam. Pastu depa cuba bebaskan tanah air n wujudkan negara depa pada tahon 1932 sampai 1934 camtu. Kemudian Russia kacau lagik n depa buat republik Turkestan kali ke-2.... pastu masuk pasukan pembebasan rakyat pd tahun 1949, pasukan pembebasan rakyat ni dari negara China.

ingat aku buku tu bertajuk "Turkestan, Sebalik Tabir Besi." aku x tahu nak letak dalam thrid monggol atau tak, tapi kalo rasa berkaitan, tolong gabungkan lah. aku malas bukak thrid banyak2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2009 12:19 AM | Show all posts


lagu uighur dari negara China moden. depa masih pakai tulisan jawi nasta'liq lagih..... x macam Turkiye yang dah buang tulisan Jawi nasakh. tapi negara China ada reka tulisan rumi gax untuk mudahkan pembelajaran basa Uighur bg orang bukan uighur mcm kaum Han. lain2 tu supaya memudahkan kemasukan kosa kata bahasa han (cina).
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 12:42 AM | Show all posts
cita la lg
aku suka dgrrrrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 12:56 AM | Show all posts
hahahaha, aku dah lama nak cakap pasal ni.... tapi x tahu nak letak thrid mana sb depa ni berkaitan ngan Mongol gax. nak jadi cerita, aku kebetulan penah keja kat airport, slalu jumpa depa ni, bila aku tanya macam2 kat depa, depa diam jah x mo komen apa2. aku rasa depa takot kat agen negara China, huhuhuhuhuhu

aku leh la gax blajar dua tiga patah perkataan Uighur...... macam

rekhmet makasih (kat turkiye depa kata teshekkewr ederim)
namaz smayang (sama cam urdu n parsi ja pown)
baba bapak

golongan tua depa spatah haram bahasa Arab n bahasa Cina pown x paham. aku terpaksa pakai orang muda depa yg reti cakap Cina tolong trenslet apa depa cakap. bab2 negara China layan depa smua, depa xmo cakap papa. depa nampak cam takot.

depa ni ska nyanyi lagu n mnari gax..... beza ngan orang Hui.... orang Hui mcm strict agama skit, tambah2 puak muda. aku dengaq gak dolo2, orang Hui penah cuba nak kerjasama ngan Jepon pisahkan bahagian China Barat drpd China Komunis. Depa nak wujudkan negara China Islam macam Pakistan n India. Tapi x kesampaian. Aku baca dalam buku Mustafa Alp Takin tu la. Ishhhh, hilang lax buku tu, kalu dak, aku leh wat sikit rujukan. Buku tu susah nak jumpa dah skarang ni. Ada gax versi BM, x silap diterjemahkan majlis agama Islam Johor. Tapi aku simpan yang versi bahasa Arab punya, tu pong dah ilang lepas arwah wan aku ninggal, smua kitab2 dia ilang n rosak, stengah kena bakar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 01:24 AM | Show all posts
bek mulakan dengan sikit pengenalan sejarah kuno depa dolu. empayar Uighur merupakan satu empayar bangsa Turki yang wujud skitar abad ke-7 M. Mereka ni merupakan gabungan puak2 dalam kalangan bangsawan Orkhon Uighur. Orang Han (Cina) merujuk depa ni sebagai Jiu Xing atau Sembilan Kabilah.

Kebangkitan Puak Uighur

Puak Uighur, Karluk, n Basmil memberontak terhadap Khaqan Gokturk pada tahun 742 M sehingga mewujudkan kawasan bebas yang luas di Mongolia n Asia Tengah. Puak Basmyl berjaya menakluki ibu kota Khaqan Gokturk iaiatu Ortiugen dan jugak menangkap raja Orzmish Khan pada tahun 744 M. Mereka kemudiannya dapat mengambil alih kawasan tersebut. Namun puak Uighur n Karluk pulak bergabung bersama untuk melawan puak Basmyl. Tahun yang sama, mereka berjaya kalahkan puak Basmyl n pancung raja mereka. Puak Basmyl kemudian dihapuskan, orang2 Basmyl dijual kepada orang Han (Cina) atau dijadikan hamba kepada puak2 yang menang. Puak Uighur berjaya menguasai Mongolia dan memberikan puak Karluk tanah di kawasan Barat yang luas. Ketua puak Uighur, Kutluq Bilge Korl dijadikan raja atau Khaqan bagi smua puak Altai serta mendirikan ibu kota di Ordu Baliq.

Tahun 747, Kutluq Bilge Korl ninggal n meninggalkan anak bongsunya, Bayanchur Khan jadi Khaqan. Dia dapat gelaran Khaqan El Etmish Bilge. Lepas bina beberapa hubungan perdagangan dengan orang Han (Cina), Bayanchur Khan pon gunakan keuntungan perdagangan untuk bangunkan Ordu Baliq atau Bandar Istana serta bangunkan Bai Baliq atau Bandar Kaya yang terletak jauh di Sungai Selenga. Khaqan baru ni kemudian melancarkan beberapa peperangan untuk satukan semua puak di padang rumput dalam kerajaannya. Masa ni gak, empayar ni mula meluas, dengan menakluki kaum2 Sekiz Oghuz, Qirgiz, Qarluq, Turqis, Toqquz Tatar, n Chiq serta saki baki kaum Basmyl.  

Pemberontakan di An Lushan dalam empayar Tang (Cina) pd tahun 755 M memaksa maharaja dinasti Tang mintak bantuan kepada Bayanchur Khan. Nampak jah peluang nak kacau hal ehwal Cina, maka Bayanchur Khan setuju n memukul beberapa pemberontakan selain menakluki askar2 Tibet di selatan. Kesannya, Khaqan Uighur dapat ufti daripada dinasti Tang (Cina) pada tahun 757 M. Bayanchur Khan plak dapat anak pompuan Maharaja China iaitu Puteri Ningo jadi bini dia.

Tahun 756 M, puak Uighur mula tumpu perhatian lawan ngan musuh depa kat padang rumput iaitu puak Qirgiz yang ada di utara mereka. Bayanchur Khan berjaya hancurkan kawasan2 perdagangan Qirgiz n sembelih askar2 Qirgiz serta penggal kepala Khan mereka.

Tahun 759 M, Bayanchur Khan mati lepas mabuk teruk masa minum kat majlis. Anak dia plak Tengri Borgu ganti dan digelar Khaqan Kutluq Tarkhan Sengewn.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 01:28 AM | Show all posts
Ni kawasan empayar Uighur sekitar kurun ke-8 M, sewaktu dengan dinasti tang negara China purba.



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-12-2009 01:55 AM | Show all posts
Zaman Keemasan

Pada 762 M, empayar Uighur bersekutu dengan dinasti Tang, melancarkan serangan kat kawasan orang Tibet. Tengri Borgew Khan berjaya tawan balik ibu kota barat dinasti Tang iaitu Chang'an (Xi an). Masa tu, Tengri Borgew Khan tersempak ngan paderi Mani n dia pon masuk agama Mani. Mani ni agama dari Parsi. Pastu agama Mani jadi agama rasmi empayar Uighur.

Tahun 799 M, Tengri Borgew Khan cuba nak serang n jajah negara China lepas kena hasut dengan pedagang2 Tsogdia di Ordu Baliq supaya amik kesempatan dengan kenaikan Maharaja dinasti Tang yang baru. Pak sedara Tengri Borgew iaitu Tun Bagha tarkhan x suka rancangan ni. Dia x mo orang Uighur berasimilasi ngan orang China purba (orang Tang). Maka Bagha Tarkhan pon memberontak. Katanya dia menang n dia pancung Tengri Khan. Pengikot Tengri Khan seramai 2000 orang yg merupakan bangsawan pon kena pancung.

Tun Bargha Tarkhan plak ganti anak sedara dia dengan gelaran Alp Kutluq Bilge. Dia buat undang2 baru supaya dapat menjamin kesatuan Khaqan dia. Dia pon cuba takluki lagik puak Qirgiz dan akhirnya berjaya takluki mereka masuk dalam empayar dia.

Kejatuhan

Tahun 795 M, Khan Tun Bargha Tarkhan ninggal, sekaligus mengakhiri dinasti Yaghlakar atau Yao Loko dalam basa Cina. Empayar Uighur mula pecah2 sblom sorang lagik pemimpin perang bernama Kutluq istiharkan diri dia sebagai Khan baru. Dia pakai gelaran Ai Tengride Euleug Bulmish Alp Kutluq Ulugh Bilge, fuhhh, panjangnya gelaran mu.... bermaksud pemimpin hebat yang lahir di bulan surga, penakluk, gemilang, agung, n berilmu.

Bawah Khan baru ni, dia wujudkan dinasti baru plak iaitu dinasti Ediz. Ikot rekod Cina, dinasti ni disebut sebagai A Tie. Dengan kepimpinan baru yang berwibawa, keruntuhan berjaya dielakkan skurang2nya untuk sementara waktu. walopon berjaya kekalkan kuasa empayar, namun dia xleh kembalikan kegemilangan lama. Lepas kematian Khan Kutluq ni pada 808 M, dia diganti anaknya yang memajukan perdagangan Asia Tengah. Nama dia pon x berapa jelas n dia ni lah Khan terakhir yang agung dengan gelaran Kiun Tengride Iuliuq Bulmish Alp Kiuchliuq Bilge bermaksud yang lahir di matahari surga, penakluk, gagah, n cerdik. Dia ni berjaya memajukan perdagangan dinasti Ediz sampai ke wilayah Tsogdian halang Tibet dari ditakluki pada 821 M.  Khan ni ninggal pada 824 M digantikan oleh adik dia Qasar. Qasar Khan kena bunuh pd 832 M, menyebabkan wujudnya kacau bilau. Pada 839 M, Khan yang sah plak kena paksa bunoh diri. takhta kosong n dinaiki oleh menteri nama Kiurebir. Tahon yang sama, kebuluran menimpa empayar Uighur n ekonomi mereka pon jatoh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 02:03 AM | Show all posts
Keruntuhan

Musim bunga tahun 840 M, sorang drpd smilan mentri Uighur iaitu Kuluq Bagha yang musuh dengan menteri Kiurebir g mintak tolong puak Qirgiz n jemput mereka menakluki kawasan utara empayar Uighur dengan 80, 000 tentera berkuda. Mereka hancurkan Ordu Baliq yang jadi ibu kota empayar puak Uighur. Kiurebir kena tangkap n kena pancong.

Puak Qirgiz masuk lagik dalam bandar2 orang Uighur n hancurkan smuanya, bakar sampai jadik abu. Khan terakhir yang sah iaitu Orge pon kena bunuh tahun 847 M lepas 6 tahon memerintah n lawan puak Qirgiz yg menyokong musuh mereka iaitu Ormizt. Ormizt ni adik Kiurebir. Orge pon kena lawan dengan dinasti tang dari China purba yang jaga di sempadan iaitu di Ordos n Shaanxi. Dua kawasan ni ditakluki Orge pada tahon 841 M.

Penaklukan orang Qirgiz atas empayar Uighur ni menyebabkan orang Uighur berpecah belah n jadi diaspora di sekitar kawasan Asia Tengah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2009 02:11 AM | Show all posts
Lepas Kejatuhan

Tiga kerajaan kecil Uighur diwujudkan iaitu kerajaan Gansu (848-1036), kerajaan Turpan (856-1369), n kerajaan Karakhanid (850-1212) diwujudkan oleh orang Uighur yang terselamat serta melarikan diri ke barat daya, barat, n ke kawasan barat yg lagi jauh daripada kawasan Yenisei yang didiami oleh orang Qirgiz. Lepas beberapa tahun kejatuhan kerajaan Uighur, x da satu pon drpd tiga kerajaan tadi yang boleh bangun balik macam empayar Uighur sblom tu sama ada segi kesenian, ilmu pengetahuan, atau pencapaian perdagangan yang membanggakan.

Pada masa dinasti Yuan, orang Uighur banyak gak pegang jawatan penting dalam empayar orang Mongol. Orang Mongol plak pakai tulisan orang Uighur jadi tulisan rasmi mereka. Owh, yang wakil dinasti Yuan dihantar ke Jowo tu adalah seorang Uighur. Dia xleh takluk Jowo pon n kena sebat dengan Kubilai Khan atau Hulagu Khan pastu, x pasti arh sapa Khan yang sebat laksmana Uighur tu. Aku x ingat sapa nama Uighur tu gax.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 02:14 AM | Show all posts
Senarai Khan Uighur

Berdasarkan buku karangan Dennis Sinor, "The Uighur Empire of Mongolia," Studies in Medieval Inner Asia, Variorum, 1997, V: 1-25

   1. 744–747 Qutlugh bilge köl (K'u-li p'ei-lo)
   2. 747–759 El-etmish bilge (Bayan Chur, Mo yen ch'o), son of 1
   3. 759–779 Qutlugh tarqan sengün (Tengri Bögü, Teng-li Mou-yü), son of 2
   4. 779–789 Alp qutlugh bilge (Tun bagha tarkhan), son of 1
   5. 789–790 Ai tengride bulmïsh külüg bilge (To-lo-ssu), son of 4
   6. 790–795 Qutlugh bilge (A-ch'o), son of 5
   7. 795–808 Ai tengride ülüg bulmïsh alp qutlugh ulugh bilge (Qutlugh, Ku-tu-lu)
   8. 805–808 Ai tengride qut bulmïsh külüg bilge (spurious reign: tenure belongs to 7, name to 9)
   9. 808–821 Ai tengride qut bulmïsh külüg bilge (Pao-i), son of 7
  10. 821–824 Kün tengride ülüg bulmïsh alp küchlüg bilge (Ch'ung-te), son of 9
  11. 824–832 Ai tengride qut bulmïsh alp bilge (Qasar, Ko-sa), son of 9
  12. 832–839 Ai tengride qut bulmïsh alp külüg bilge (Hu), son of 10
  13. 839–840 Kürebir (Ho-sa), usurper
  14. 841–847 Öge, son of 9

sumber: The Uighur Empire: According to the T'ang Dynastic Histories, A Study in Sino-Uighur Relations, 744-840. Author: Mackerras, Colin. Publisher: Australian National University Press, 1972. 226 pages.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 11:53 AM | Show all posts
Kat tempat keja aku ada budak pempuan bangsa Turkestan ni.Lawa bebenor.Masa aku tanya dia, dia cakap dia bangsa Turkey tapi tinggal di cina.Aku pun konpius kejap.Rupa-rupanya Turkestan.Kalaulah dapat buat bini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 09:45 AM | Show all posts
kesian, dorang sekarang disiksa, dihina, ditindas dan dibuli china han laknatullah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2009 06:46 PM | Show all posts
dalam kitab aku baca tu, Mustafa Alp Takin (Setiausaha Negara Turkestan Timor masa tu) cakap yang orang Turkestan stengahnya terpaksa lari ke India Utara n ramai gax yang mati masa tu......... utamanya orang tua, wanita, n kanak2..... kejadian ni masa zaman Russia. Dorang kena seksa dengan direndam dalam air sejuk masa musim sejuk, kuku kena cabut dgn playar, titis lilin atas badan, pastu kena cucuk dengan jarum kat sendi2, n macam2 lagik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2009 06:48 PM | Show all posts
Kat tempat keja aku ada budak pempuan bangsa Turkestan ni.Lawa bebenor.Masa aku tanya dia, dia cakap dia bangsa Turkey tapi tinggal di cina.Aku pun konpius kejap.Rupa-rupanya Turkestan.Kalaulah dapat  ...
sayapghaib Post at 15-12-2009 11:53


owh pompuan depa chunnn, x rupa chingkies, banyak yg rupa kaukasian.... stengah tu rambut merah, mata biru.... kulit pong kulit kaukasian.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.265277 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list