CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6750|Reply: 33

Apa Ada Dengan Nasrani, Masehi, Christ....

[Copy link]
Post time 18-12-2009 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Pos jah apa yang berkaitan dengan tajuk2 kat atas dalam ni supaya smua orang boleh belajar sebab bukan smua orang amik Bible Study masa SPM atau berani nak masuk dalam Girija atau bergaul ngan orang2 ni kan. Selain tu bleh jugak tengok perkembangan benda2 kat dalam tajuk tu sblom kita ter-amazed dengan 'agama Barat' ni, lgpon dh dekat ngan xmas kanhhhhh, banyak pokok2 xmas kat pusat beli belah n bandar skang neh, tapi salji lax x turon, hahahahaa

stakat yang aku paham, bahasa Arab panggil orang yang mendewakan, mengikut ajaran atau mintak shafaat atau shafaat melalui tokoh bernama Isa ni dipanggil sebagai masihiyyoun. maksudnya orang2 yang disapu minyak zaitun atas kepala. selain tu, adat sapu minyak atas kepala ni sebenarnya diamalkan di Timur Tengah dan kawasan2 Mediteranea apabila seseorang pemuka agama n bangsawan tu tanda menerima tugas2 penting atau suci atau mulia. nabi2 n para rasul Tuhan akan di'sapu minyak' secara metafora oleh Tuhan, maksudnya terima arahan Tuhan melalui wahyu.

kata bahasa Arab untuk sapu rambut ni adalah massaha. kemudian diterjemahkan ke bahasa Yunani atau bahasa Greek sebagai Xristos. maka dalam BI, xristos ni dieja lar sebagai christ atau kengkadang disebut sebagai messiah bg stengah orang Krist yg bukan Arab n slalu ditafsirkan sebagai penyelamat walopon makna asal dia adalah 'yg disapu minyak kat kepala dia.' Ingat aku dalam basa Ibrani pon ada, tapi aku kurang pasti lar, sebutan dorang mcm mana.

kalo padam papan hitam atau sapu papan hitam pon, kami akan sebut sbg "massahas'sabbura." aku pakai sbutan biasa jah, x pakai sbutan standard. kalo soh orang sapu atau padam sesuatu benda, kami akan kata, emsahhhhhhh!!!!!

Nasrani plak merupakan nama sebuah tempat di Israel skarang ni atau dalam daerah Palestine, iaitu Nazareth atau sebutan kami, an-Naasira.... Orang2 dari situ atau yang ada kaitan dengan situ, asalnya akan dipanggil sebagai Nazarene atau Nasraniy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2009 07:18 PM | Show all posts
Puak2 Krist ni terbahagi kepada banyak aliran pikiran n sbenarnya terlalu banyaklah falsafah n mistikus mastika dalam kepercayaan dorang ni menyebabkan ramai org x paham. Dorang pon bertikaian plak sama snirik tentang status tokoh bernama Yasou' atau nama Greek dia Iesus, yang omputeh dok panggil sbg Jesus tu.  

Yang aku baca dalam Pope Shnouda II punya risalah kat tangan aku ni, dia ada sebut pasal 10 sub-tajuk. yang pertamanya pasal sifat Krist tu sniri atau Dewa dorang tu dari pandangan orang2 girija Orthodoks. Dia sebut, individu nama Yasou' tu adalah Dewa dorang, Logos yang menjelma sebagai manusia yang sempurna. Duh, banyak pengaruh Yunani arh, pening aku camna nak trenslet teks Pope Shnouda ni atau tafsirkan untuk smua. Sifat kedewataan Yasou' ni, xterpisah dengan sifat kemanusiaan dia tapi secara jelas n secara x bersatu plak pada masa yang sama. Cara ringkasnya, secara asas, sifat kedewataan n kemanusiaan Yasou' (Jesus) ni bersatu secara sempurnanya atau istilah dorang, naqaabatul-uqnumiyyi. camna nak cakap ni, lbh kurang macam penyatuan dua sifat dalam satu badan. Kata2 jah memang x cukop bg menerangkan penyatuan ni. Ayat dorang yang terkenal untuk benda ni tentulah, "amat hebatlah rahsia ketuhanan, Tuhan itu menjelma dalam bentuk jasad." (I Timuthi bab 3 ayat 16).

Kata Pope Shnouda II lagik, penyatuan dua sifat kemanusiaan n kedewataan Yasou' ni adalah selama2nya, n x akan terpisah antara satu sama yang lain.

errrr, nanti je lar aku sambung........ aku kena cuci komputer aku dolo......... x yah pening2 pikior benda ni, aku cuma letak untuk tujuan pendidikan jer.... kalo kita x tau, n x bukak, sampai bebila pon x tau.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 01:01 AM | Show all posts
erk..elaborate la detail sket
blur la bce....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 01:21 AM | Show all posts
tolong guna bhsa melayu yg aku fhm leh x??
sbb bg aku, hg nak bg info(fakta), so better la gna bhsa melayu standard or bi je...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 09:08 AM | Show all posts
apo ko bondo?menarik tp aku tak brapa paham...:cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2009 06:33 PM | Show all posts
kat ner yg xpaham tu? sori arh, aku trenslet teks bahasa Arab.... stengah benda tu macam perkataan keilahian smua tu aku tukarkan jadik kedewataan sebab dorang pakai cara Yunani.... korang taw je lar orang Yunani kan bekas penyembah dewa-dewi..... aku x dapat ler nak ngelakkan jugak dorang nye falsafah termasuk ler gaya basa...... sorry ya amat.

pos pertama, aku perkenalkan tentang apa maksudnya Masihi, Nasrani, n Kristos. Pos yg kedua, sebenarnya pengenalan aliran pemikiran orang Krist Ortodoks di Timur Tengah n di Greece. Bagi orang Krist, tokoh nama Jesus tu bukan taraf nabi lagik, dia sbenarnya bertaraf demi-god, maksudnya, manusia yg naik taraf ke taraf dewa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-12-2009 04:18 PM | Show all posts
Puak2 Krist ni terbahagi kepada banyak aliran pikiran n sbenarnya terlalu banyaklah falsafah n mistikus mastika dalam kepercayaan dorang ni menyebabkan ramai org x paham. Dorang pon bertikaian plak sa ...
genot Post at 18-12-2009 19:18


sambungan..........

Kesatuan ketuhanan ini adalah kekal, x pernah terpisah atau terbahagi, yang kita sebut dalam kitab2 sembahyang sebagai Ketuhanan-Nya itu tidak pernah meninggalkan kemanusiaan-Nya walaupun dalam sekelip mata. Sifat ketuhanan atau Ilahul Kalimah (God the Word) bersatu dengan sifat kemanusiaan apabila Dia menjelma dalam rahim Maryam melalui tindakan Roh Kudus. Roh Kudus menyucikan rahim Maryam, maka Anak yang akan lahir nanti tidak akan mewarisi dosa warisan; jasad yang akan terbentuk dari darah Maryam itu bersatu dengan Anak Tunggal Tuhan.

Penyatuan sifat ketuhanan n kemanusiaan Jesus ini berlaku pada peringkat awal kandungan suci iaitu dalam rahim Maryam. Hasil penyatuan sifat ketuhanan n kemanusiaan dalam rahim Maryam ini, satu sifat lagi muncul daripada penyatuan kedua2nya iaitu: "Sifat Keesaan Tuhan, Logos yang Menjelma," sebagaimana yang disebut oleh Saint Cyril.

Gereja Kudus x dapat mencari perumpamaan yang lebih sesuai, tepat, dan mendalam selain daripada apa yang diungkapkan oleh Saint Cyril yang Agung serta oleh Saint Athanasius the Apostolic yang mengungkapkannya sblom Saint Cyril.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2009 04:41 PM | Show all posts
Sblom tu, Saint Cyril n Saint Athanasius ni bagi orang Krist merupakan tokoh yang memimpin ilmu keagamaan orang Krist di sluroh dunia. Pope Shnouda II ceritakan yang dia pernah sertai satu dialog yang dianjurkan oleh kumpulan Pro-Oriente di Vienna, Austria pada bulan September tahun 1971. Dialog ni diadakan antara Gereja Katolik Roma dengan Gereja2 Ortodoks Timur berkenaan dengan Sifat Jesus. Satu daripada topik perbincangan dorang tu menyentuh ungkapan Saint Cyril iaiti, "Sifat Keesaan Tuhan, Logos yang Menjelma" atau dalam basa Greek "Mia physis tou theou logou sesarkwmene."

Lepas perbezaan pendapat yang berlaku pada tahun 451 M, iaitu selepas Gereja Ortodoks Qibti menolak gerakan Majlis Perhimpunan Kalsedon serta pergelutan pengajian ketuhanan mereka, maka orang2 Kristian Ortodoks ni dipanggil sebagai golongan Monophysite. Kata Pope Shnouda II, golongan Monophysite ni adalah golongan yang mempercayai "Satu Sifat."

Orang2 yang sama kepercayaannya dengan orang Qibti ni adalah orang Syria, orang Armenia, orang Habsyah, dan orang India (Kerala). Dorang ni jugak dikelaskan sebagai golongan ahli jemaah Gereja Ortodoks bukan Kalsedon.

Bahagian yang lain plak, Gereja Katolik Kalsedon n Gereja Greek atau golongan Ortodoks Roma pula mempercayai "Dua Sifat" Jesus, sama macam orang gereja Protestant skarang neh. Dorang ni masuk bawah Diophysites.

Orang2 Gereja Roma atau Kalsedon ni adalah ahli2 Gereja di Konstatinopel, Greece, Cyprus, Russia, Romania, Hungary, Serbia serta Gereja2 Ortodoks Roma di Mesir, Syria, Lebanon, US, serta Gereja Saint Katherine di padang pasir Sinai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2009 04:52 PM | Show all posts
Istilah Monophysite ni digunakan untuk memanggil orang2 Krist yang percaya dengan "Satu Sifat" Jesus. Istilah ni sama ada sengaja atau dengan tak sengaja telah disalahanggap n disalahtafsirkan dalam beberapa bahagian tertentu episod sejarah. Akibatnya, pengikut Krist dalam kalangan orang Qibti dan orang Syria selalu diseksa dengan kejam kerana kepercayaan mereka ini terutamanya selepas Majlis Perhimpunan kalsedon pada tahun 451 M. Hal ini berterusan jugak sehingga tahun 641 M, iaitu semasa penaklukan Arab ke atas Mesir.  

nanti kita tengok keterangan Pope Shnouda II apa benda yg disalahanggap tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2009 05:25 PM | Show all posts
Salahtafsiran yang berlaku terhadap orang2 Krist Monophysite terjadi disebabkan oleh kepercayaan mereka kepada hanya Satu sahaja sifat Kristos (Jesus), tapi menafikan pulak sifat yang satu lagi.

Maksudnya kalo percaya Ketuhanan Jesus, maka hanya percaya Jesus tu bersifat Tuhan (Dewa) jer, bukan bersifat manusia. Kalo percaya Jesus tu bersifat manusia jer, maka dia bersifat manusia jer, bukan bersifat Tuhan (Dewa). Seingat aku dalam golongan Monophysite ni pon ada banyak cabang gak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2009 06:40 PM | Show all posts
Kata Pope Shnouda II, dorang pelik, mana satu daripada Sifat Jesus Kristos yang dinafikan oleh Gereja Alexandria atau Iskandariah?

Adakah sifat Ketuhanan Jesus Kristos? Yang pasti, bukan itu. Sebab ahli Gereja Alexandria atau Iskandariah ni antara golongan yang lantang menentang bidaah yang ditimbulkan oleh Arius Viz Lucian dalam Majlis Perhimpunan Niqiah (Nicean Council) yang diadakan pada tahun 325 M. Gereja Alexandria menentang fahaman bidaah Arius Viz Lucian ni sebelum dan selepas ia dikuatkuasakan sebagai iman semua orang Krist pada masa itu.

Atau adakah yang ditentang itu merupakan kepercayaan bahawa Jesus Kristos tu bersifat manusia yang dinafikan oleh Gereja Alexandria? Katanya, Saint Athanasius dari Iskandariah telah menyelesaikan masalah ini dalam kitabnya bawah tajuk kecil ini, Penjelmaan Kalimah.

Ungkapan bahawa "Satu Sifat" tidak menunjukkan Sifat Ketuhanan sahaja, atau Sifat Kemanusiaan Jesus Kristos sahaja, tapi merupakan gabungan antara kedua2nya. Athanasius dari Iskandariah ungkapkannya sebagai, "Sifat Logos Yang Menjelma."

Dorang bagi perumpamaan penyatuan ni macam sifat manusia gax. Kata dorang, manusia ada dua sifat yang bergabung iaitu, roh dan jasad. Lagi, manusia xleh hanya roh saja, tapi tak ada jasad. Atau ada jasad saja, tapi x ada roh.

Kemudiannya, Cyril Yang Agung ajarkan, jangan cakap lagi tentang dua Sifat ni lagik lepas Penyatuannya. Jadi, kesimpulan dalam risalah cakap, sifat Ketuhanan ni secara asanya bersatu dengan sifat Kemanusiaan dalam rahim Maryam, tapi lepas penyatuan ini, dorang dah x cakap lagik pasal dua sifat Jesus Kristos yang berlainan ni. Hakikatnya, ungkapan "Dua Sifat" ni sendiri menunjukkan pemisahan n pembahagian walaupon orang yang percaya "Dua Sifat" ini mengakui Keesaan Tuhan. Benda ni nampak jelas dalam Majlis Perhimpunan Kalsedon yang menyebabkan orang Krist Qubti menolak Majlis tersebut dan menyebabkan Dioscorius dari Iskandariah disepak keluar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2009 07:17 PM | Show all posts
Sblom masuk dalam kumpulan2 fahaman "bidaah" dalam agama Krist, aku ringkaskan semula supaya kurang sket kepeningan.

Orang Krist, utamanya orang Krist Ortodoks skang neh anggap Jesus Kristos sebagai kedua2nya sekalik, manusia n Tuhan pada masa yang sama. Dia ada dua sifat iaitu sifat Lahut (Ketuhanan) n Nasouth (Kemanusiaan). Dorang paham macam ni, Tuhan tu "menjelma" melalui 'Kalimah-Nya" dalam rahim Maryam n bersatu dengan jasad (bayi) dalam rahim Maryam. Lepas dari kelahiran tu, dorang x sebot lagi dah sifat Ketuhanan Jesus atau sifat Kemanusiaan Jesus sebab dua2 sifat ni dah bersatu masa Dia dalam kandungan mak dia, Maryam.

Kesimpulan aku snirik, Jesus tu Tuhan orang Krist. Dorang xyah susah2 pon nak sebut sifat Manusia Jesus lah, Tuhan menjelma dalam jasad manusia bernama Jesus ker, atau papa sebab benda ni smua ada gax dalam falsafah Hindu n Greek. Orang Hindu n orang Greek Pagan patutnya betul akidah kepercayaan dorang kalo ikot logik menjelma2 smua ni, x perlu dibaptis lagi dah pon sebab Tuhan pon pernah menjelma jadik Krishna, Rama, Sai Baba, Buddha n etc. Ok, aku bukan nak tikam sesapa. Yang penting orang ramai tau kepercayaan orang Krist n sejarah dorang. Tuhan dorang adalah Jesus snirik.

Bagi kita umat Islam, tokoh yang diceritakan dalam Quran iaitu Isa (as) adalah seorang nabi dan rasul Tuhan yang dikurniakan dengan wahyu. X masanya dia jadik Tuhan. Dia snirik pon semayang kat Tuhan.

Ni kata2 nabi Isa (as) yang disampaikan oleh Allah SWT dalam Quranul Karim, terjemahannya:

"Sesunggohnya Allah itu Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahlah Dia oleh kamu smua. Inilah dia jalan yang Lurus." (Maryam 19:36)

Jalan Lurus maksudnya jalan yang sama ditempuhi oleh moyang kami (orang Arab Ismail) iaitu nabi Ibrahim (as) n nabi Ismail (as). Juga oleh nabi Muhammad (saw). Lain daripada tu, stengah riwayat dorang cakap, zaman nabi Isa (as) mengembara dlo pon mmg ada orang yg kata dia Tuhan (Dewa) macam orang2 Greek.

Aku pelik gax ngan father2 orang Krist ni, dorang suka menyusahkan pala hotak 'manusia' yang x cukop besar dengan reka teori2 tentang Tuhan n minat sangat dengan 'Misteri Tuhan,' Roh Tuhan, Tuhan Menjelma jadik manusia smua. Benda tu bukan hak kita nak cakap, biarkan jah pada Tuhan.

Umat Islam plak, kitab suci kita cakap benda yg serupa dengan apa yang ada di langit, di bumi, dalam alam semesta ni bukan Tuhan mcm la jugak apa yang dicari oleh nabi Ibrahim (as). X layak dengan kemuliaan Tuhan menjelma2 jadik hamba2 Dia, segala benda yang ada mula dan akhir itu bukan Tuhan, sebab Tuhan x ada Permulaan, x ada pengakhiran.

Dalam Quran, Surah Maryam yg diwahyukan Allah kepada nabi Muhammad (saw), ada juga diceritakan oleh Allah SWT mengenai perbalahan dorang ni, nabi Muhammad (saw) x tahu-menahu pon hal2 Majlis Perhimpunan Kalsedon atau Niqiah (Nicean) ni... Orang2 Barat zaman kemudian yang bukak balik akaun kejadian yang telah lalu n terdengar lah benda2 ni smua....

terjemahannya:

"Maka berselisihlah golongan2 mereka. Maka celakalah orang2 kafir pada ketika (mereka) menyaksikan hari yang besar. Alangkah terangnya pendengaran mereka dan alangkah tajamnya penglihatan mereka pada hari mereka datang pada Kami. Tapi, orang2 yang zalim pd hari ini (di dunia) berada dalam kesesatan yang nyata." (19:37-38)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2009 09:34 PM | Show all posts
Owh, sblom tu anda smua amik nota..... bukan Paulus sorang jer yang ada kredit dalam dogma Trinity....... ada lagi dua orang yang agak terkenal iaitu Cyril The Great n Athanasius The Apostolick.... penting gak anda smua tau tentang Majlis Perhimpunan Niqia (Nicean Creed Council) yang implement-kan dogma2 kepada smua orang masa tu...... tapi aku nak cuba wat ikot susunan dolo......

pasni aku nak cakap pasal aliran2 yang "bidaah" pada pandangan majoriti orang Krist hari ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 11:02 PM | Show all posts
Boleh tahu apa itu trinity 3 dalam 1,1 dalam 3..macam mana tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 12:09 AM | Show all posts
Boleh tahu apa itu trinity 3 dalam 1,1 dalam 3..macam mana tu?
mhdsafwanindera Post at 22-12-2009 23:02


dalam pahaman Krist Ortodoks, x da tiga dalam satu.... cuma ada sifat Lahut (Ketuhanan) n Nasouth (Kemanusiaan) tokoh yang bernama Yasou' (Jesus) jer... dorang ni terbahagi sama ada kepada golongan Diophysite atau Monophysite. Bawah Monophysite ada cabang lagik macam Miaphysite, Docetism, n Adoptionism.

pahaman Thaaluth (Trinity) ni macam yang ramai orang zmn skarang paham, adalah pahaman Bapak, Anak-Nya, n Roh Kudus. Roh Kudus stengah orang cakap bukan tokoh pon, cuma maksud dia macam penunjuk jalan..... Yang menunjukkan jalan Salvation kat orang.... Pahaman ni diajarkan oleh Paul (Baulus) of Tarsus.

Bapak di langit, Anak Tuhan iaitu Yasou', n Roh Kudus mewakili Roh Tuhan. Ketiga2 ni saling berkait n satu tapi bukan sama antara satu dengan yang lain. Ni bukan aku yang cakap har, tapi dari dogma Gereja Katolik Roma... Roh Kudus gax menunjukkan bukti2 kekuasaan Tuhan kepada manusia n jadik dalil bagi dorang.



Carta ni cakap, Bapak tu Allah, tapi bukan Anak Dia atau Roh Kudus. Anak tu Allah, tapi bukan Bapak n Roh Kudus. Roh Kudus tu Allah, tapi bukan Bapak n bukan Anak. Tapi, semua Bapak, Anak, n Roh Kudus pon adalah Allah.

errrr,  terpakai Allah gak untuk nama Tuhan org Katolik ni, nanti kena saman ke? Sebab carta ni bukan aku yang wat, tapi Arab Kristian yang wat, ada dalam lama web bawah neh.....

http://www.ebnmaryam.com/vb/t42859.html

Pahaman ketuhanan dorang ni banyak menggunakan cara pikiran orang Yunani (Greek). Yang ni kena bukak pasal Heraclitos , Aristotle, Stoic n Philo la plak....... aku xnak letak pandangan aku snirik.... ni smua bukan pandangan aku, ni pandangan orang2 dia gax, aku xcampur pandangan peribadi aku....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 02:31 AM | Show all posts
ok kita tengok sket apa aliran2 yang dorang ni cakap sebagai "bidaah." aku letakkan ringkasan yang terkenal jer....

1) Bidaah Arius

Kalo zaman skarang nih, leh jadik Arianism lar, sebab ia sejenis aliran kefahaman orang yang bernama Arius. Arius ni menafikan sifat ketuhanan Jesus. Dia cakap Jesus tak sehakikat dengan Tuhan n Jesus merupakan makhluk yang diciptakan-Nya sama macam orang lain. Pemikiran aliran ni masih ada lagik zaman skarang tapi dorang x ada organisasi gereja yang establish macam gereja2 lain, mungkin ada individu perseorangan jer yang ada fahaman cam ni. Orang yang nama Arius ni penah kena laknat dalam Majlis Perhimpunan Niqiah (Nicea) pada tahun 325 M. Dengar ceritanya, Arius n pengikut2 dia membuat kacau, menimbulkan pertikaian, n menimbulkan syak wasangka dalam komuniti Gereja Suci. Nanti ja kita cerita detail pasal individu ni. Panjang ceritanya.

2) Bidaah Apollinarius

Apollinarius ni ajar fahaman ketuhanan Jesus, tapi dia x percaya pulak terhadap sifat kemanusiaan-Nya yang sempurna. Apollinarius anggap bahawa sifat kemanusiaan Jesus x memerlukan roh jadi maksudnya tuhan Jesus ni x ada roh sebab Tuhan Logos (Kalimah) yang memberikan kehidupan yang diperlukan tuhan Jesus. Maka, hal ni mencerminkan yang sifat kemanusiaan tuhan Jesus dorang sebagai tak sempurna. Majlis Ekumenikal Suci di Konstantinopel sana yang diadakan pada tahun 381 M, menolak buah fikiran Apollinarius ni dan mengisytiharkannya sebagai bidaah.

3) Bidaah Nastoura

Nastoura atau nama Greek dia Nastorius ni merupakan paderi besar Konstantinople pada tahun 428 M. Dia ni plak kena laknat dengan Majlis Ekumenikal Suci tahun 431 M yang diadakan di Efesus. Sebabnya, dia menolak untuk sebut Maryam sebagai ibu Tuhan atau dalam basa Greek, Theothokos. Dia percaya bahawa Maryam cuma melahirkan seorang manusia biasa tapi manusia Jesus ni diturunkan "ketuhanan" ke atasnya dan memenuhi dirinya. Jadi Nastoura cuma sebut yang Maryam adalah ibu Jesus atau Kristothokos, dia degil x mau sebut Theotokos atau ibu Tuhan.

Seorang paderi dalam seliaan Nastoura ni bernama Anastasius, menyebarkan fahaman Nastoura ini dan menyokongnya dengan menulis lima kitab yang menolak pemahaman bahawa Maryam adalah ibu Tuhan, tetapi adalah ibu Jesus. Jadi disebabkan membuat perkara ini, dia pon dianggap sebagai menolak sifat ketuhanan Jesus.

Quote pandangan Nastoura ni: "'Ketuhanan' turun ke atas Jesus maksudnya tiada sebarang penyatuan sifat ketuhanan atau sifat kemanusiaan dalam diri Jesus. Maksudnya jugak di sini, "ketuhanan" yang turun itu mengiringi Jesus atau turun kepadanya macam seorang itu naik pangkat wali atau seseorang yang suci.

Pandangan dorang yang wat tesis2 Kristian ni, dorang cakap bahawa "Nastoura anggap yang jasad Jesus ni jadik perantaraan (kena rasuk?) Tuhan macam gak jasad Jesus dijadikan perantaraan roh kudus melalui ma'mudiah (pembaptisan) dia." Dari hal tersebut, dorang wat konsep baru lagik, iaitu Yasou' an-Naaqilullahi, atau dalam bahasa Greek, Jesus Theophorus. Maksud dia macam 'Jesus kenderaan Tuhan.' Sebab dia membawa Tuhan sama dia." Tak silap, gelaran ni pon diberikan jugak kepada Jesus oleh sorang lagik paderi besar di Anthaqiyah (Antioch) iaitu Ignatius.

Ni pandangan aku snirik, tak tahu ler kalo dorang ni x cukop vocabulary ke masa nak menerangkan konsep2 akidah dorang ni. Atau dorang cakap bahasa berbunga2 falsafah sampai orang x paham n habis jadik salah faham, kemudian timbul fahaman2 baru n macam2 plak. Aku pong x suka sangat dengan pahaman2 dorang ni, aku letak sini purely untuk tujuan pendidikan je sebab benda ni xde dalam BM atau jarang jumpa. Aku pon terpaksa baca teks bahasa Arab n cuba terjemah untuk pengetahuan smua orang, salah struktur BM aku atau vokab salah, I'm sorrry.

Lagik, paderi Nastoura cakap, mustahil untuk Maryam melahirkan Tuhan. Sebab kata Nastoura, Pencipta x pernah dilahirkan oleh yang diciptakan-Nya. Dia cakap, lagipon, benda yang lahir dengan jasad akan tetap jadi jasad. Jadi, puak2 Krist lain yang wat kajian pasal fahaman Natoura ni wat kesimpulan dalam bahasa dorang, bahawa, Nastoura berpendapat yang hubungan antara sifat kemanusiaan Jesus dengan sifat ketuhanan Jesus yang diimani oleh orang Krist Diophysite, x pernah terjadi pon. Nastoura cakap bahawa dia membezakan sifat kemanusiaan n ketuhanan.

Jadik, kita dapat lihat, pengikut fahaman Nastoura ni menolak kepercayaan "Korban Darah Jesus untuk Penebusan Dosa Warisan." Sebab Jesus x penah ada sifat ketuhanan, jadi mustahil bagi dia untuk menawarkan pengorbanan yang mutlak untuk tebus dosa warisan manusia dari setiap zaman atau era.

Kata Pope Shnouda II dalam memberikan pandangannya terhadap "bidaah" Nastoura ini bagi mewakili Gereja Ortodoks Qubti:

"Bila gereja kami kata Maryam itu ibu Tuhan, maka ia mengesahkan bahawa Maryam melahirkan "kalimah-Nya yang menjelma" dan bukannya Maryam sebagai sumber sifat ketuhanan.

Tuhan yang memberikan kalimah merupakan Pencipta Maryam. Tapi Dia jugak dalam sepenuh masa turun ke atas Maryam dan memenuhinya, maka Maryam pon hamil. Maryam membawa-Nya dalam kandungan, dan Dia bersatu dengan jasad (sifat kemanusiaan) lalu kemudiannya Dia dilahirkan oleh Maryam.   

12 laknat yang dikeluarkan oleh Cyril juga turut memuatkan semua jawapan bagi segala bidaah yang "diada2kan" oleh Nastoura. Cyril turut mengutuk orang yang mengatakan bahawa dua sifat yang bergabung bersama atau Tuhan yang memberikan Kalimah berada dalam jasad Jesus atau jasad Jesus itu "dirasuk" oleh Tuhan. Akhir skalik Cyril juga melaknat orang yang beriman bahawa Jesus hanya merupakan seorang manusia yang dilahirkan oleh seorang wanita serta merupakan individu yang berbeza dengan Tuhan yang memberikan kalimah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2009 02:48 AM | Show all posts
4) Othaakhi (Eutyches)

Dia nih adalah seorang ketua biara di Konstatinopel yang menyelia lebih kurang 300 orang biarawan. Dia memang seteru dengan Natoura n lawan habis2 dengan "bidaah" Nastoura. Dia lawan pahaman Nastoura yang kata dua2 sifat ketuhanan n kemanusiaan tu x pernah bersatu langsung. Tapi kemudian dia pon masuk dalam salah satu golongan yang kena laknat gak sebab dia dah melampau2.

Bleh kata, dia ni pon ada bukak satu aliran jugak dalam agama Krist n aku rasa orang2 yang paham macam dia pon ada jah dalam orang Krist. Semua golongan "bidaah" n "x bidaah" dorang pon ada sekarang ni cuma nama aliran ja mungkin berlainan

Dia cakap bahawa sifat kemanusiaan Jesus dah diserap dan terlarut dalam sifat ketuhanan ibarat cuka menitik dalam laut. Jadi, kat sini, dia dah menafikan plak sifat kemanusiaan Jesus. Lepas Dioscorus kucilkan dia, Eutyches kemudian berpura2 macam dia bertaubat dan kononnya menerima keimanan yang sebenar.

Dioscorus benarkan dia balik dengan syarat, dia harus betulkan balik bidaah yang dia dah wat. Camna pon, bila dia sampai kat biara dia, dia isytihar balik kepercayaan dia bahawa Jesus tu adalah Tuhan sepenuhnya, bukan separuh Tuhan separuh manusia lagik macam Hercules. Tahun 451 M, dia dikucilkan semula oleh Majlis Perhimpunan Kalsedon. Gereja Qubti Mesir pon kucilkan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 11:28 AM | Show all posts
good info..walaupun pening aku nak faham...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 11:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by hammam at 23-12-2009 11:44

Salam.

Yg ana tau, nasrani berasal dari perkataan 'nasra' atau 'ansar' yakni 'pembantu-pembantu'.

Kenapa mereka digelar nasrani (pembantu) sebab asal-usul mereka dari agama Islam jugak. Bermaksud para Muslim yg berjihad adalah pembantu2 Allah dlm menegakkan Islam.

Ya, agama seperti nasrani dan yahudi berasal dari Islam, kerana Islam BUKAN agama baru yg dibawa Rasulullah SAW, sebaliknya agama yg dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S. Kemudian agama ini dibawa pula oleh Nuh, Musa, Isa dan Muhammad SAW.

Tapi disebabkan para 'pendita/ulamak' yg lebih disembah brbanding mngikuti Kalamullah dan Sunnah Rasul, maka golongan nasrani dan yahudi dipesongkan pemikiran mereka supaya secocok dgn ajaran2 'pendita/ulamak' mereka, bukannya mengikut acuan perjuangan Rasul dan petunjuk yg diturunkan Allah.

Kini, umat Islam juga saban hari semakin cenderung dan semakin mengagungkan mereka2 yg juga manusia biasa, membuat silap dan senang dipesongkan syaitan.

Hanya 2 perkara yg sewajibnya kita kaji, teliti dan ikuti dan dapat mnyelamatkan kita dari kebodohan, kejahilan dan kedangkalan.
Kitab Allah dan Sunnah Rasul.

Dan taatilah HANYA mereka2 yg berpegang kepada keduanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 03:02 PM | Show all posts
19# hammam


ermm makin banyak menda yang aku tahu dari tak tahu..... good info there...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.523847 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list