CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6588|Reply: 36

Sumbangan Aceh dalam kedaulatan bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 27-12-2009 10:12 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by urusniaga2020 at 27-12-2009 22:15

Sumbangan Aceh dalam kedaulatan bahasa Melayu    Oleh Sanusi Junid
                               Negeri Bambu Runcing lahirkan tokoh tersohor di alam Nusantara

PADAAhad 20 Disember lalu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Saidmelancarkan lima buku karangan Cut Nyak Fakinah Siti Zainon Ismailsempena genap 60 tahun umur Siti Zainon pada 18 Disember 2009. Namabukunya ialah Pakaian Cara Melayu; Bait Senandung Malam; Memasuki TamanPuisi; Delima Ranting Senja dan Aceh - Suara Dari Hujung Tambak. Majlisitu diadakan di Rumah Tamu Jeumpa D'Ramo di Bangsar, Kuala Lumpur.

Siti Zainon adalah penulis yang gigih dan juga pelukis.Setakat ini Siti Zainon sudah menulis 45 buku. Beliau adalah seorangdaripada enam penulis yang melukis di negara ini. Selainnya ialah LatifMohidin, A Ghafar Ibrahim, Prof Dr. Zakaria Ali, Ahmad Kamal Abdullah(Kemala) dan Datuk A Samad Said.
        

    Prof Dr Zakaria dan A Ghafar turut hadir pada majlis itu. Ini termasukpelukis terkenal Syed Ahmad Jamal dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa danPustaka, Datuk Turmuzi Abdul Aziz.

Dari seberang pula yang hadir pada pelancaran buku SitiZainon itu ialah Tan Sri Mejar Jen (B) Abd Rahman Ramli, bekas DutaIndonesia di Amerika Syarikat dan Presiden Direktor Pertamina diIndonesia. Abd Rahman adalah antara beberapa tokoh atasan dalamAngkatan Bersenjata Republik Indonesia (Abri) yang membantu dalam usahamenamatkan konfrontasi Sukarno terhadap Malaysia. Beliau bersamaisteri, anak, cucu dan menantunya Kolonel Fadjar Prasetyo yang barumemegang jawatan Atase Angkatan Udara di Kedutaan Besar Indonesia,Kuala Lumpur turut menghayati diskusi buku karya Siti Zainon.

Turut hadir ialah Tuan Syed Umar Al Sagaf seorang usahawanterkenal dari Jakarta dan isterinya Tjut Elli, pemimpin wanita Aceh diTaman Iskandar Muda, Jakarta.
                                  Oleh kerana mengetahui A Samad ialah suami Datin Rashidah Teungku MohdDahan dan beliau juga adalah pejuang bahasa Melayu dan sahabat Pak Sako(Ishak Haji Muhammad) dan Ahmad Boestamam (pengasas Parti Buruh), makasaya menceritakan satu babak dalam sejarah Nusantara yang menghubungkankeluarga isterinya, sahabatnya dan bahasa Melayu yang diperjuangkannya.

Selepas Jepun tewas dalam Perang Dunia Kedua, pihak Belandakembali ke Indonesia untuk meneruskan penjajahannya. Pada waktu itulahAhmad Sukarno dan Muhammad Hatta (kemudian menjadi Presiden dan WakilPresiden Republik Indonesia) mengadakan pertemuan dengan Belanda diSurabaya untuk menyatakan hasrat mereka untuk memperjuangkankemerdekaan Indonesia.

Pihak Belanda menolak permintaan Sukarno-Hatta ini atasalasan rakyat Indonesia tidak mahukan kemerdekaan yang terbukti dengancara sambutan hangat mereka menerima kembalinya Belanda sepeninggalanJepun. Sukarno-Hatta mendakwa bahawa penerimaan hangat rakyat Indonesiaatas kepulangan Belanda itu bukanlah kerana sayang rakyat Indonesiakepada Belanda tetapi kerana benci kepada Jepun.

Pihak Belanda menayangkan filem dokumentari yang menunjukkanbetapa sayangnya rakyat Indonesia yang berpeluk-cium dengan penjajahBelanda setiba mereka di lapangan terbang serata kota di kepulauanIndonesia ketika Belanda sampai.
                                Untuk menolak dakwaan Belanda yang menyatakan semua rakyat Indonesiasayangkan mereka, Sukarno-Hatta meminta Belanda menayangkan filemmenunjukkan suasana apabila Belanda sampai di Aceh. Sebagai membalashujah Sukarno-Hatta, Belanda menyatakan kepada Sukarno-Hatta bahawamereka akan membenarkan Aceh untuk merdeka. Apabila mendengar rancanganBelanda ini, maka Sukarno-Hatta pun membuat keputusan untuk pergi keAceh. Dalam perjalanan ke Aceh mereka singgah di Taiping, Perak.

Di Taiping, Sukarno dan Hatta berjumpa dengan IbrahimYaakob, Ishak Haji Muhamad (Pak Sako), Burhanuddin Al Helmi (pengasasPas) dan Ahmad Boestamam sebagai tokoh politik Tanah Melayu yangberketurunan Melayu Indonesia. Kepada mereka, Sukarno dan Hatta sudahmenyatakan rancangan penubuhan Melayu Raya iaitu satu wadah yangmenyatukan alam Melayu di Nusantara yang merangkumi selatan Thailand,Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Mindanao (selatan Filipina), Sabah,Sarawak dan Indonesia.

Melayu Raya akan menyatukan Rumpun Melayu. Oleh keranatujuan inilah, bahasa Melayu dipilih untuk menjadi bahasa Indonesia.Jika Indonesia itu hendak dibataskan kepada wilayah yang ada sekarangini, dengan majoriti rakyat berbahasa Jawa, sudah tentu bahasa Jawamenjadi bahasa Indonesia. Untuk mewujudkan Melayu Raya inilah, Acehperlu berada bersama di dalam Indonesia sehingga berjaya perjuanganmewujudkan Melayu Raya. Dalam perjumpaan di Taiping, Sukarno dan Hattaberpesan kepada tokoh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Tanah Melayu (PKMM)supaya terus membakar semangat kemerdekaan tetapi menolak apa-aparancangan untuk memerdekakan Tanah Melayu secara bersendirian di luarMelayu Raya.

Apabila selesai perjumpaan di Taiping, Sukarno dan Hattabertolak dengan pesawat ke Aceh untuk bertemu dengan pemimpin Acehdaripada kalangan ulama di Kotaraja (kini Banda Aceh). Mereka bertemudengan Teungku Muhammad Daud Beureueh, Teungku Haji HasballahIndrapuri, Teungku Haji Hasan Krueng Kale dan Teungku Haji JakfarSiddiq Lamjabat untuk meminta Aceh tidak berada di luar Indonesia danmenolak saranan Belanda untuk Aceh berdiri sebagai sebuah negaramerdeka.

Oleh kerana Aceh menyokong wadah Melayu Raya atau IndonesiaRaya inilah, maka kini Aceh berada di dalam Indonesia. Aceh menerimabaik keikhlasan Sukarno-Hatta kerana menjadikan bahasa Melayu sebagaibahasa Indonesia sebagai persiapan untuk bahasa Melayu menjadi bahasayang akan menyatupadukan bangsa Melayu di dalam Melayu Raya. Acehbersetuju menjadi sebahagian daripada Indonesia apabila Sukarno-Hattabersetuju di dalam pertemuan di Kotaraja itu untuk menjadikan Indonesiasebagai sebuah negara Islam, memberi hak istimewa autonomi ekonomi bagiAceh supaya bebas berniaga dengan semua negara luar di seluruh duniatanpa perlu izin daripada Jakarta dan Indonesia didirikan sebagaisebuah Negara Persekutuan dan bukan sebagai Negara Republik.

Oleh kerana mungkir janji oleh Sukarno-Hatta, maka Acehberperang dengan Indonesia di bawah Sukarno sehingga jatuh Sukarno dandiganti Suharto dan Aceh (GAM) berperang lagi dengan Indonesia sehinggadatang bencana tsunami. (Bacalah perenggan 7 hingga 17 dalam pos blogbertajuk Melayu Lawan Melayu 16 Ogos, 2009)

Hanya satu yang berjaya daripada tujuan untuk mewujudkanMelayu atau Indonesia Raya, iaitu bahasa Melayu menjadi BahasaKebangsaan di Malaysia dan sebagai bahasa Indonesia walaupun denganpelbagai variasi.

Seorang ulama Aceh dalam perundingan dengan Sukarno-Hattaialah Teungku Hasballah Indrapuri, abang kepada Teungku Muhamad Dahan,iaitu bapa kepada Rashidah isteri A Samad. Selepas memberi fatwabersetuju Aceh berada dalam Indonesia Teungku Hasballah Indrapuri jatuhsakit dan dibawa ke Pulau Pinang untuk berubat. Beliau meninggal duniadan dikebumikan di makam keluarga di Setoi, Kampung Aceh, Yan, Kedah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2009 10:15 PM | Show all posts
Selain persetujuan Aceh untuk menjadi sebahagian daripadaIndonesia sebagai persiapan untuk mewujudkan Melayu Raya, sehinggabahasa Melayu dijadikan bahasa Indonesia dan Bahasa Kebangsaan diMalaysia, tokoh Aceh juga banyak memberi sumbangan kepada kemajuanbahasa Melayu di Malaysia. Dr Teuku Iskandar, umpamanya ialah penyusunKamus Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang pertama. Padazaman revolusi ketika ramai kerabat diraja Sumatera dibunuh, Raja Siak,sebagai raja sebuah wilayah yang pernah duduk di dalam Nanggroe Acehterselamat kerana dilindungi Teungku Muhammad Daud Beureueh di rumahnyadi Sigli. Anak kepada Raja Siak inilah yang bernama Tengku Tun SyedNasir Ismail yang pernah menjadi Pengerusi DBP yang pertama dan jugaSpeaker Dewan Rakyat.

Usaha menyelaraskan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, demiperpaduan Rumpun Melayu terhenti sepeninggalan Tun Syed Nasir. Kini TanSri Prof Emeritus Dr Ismail Hussein, Ketua Satu Gapena masih menjadiwira dan pejuang bahasa Melayu. Beliau adalah abang kepada AllahyarhamDatuk Ibrahim Hussein, seorang pelukis Melayu bertaraf antarabangsa danadik Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein. Mereka berasal dariSigli di Aceh, sebuah kawasan yang bersempadan dengan Indrapuri.

Di Inderapuri pula ada sebuah masjid yang terdiri di atassebuah kuil Hindu. Inilah kuil Hindu pertama di Tenggara Asia yangdiubah menjadi masjid sejak Islam mula masuk ke Aceh sekitar lebih1,000 tahun yang lalu.

Sementara keluarga Teungku Hasballah Indrapuri menjadikanKampung Aceh di Yan sebagai pusat pengajian Islam mulai abad ke-19,jauh lebih awal dari itu seorang ulama Aceh yang berasal dari Arab,pada abad ke 12 pada tahun 1136 mengislamkan Maharaja Derba Kedua,iaitu raja keempat di Kedah beragama Hindu yang diberi nama SultanMuzaffar Shah selepas memeluk Islam.

Peminat sejarah bolehlah melancong ke Inderapuri di Acehuntuk melihat sebuah masjid yang pertama terletak di atas kuil Hindudan melawat Lembah Bujang di Kedah untuk melihat tapak candi Hindu yangpertama di Asia Tenggara (yang kedua dan lebih besar, Borobudur diJogjakarta, Indonesia dan yang terbesar Angkor Watt di Kemboja). Dalamperjalanan ke Lembah Bujang boleh didapati Makam Sultan Muzaffar Shahtidak jauh dari pekan Merbok.

Dengan hubungan sejarah yang begitu rapat dan perkembanganbahasa dan agama yang hebat di Nusantara, tidak hairanlah kenapa SitiZainon begitu terpikat kepada Aceh, dan banyak menulis mengenainyasehingga beliau diberi gelaran Cut Nyak Fakinah pada 1990 oleh bekasGabenor Aceh selaku ulama yang menjadi Ketua Lembaga Adat danKebudayaan Aceh (Laka), Prof Ali Hasymi pada satu majlis sempenapengucapan syahadah Harry Aveling @ Hafiz Arif yang juga diberi gelaranOrang Kaya Putih. Pada waktu menyampaikan gelaran Cut Nyak Fakinahkepada Siti Zainon Almarhum Prof Ali Hasymi memberi tanggungjawab danamanah kepada Siti Zainon untuk terus menulis dan mengembangkan seniwarisan Aceh.

Sehingga kini Cut Nyak Fakinah Siti Zainon sudahmenerbitkan, kumpulan esei dalam buku Percikan Seni terbitan 1986,sketsa/puisi dalam Zikir Pelangi terbitan 1997, puisi dalam GeulumbangRayuek terbitan 2005, novel Delima Ranting Senja terbitan 2009,himpunan esei, kertas kerja, cerpen, puisi dalam Aceh: Suara dariHujung Tambak terbitan 2009. Sama-samalah kita doakan semoga Cut NyakFakinah Siti Zainon terus bertenaga dan mampu berkarya untuk agama anummah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 10:16 PM | Show all posts
kepala dlm balang tu mengingatkan aku pada frankenstein
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 10:32 PM | Show all posts
long gaseh hana, dik cut...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 11:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by jf_pratama at 27-12-2009 22:54

Post Last Edit by jf_pratama at 27-12-2009 22:45

Artiikelnya tidak akurat sama sekali dan betul-betul membodohkan ..... Sangat menggelikan jika kita membacanya karena artikel mencampur-adukan sejarah yang waktu kejadiannya tidak betul  + dengan opini sang penulis yang betul-betul "Malaysian and/or UMNO's style" ..... Hehehehehehe

Koreksi saya terhadap artikel tersebut adalah sbb:

1. Keputusan menggunakan Bahsa Melayu Riau sebagai Bahasa Indonesia bukan ditetapkan oleh Sukarno dan Hatta tapi ditetapkan pada Kongres Pemuda Indonesia pada tanggal 28 Oktober 1928 (Soempah Pemoeda).

2. Pertemuan Sukarno dengan Daud Beureuh dilakukan setelah Indonesia Merdeka....Bukan pada jaman penjajahan Belanda atau Jepang.

3. Pertemuan Soekarno dengan Ibrahim Jacob dilakukan pada bulan Agustus 1945 sebelum Indonesia menyatakan kemerdekaannya (Proklamasi tanggal 17 Agustus 1945), disepakati agar Tanah Melayu bersatu dengan Indonesia tapi akibat penolakan raja-raja melayu saat itu (yang lebih suka dijajah oleh Inggris)  maka komitmen tersebut tidak terwujud sama sekali.

4. Candi Borobudur bukanlah Candi Hindu .. tapi Candi untuk agama Budha.

Saya harus pergi dahulu ... pembetulan/koreksi lebih lanjut atas artikel akan saya lakukan setelah saya balik ke rumah nanti ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 08:35 AM | Show all posts
JF Pratama akan mempertahankan apa-apa yg berkaitan dengan sejarah ketuanan Jawa nya.Tan Sri Sanusi pula  sebagai seorang Acheh tulin pula memberikan pendapat sebagai orang Acheh.Standard lah kalau JF tak setuju dengan artikel Sanusi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2009 08:43 AM | Show all posts
JF wrote

. Pertemuan Soekarno dengan Ibrahim Jacob dilakukan pada bulan Agustus 1945 sebelum Indonesia menyatakan kemerdekaannya (Proklamasi tanggal 17 Agustus 1945), disepakati agar Tanah Melayu bersatu dengan Indonesia tapi akibat penolakan raja-raja melayu saat itu (yang lebih suka dijajah oleh Inggris)  maka komitmen tersebut tidak terwujud sama sekali.

Maaf .Raja-raja kami bukan suka berada dibawah penjajahan Inggeris dengan menolak bersatu dengan Indonesia tapi bagi mengelakkan menerima nasib seperti Raja-raja atau Sultan-sultan di Tanah Indonesia yg diperlekehkan oleh Soekarno.Kami tak rela berpemimpin manusia macam Soekarno.Cuba fikirkan nasib Malaysia jika bersatu dengan Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 01:13 PM | Show all posts
Sukarno ialah anjiang godang laknatullah yang telah mengkhianati Islam dan merupakan 'kamal ataturk' di asia tenggara.

Sesungguhnya Tanah Melayu boleh bergabung dengan daerah lain HANYA ATAS nama Islam, namun pengkhianatan sukarno yg merupakan seorang murtadin, pencinta sekularism, womanizer dan mengamalkan dasar monopoli/imperialis Jawa mnyebabkan republik indonesia WAJIB ditolak.

pengkhianatan jawa musyrikin terhadap Darul Islam, pembantaian mujahidin sunda dan aceh adalah sejarah yang MESTI dikekalkan dan dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang.

kerana sukarno laknatullah lah yang menyebabkan hukum Islam dan khalifah GAGAL diwujudkan di asia tenggara.

aku harap sukarno mendapat siksaan yg TERPEDIH atas pengkhianatannya terhadap Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2009 05:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by jf_pratama at 28-12-2009 16:11

8# JodoKast

Hahahaha .... are you reincarnation of Noordin M Top?

Jika anda ingin membentuk negara khilafah islam ... maka terlebih dahulu rubahlah Malaysia menjadi apa yang anda kehendaki .. Khilafah Islam di Asia Tenggara ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 05:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by jf_pratama at 28-12-2009 16:11

8# JodoKast

Hahahaha .... are you reincarnation of Noordin M Top?

Jika anda ingin membentuk negara khilafah islam ... maka terlebih dahulu r ...
jf_pratama Post at 28-12-2009 17:07


tapi yg pasti pendatang tanpa izin dari indon paling ramai kat mesia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 09:16 AM | Show all posts
7# sayapghaib Huhuhu.....
Ya raja raja melayu semenanjung yang konon pengawal islam sememangnya tak mau bergabung dengan indonesia dan juga tak mau dijajah inggris. mereka hanya mau berdaulat dan hidup senang sebagai raja. Islam tak mengajarkan kerajaan pun...semua orang sama sederajat. Islam dijunjung tapi islam pun kena pasung jika tak cocok....ini sebab islam tak berjaya masa kini. Ini sesuai sunah Rosullulah "Zaman terbaik adalah zamanku, setelah itu zaman setelahku, setelah itu zaman berikutnya"....Islam MUNDUR....Satu sebab karena islam tak dijalankan secara benar...semua hanya cakap dan teriak...jika ada ajaran islam tak cocok langsung kena delete. Islam secara kaafah hanya di mulut.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 09:18 AM | Show all posts
8# JodoKast

Ko dah dapat kepastian masuk syurga ek?....kutuk orang laknatullah. Ko lah yang pertama kena laknat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 09:20 AM | Show all posts
5# jf_pratama

Mana orang malaysia ni tau sejarah dengan betol lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 09:30 AM | Show all posts
6# sayapghaib
Mungkin ini bukan tulisan Sanusi yang asli...jika sanusi tau sejarah takkan sebagai orang acheh dia tak tau "Kongres Soempah Pemoeda" tahun 1928, yang menetapkan Bahasa Indonesia sebagai bahasa persatuan yang berasal dari melayu.

Kebodohan tulisan kedua....bahasa melayu dijadikan bahasa persatuan bukan karena alasan politik penyatuan NUSANTARA....tetapi bahasa melayu sudah menjadi bahasa pergaulan (lingua franca) dan bahasa perdagangan di nusantara. Oleh karena bahasa melayu setiap daerah di nusantara punya dialek tertentu dan bahasa melayu pula sudah diperkaya/ditambah dengan kata-kata baru dari berbagai daerah dan asing yang bukan asli dari bahasa melayu maka untuk itu digunakan nama bahasa indonesia bukan melayu lagi. Ini pula baik secara politik agar semua daerah merasa memiliki bahasa ini sebagai bahasa sendiri.

Alaaaamakk.....belajar sejarah dahulu habis tu tulis yang betul.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 02:29 PM | Show all posts
12# kalasnhikov

aku taktau aku masuk ke tak, itu ketentuan Tuhan.

tapi ketentuan Tuhan untuk pengkhianat Islam, pembunuh kaum muslimin, murtadin seperti sukarno ialah JELAS dan termaktub dalam kitab. ko tak baca ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 02:56 PM | Show all posts
12# kalasnhikov

aku taktau aku masuk ke tak, itu ketentuan Tuhan.

tapi ketentuan Tuhan untuk pengkhianat Islam, pembunuh kaum muslimin, murtadin seperti sukarno ialah JELAS dan termaktub dalam ...
JodoKast Post at 29-12-2009 14:29


Soekarno murtadin?.........
bagus ko istighfar.....masih tak cukup ko laknat soekarno sekarang ko bilang soekarno murtadin. Ada ko bukti shahih?
Apa itu murtadin? ko tau tak apa murtadin?
Ko rasa ko lah paling islam di donia ini, yang lain dah murtad.....

Abis tu ko rasa ko paling berhak masuk syurga yang lain pasti masuk neraka....

Jalan ko menuju syurga ko rasa harus jadi syuhada lah....jihad dengan bom kan?....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2009 03:02 PM | Show all posts
Bape ramai org islam di Acheh kene bunuh ngan tentera Indon?? Sapa bley jawab??
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 03:06 PM | Show all posts
Soekarno murtadin?.........
bagus ko istighfar.....masih tak cukup ko laknat soekarno sekarang ko bilang soekarno murtadin. Ada ko bukti shahih?
Apa itu murtadin? ko tau tak apa murtadin?
Ko ra ...
kalasnhikov Post at 29-12-2009 14:56


ala yg ikat2 bom ni pon org indon jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 03:22 PM | Show all posts
16# kalasnhikov

kesian mamat nih. ko taktau ke yg sukarno pemimpin kesayangan ko tu seorang sosialis? sorang komunis?

fahaman komunis menolak KEPERCAYAAN kepada Tuhan dan menolak agama.

tak kah itu cukup membuktikan sukarno itu murtadin?

abis ko ingat sukarno boleh masuk syurga dengan membunuh mujahid2 sunda dan aceh yg berjuang menegakkan hukum Islam dan kekhalifahan. camtu?

kesian....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 05:10 PM | Show all posts
19# JodoKast

Kasian kat pengetahuan ko ni.... soekarno ni sosialis kah? sosialis ni murtadin ke?
Ko pi belajar lagi.......
perlebar minda, sosialis dan komunis bukan barang yang sama. Ko cari sendiri arti keduanya.

abis tu baru ko belajar tentang fahaman politik soekarno.....abis tu kita berbincang tentang soekarno.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.063326 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list