CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22531|Reply: 47

Gemenceh : Empat beranak mati dibunuh ..Kejamnye..

[Copy link]
Post time 6-1-2010 08:56 AM | Show all posts |Read mode
TAMPIN: Empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepaladipercayai dibunuh di dua buah rumah berasingan yang terletak diberdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, petang tadi.

Mereka ialah bekas imam masjid kampung itu, Atan Daud, 90 sertaisterinya, Sofiah Keatas, 80, dan cucu mereka, Siti Khadijah Ismail, 22.

Seorang lagi adalah bapa Siti Khadijah yang juga menantu pasangan wargaemas itu yang dikenali sebagai Ismail Awang, 76, yang ditemui dalamkeadaan tanpa kepala.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata kejadian itudipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, tetapi hanya diketahuiselepas cucu mangsa, Siti Mariam Ismail, 18, pulang dari sekolahkira-kira jam 3.30 petang.

Katanya, siasatan mendapati terdapat kesan tetakan dan tikaman padasemua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakalaAtan putus tangan kiri dan Sofiah putus tangan kanan, manakala Ismailputus kepalanya.

"Polis menolak motif samun dalam kes pembunuhan ini dan sedangmenyiasat semua kemungkinan, termasuk perselisihan faham. Kes inidisiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada sidangakhbar di Balai Polis Gemencheh dekat sini, malam ini.

Osman berkata, polis turut menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, iaitu sebilah pisau dan parang.

Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari seorang lelaki, iaitucucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, bagi membantu siasatan.

Katanya, Rashidi menunggang sebuah motosikal Suzuki warna biru dengannombor pendaftaran BAY 2805 dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumatmengenainya supaya menghubungi mana-mana balai polis dengan segera.

Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.               


kejamnyer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2010 09:03 AM | Show all posts
kena tetak abis diorg ni...putus sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 09:08 AM | Show all posts
huh...apa nk jd ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 09:08 AM | Show all posts
sapala punya kerja tu???
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 09:10 AM | Show all posts
ni btul2 kejam ni..patut dgr brite dlm radio pg td
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 09:15 AM | Show all posts
dah dengar berita ni malam tadi..
sungguh menyayat hati..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2010 09:16 AM | Show all posts
gila apa ke si pembunuh ni....iskhhhh...ngeri...mesti darah membuak2 kt tempat kejadian tu.....mcmmn la perasaan cucu yg memula jumpa mayat tu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 09:29 AM | Show all posts
.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2010 09:43 AM | Show all posts
aku rasa ni mesti kes skizofrenia ni...selalu kes cam bunuh adik badik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 09:52 AM | Show all posts
takziah utk keluarga mangsa, manusia akhir zaman..bunuh dah jadi mainan
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 09:52 AM | Show all posts
ya allah kejamnye............
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 10:39 AM | Show all posts
suspek utama katanya
ahli keluarga tu sendiri gak gak

yakni, cucu si imam...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 11:02 AM | Show all posts
kesian tul..Kuat giler menyerang nie.. sampai 4 orang sekali dia bunuh.. assume takde org lain yg subahat dengan dia lah..
semoga roh arwah dicucuri rahmat.. amin
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 01:10 PM | Show all posts
Empat beranak mati ngeri
Oleh Ifwan Tun Tuah dan Jaafar Mulup
[email protected]

MAYAT empat beranak yang ditemui mati dalam dua rumah di kebun getah di Kampung Bukit Rokan, dekat Tampin, semalam diletak dalam kenderaan polis untuk dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar.

Bekas imam, isteri putus tangan
# Pisau tertusuk di dada cucu
# Kepala menantu dipenggal

TAMPIN: Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.

Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang.

Katanya, terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri, Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.

"Polis menolak motif samun dan sedang menyiasat semua kemungkinan, termasuk perselisihan faham. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Gemencheh dekat sini, malam tadi.

Osman berkata, polis turut menemui sebilah pisau dan parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, bagi membantu siasatan.

Katanya, Rashidi menunggang motosikal Suzuki biru dengan nombor pendaftaran BAY 2805 dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi mana-mana balai polis dengan segera.

Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali memberitahu dia antara terawal tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan Siti Mariam.
Rashidi Ismail

Katanya, Ismail sepatutnya mengambil Siti Mariam di sekolah, tetapi sehingga kira-kira jam 2 petang, Allahyarham tidak tiba seperti biasa.

"Siti Mariam kemudian menelefon bapanya dan kakaknya, Siti Khadijah, tetapi kedua-dua panggilan itu tidak dijawab.

"Dia kemudian pulang sendiri dengan menaiki bas dan apabila tiba di rumah, Siti Mariam mendapati kakaknya sudah tidak bernyawa dengan pisau tercacak di dada," katanya.

Berikutan itu, Siti Mariam meluru ke rumah datuknya yang terletak hanya kira-kira 20 meter dari rumahnya, tetapi terkejut apabila menemui pasangan warga emas itu turut mati bergelimpangan.

"Pembunuhan Ismail pula disedari selepas penduduk menemui mayat tanpa kepala di rumah pasangan warga emas itu," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati kedua-dua rumah berkenaan terletak dalam satu kawasan berpagar dengan jarak kira-kira 20 meter.

Kedua-dua rumah itu juga terletak dalam kebun getah dan terpencil dari rumah lain dengan rumah terdekat kira-kira dua kilometer.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 01:14 PM | Show all posts




DUA anak bekas imam, Kamariah dan Badariah (kanan) sebak melihat keadaan mayat ahli keluarga mereka.



Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, bagi membantu siasatan.

Katanya, Rashidi menunggang motosikal Suzuki biru dengan nombor pendaftaran BAY 2805 dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi mana-mana balai polis dengan segera.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 01:58 PM | Show all posts
ez tinggal kt tampin,pg td kecoh bile motor suspek di jumpai di bus stop repah,tampin nie..
mana lah 'dier' m'hilang agaknyer...:cf:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2010 07:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_bonas at 6-1-2010 19:32

Berita Harian Online..Mutakhir

Polis anggap kes pembunuhan empat beranak selesai

TAMPIN: Polis menganggap kes pembunuhan kejam empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, semalam selesai berikutan penangkapan suspek di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur, petang tadi.

Polis juga mengesahkan kepala seorang mangsa, Ismail Awang, 76, yang dipenggal dalam pembunuhan itu masih belum ditemui.

cmf_bonas-  punyo lah jauh suspek melarikan diri,last2 jumpo jo deh..respek kek polis kito..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 08:50 AM | Show all posts
Kepala di Shah Alam
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud, Abdullah Wahab dan Mohd Firdaus Ibrahim
[email protected]

SHAH ALAM: Misteri kehilangan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam membabitkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan, kelmarin, terjawab apabila polis menemui anggota badan manusia itu yang ditanam di sebuah tanah perkuburan dekat sini, tengah malam tadi.

Kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.

“Ketika kerja penggalian, anggota forensik menemui satu plastik mengandungi kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira 2 kaki (0.6 meter) dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya kepada pemberita sejurus operasi berakhir pada jam 12.50 tengah malam tadi.

Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.

Katanya, suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian itu selesai dengan dipakaikan baju pasung.

Terdahulu, suspek membawa sepasukan polis ke satu lokasi sebelum menunjukkan tempat kepala mangsa yang juga bapa kandungnya, ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira jam 9.45 malam.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.20 malam, sebelum bertolak ke tanah perkuburan berkenaan.

Anggota Unit Forensik yang tiba di lokasi sama kira-kira jam 11.40 malam, kemudian memulakan kerja menggali di lokasi yang ditunjukkan suspek.

Berdasarkan pemerhatian wartawan, jarak lokasi penggalian dari pintu masuk utama tanah perkuburan kira-kira 200 meter.

Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam, ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 4.05 petang semalam.

Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu menyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggota keselamatan itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambar yang diedarkan pihak berkuasa sebelum ini.

Ketika cuba diberkas, lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk dan menyerang seorang anggota polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka hampir 20 minit sebelum suspek berjaya ditumpaskan dan diberkas anggota pasukan keselamatan itu.

Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggal dalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh, kira-kira 24 jam sebelum itu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, mangsa Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka, Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang bersebelahan.

Mayat Atan, Sutiah dan Ismail ditemui adik Siti Khadijah yang baru pulang dari sekolah dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah bekas imam berkenaan, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 11:49 AM | Show all posts
apa nak jadi dgn org melayu sekarang..apa la kesalahan diaorg sampai camtu sekali
zalim nya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 11:55 AM | Show all posts
GEMENCHEH - Siti Mariam Ismail, 19, tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih apabila bapanya, Ismail Awang, 76, yang selalu menjemputnya pulang sekolah tidak dapat berbuat demikian.

Pelajar Tingkatan Enam Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha itu berkata, bapanya juga gagal menjawab panggilan pada hari kejadian datuk, nenek, bapa dan kakaknya dibunuh kejam.

Menurutnya, dia cubamenghubungi kakaknya, Siti Khadijah tetapi panggilannya tidak berjawab.

“Beberapa kali saya cuba menghubungi ayah dan kakak untuk mengingatkan mereka supaya menjemput saya pulang ke rumah seperti biasa tetapi gagal kerana panggilan tidak berjawab.

“Setiba di rumah, saya masuk melalui pintu belakang dan terus ke bilik menukar pakaian kerana merajuk,” katanya.

Bagaimanapun, perasaan itu berubah apabila melihat Siti Khadijah terbaring di atas lantai di ruang tamu rumah dalam keadaan mengerikan dengan pisau terpacak di dada.

“Sesudah menukar pakaian, saya perasan kakak seperti berbaring di ruang tamu. Bagaimanapun, saya terkejut melihat kakak berlumuran darah selepas mendekatinya.

“Saya segera menuju ke rumah datuk untuk mengadu kejadian ini, namun, keadaan sama berlaku kepada nenek dan ayah yang turut berlumuran darah dengan beberapa kesan tetakan pada anggota badan,” katanya.

Ditanya pemberita berhubung Rashidi Ismail yang menghilangkan diri, Siti Mariam mengaku ada bertanya khabar abangnya sewaktu tiba dari Kuala Lumpur pada malam sebelum kejadian.

“Saya ada bertanya khabar abang ketika dia tiba di rumah. Perbualan kami sekejap sahaja kerana malam semakin larut dan saya terus masuk ke bilik untuk tidur. Sewaktu hendak ke sekolah, abang masih tidur.

“Saya tidak percaya abang tergamak melakukan perkara ini sekiranya benar,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abd Aziz ketika ditemui mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa sekali gus bersedia memberi bantuan diperlukan keluarga terbabit.

“Selaku wakil rakyat bertanggungjawab, saya bersedia membantu keluarga mangsa bagi mendapatkan bantuan diperlukan.

“Saya berharap, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu keluarga mangsa dalam kadar segera demi kesejahteraan mereka,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.416941 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list