CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7008|Reply: 32

Gambar tak edit lebih dihormati?

[Copy link]
Post time 31-1-2010 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Bila kita ketengah pic untuk post, spt nak post kat dalam forum ni (atau nak hantar kedalam majalah fotografi), adakah kita perlu kekalkan originalities/ketulinan gambar yg keluar hasil dari kamera kita snap tu? Maksud aku, kita perlu hantar gambar yang terhasil tanpa apa-apa edit pada gambar tersebut.

Atau pun kita boleh edit pic tu spt kita edit hue, saturation, white balance and levels?

Adakah gambar yang cantik dan tak di edit itu lebih dihormati berbanding pic yg di edit?

Kalau ada pertandingan fotografi dalam majalah, adakah mereka mahukan gambar yang tidak di edit? atau pon kita bole hantar gambar yg telah di edit?

Sekian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2010 05:41 PM | Show all posts
Edit dan manipulate - pada aku sesuatu yang sangat jauh beza...

Edit - yang aku paham, kita perbetulkan sesuatu tu seminima mungkin, mungkin level, contrast, cropping etc... sesuatu yang tidak mengubah fizikal asal objek dalam gambo tu...

Manipulate - ko composite kan banyak imej menjadi satu dengan menggunakan program editing, morphing ataupun digitising sesuatu yang ASALNYA tiada kemudian di masukkan kedalam gambar asal... Contoh : gambar langit malam, tiada bulan, cuma bintang dan awan tiba-tiba ko masukkan imej bulan ... Kat sini yang salah....

Dulu masa memula aku main fotografi, mmg sangat cenderung untuk manipulate gambar, dengan niat untuk melengkapkan lagi komposisi gambar asal itu, supaya lebih WOW... tapi bila tempoh bertatih dalam fotografi tu dah luput, ko akan rasa tiada jiwa fotografi bila buat macam tu... something is missing somewhere... bila ko rasa macam ni, ko akan fikir, kamera filem lagi power, sebab apa yang ada keluar kat filem adalah 100% skill fotografi ko, bukan atas sebab manipulate... ko nak buat imej low-key, wat underexpose, nak wat hi-key, overexposekan... nak wat jadikan air ombak jadi macam kapas tanpa jadikan gambar tu overexpose, gunakan Filter Neutral Density 2 Stop atau 3 Stop... begitulah ceritanya....

Makin ko advance dalam fotografi, makin ko akan cuba hasilkan gambar original... Without making any composition in your computer... Semua org akan sampai tahap itu nanti...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 05:44 PM | Show all posts
originalities tetap menjadi keutamaan aku...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 05:45 PM | Show all posts
Ni contoh gambar yang dah dimanipulate :



Ni gambar asal yang cuma diperbetulkan exposure dan sikit sharpening :

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 05:53 PM | Show all posts
composition ada lah suatu elemen photography yang tidak bleh di ambil alih oleh software editor....
so, klu nak ambek gambar, ambek la betul pd komposisinya....at the snap moment...terang gelap bleh adjust...but not composition.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 07:53 PM | Show all posts
Edit dan manipulate - pada aku sesuatu yang sangat jauh beza...

Edit - yang aku paham, kita perbetulkan sesuatu tu seminima mungkin, mungkin level, contrast, cropping etc... sesuatu yang tidak meng ...
matdue77 Post at 31-1-2010 17:41


good topic utk dibincangkan dan aku setuju dgn abg mat.
ada clear line between photo editing dan photo manipulation

pada aku dalam dunia fotografi digital sekarang ni editing almost wajib.
klu dlm majalah tu aku rasa hampir pasti takde satu pun yg tak di edit
at least sharpening, crop dan lain2 yg basic.
personally aku tak minat dgn gambar yg dimanipulate spi jadi tak real.

basic editing pada aku tidak akan mengubah originaliti gambar tersebut
kalau tau tapi tak nak buat basic editing utk 'improve your presentation'
pada aku tu dah kategori photographer kurang rajin , I don't think org respect.
kecuali kalau gambar memang dah cantik then you gain that respect.

setahu aku antara niche photograpy yg tak benarkan editing adalah Photo Journalism
photographer kena hantar gambar ori utk kuar kat suratkhabar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2010 08:00 PM | Show all posts
Bila kita ketengah pic untuk post, spt nak post kat dalam forum ni (atau nak hantar kedalam majalah fotografi), adakah kita perlu kekalkan originalities/ketulinan gambar yg keluar hasil dari kamera ki ...
no_identity4 Post at 31-1-2010 17:26


satu lagi biasanya dlm pertandingan akan ada mention pasal basic editing
atau limit yg dibenarkan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 09:41 PM | Show all posts
2# matdue77

caya lah abe mat....pro nya idea laa katakan hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2010 09:47 PM | Show all posts
satu topic yg menarik....

bagi aku....i do both...

depend on what purpose laaa...
i manipulate for what? ..... for me, enhance my editing skill, using CS3, photo element
i edit for what? ... to make my pic look more better than what camera produce

bagi aku, simple editing perlu, sbb x semua pic yg keluar tu ikut dengan kehendak kita
mcm exposure nya, distortion nya...so simple2 editing tu perlu
crop, brush out, sharpen, level, brightness, saturation, contrast etc...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2010 12:57 AM | Show all posts
thanks kpd otai otai yg memberikan pendpat, baru la mata ni nampak sket...
to matdue77 -  baru la den tau ada dua menda, edit dan manupulate ...dan both berbeza. nampaknya ramai juga yg memihak kepada originalities, dan saya mmg setuju la, kalau semua di ubah dalam pc, maka bole menyebabkan something is missing dalam 'jiwa' kita si pengambil gambar...

hmm... kena blajar composition lebih lagi ni.. bak kata budaktua composition tu penting...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 11:19 PM | Show all posts
nak cantik mesti edit dan sedikit sentuhan manupulate!..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 07:49 AM | Show all posts
pada pendapatan aku, edit memang diperlukan nak2 pulak kalau kita shoot guna format raw sbb biasanya file gambar dalam format raw ni (dslr sony contohnya) perlukan editing utk sharpness dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 03:02 PM | Show all posts
edit sikit kasi lawa... kasi ekjas sama itu RGB
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 02:12 AM | Show all posts
Digital Dark Room........................... Digital Filter..............
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 10:03 AM | Show all posts
Nak buat wedding album / custom album..gambar kena edit secantik yg mungkin..
kalau tak sia-sia je kena marah dengan pengantin...hehehe..

www.thephotoelements.com
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 01:08 PM | Show all posts
pada pendapatan aku, edit memang diperlukan nak2 pulak kalau kita shoot guna format raw sbb biasanya file gambar dalam format raw ni (dslr sony contohnya) perlukan editing utk sharpness dia
bulat Post at 2-2-2010 07:49 AM


Bulat, kalau RAW punya file, pada aku itu POST-PROCESSING, macam pakai filem... tak mengubah apa imej asal yang ko ambik kat site... Balik umah, upload ke pc/mac, then bukak RAW CONVERTER, setkan attributes then save ke JPEG HI/MED/LOW... So basically bukannya manipulation, cuma post-processing...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 12:05 PM | Show all posts
edit ke tak edit, yg penting outputnya adakah bagus ke tidak...

Foto yg memberi kesan pada mata yang memandang adalah kerna ia begitu memberi impak tatkala melihatnya, samada ia di edit atau tidak takde sapa kesah, yg penting adalah outputnya.

Kalau nak masuk contest, edit ke tak edit tu bergantung la kat Terms&Conditiont contest itu... sukahati penganjur contest itu lah nak accept edited image or not..
________________

Edit & tak edit : sejak gambar dan cahaya masuk ke filem / sensor, di situ je da ada editing. White balance, sharpness, iso, shutter speed, masa cuci di kontrol kontrastnya... Soal dihormati atau tidak itu belakang kira.. Yang penting adalah HASILnya... Edit atau tak edit itu hanya kepuasan jurufoto itu sendiri, tapi apabila menilai hasilnya..

Kita selalu melihat sebagai seorang jurufoto, cuba kita melihat sebagai umum, general, public.. Gambar yang terpampang di terowong pejalan kaki LRT yg saban hari ditatap sewaktu pergi dan balik kerja, kalau lawa gambarnya, orang akan angkat kening dan senyum, memberi kesan dlm jiwa pemerhati, mereka tak nak tahu itu edit ke atau raw image?

Kita terlalu sofistikated sebab, kita melihat dari sudut seorang jurugambar...

panjnag gak aku menaip arini hakhak!!!! :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 12:41 PM | Show all posts
aku rase "originality" lebih penting... contoh... smlm aku de attend Joe McNally wat Talk kat Nikon Center... die punye pic mmg cantik gile...  n almost all of he picture... come out straight from camera... meaning without editing... mmg beruntung dpt dgr die bg tips smlm... bkn sng nk jumpe org yg btul2 pro dlm camera nie... dh 35 tahun dlm bidang photographer... dr filem ke digital... die punye setting camera mmg tepat n die set sume kat dlm camera so result die xyah nk edit dh...

----------------------------------------------------------------------------------------------------
www.Cresdo.com
Shopping Made Easy
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 11:55 AM | Show all posts
perghhhh good topik and input......

haku x tau nak komen apa sbb haku budak hingusan lagi dalam seni photografi...banyak beno yang haku kene belajo lagi nih adoiiiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 05:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by jamaljermii at 9-2-2010 17:06

Sebenarnya siapa yg suka edit dan tak suka edit adalah mengikut citarasa masing2..
kita tak boleh kata edit itu salah..

contohnya rarindra ni..mmg terkenal dgn editing
http://www.facebook.com/?ref=log ... d=1579342585&ref=ts

ramai yg suka dan ramai juga yg tak suka editing..
http://www.facebook.com/#!/event.php?eid=261979062503
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.698991 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list