CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7215|Reply: 10

Sultan Perak

[Copy link]
Post time 9-2-2010 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Salam...

Dulu kalau tak salah saya, Perak mempunyai sistem bergilir bagi perlantikan menjadi Sultan Perak. Ada sesiapa yang boleh ceritakan tentang sistem ini sebab saya keliru sekarang samada ianya masih digunakan lagi atau tidak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 04:26 PM | Show all posts
apsal kalau masih pakai ada ke giliran anda dinafikan???
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 04:26 PM | Show all posts
masuk WIKIPEDIA - sistem pemerintahan sultan perak
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 04:35 PM | Show all posts
memang ada sistem bergilir
Sultan, Raja Muda, Raja Bendahara, Raja Di Hilir...tapi dah x digunakan dah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 04:38 PM | Show all posts
Pertabalan dan penggantian sultan berbeza antara satu negeri dan negeri yang lain. Dalam konteks ini ia juga melibatkan sistem undang-undang adat. Negeri-negeri yang beradatkan adat temenggong mempunyai sistem pertabalan yang berbeza dengan negeri yang mengamalkan adat perpatih. Begitu juga dalam sistem adat temenggong penggantian sultan juga terdapat sedikit perbezaan.

Dalam mengkaji sistem ini kita dapati terdapat tiga bentuk sistem pertabalan yang diamalkan di negeri-negeri Melayu. Di Negeri Sembilan sistem penggantian sultan mengikut undang-undang dalam adat perpatih. Dalam adat ini Yang Dipertuan Besar dilantik dan mesti dipersetujui oleh luak-luak undang. Dalam aspek ini sistem yang diamalkan itu seolah-olah memaparkan perlantikan secara demokrasi. Yang Dipertuan Besar tidak akan ditabalkan jika mereka tidak mendapat persetujuan daripada luak undang ini. Dan mengikut adat ini Yang Dipertuan Besar tidak bernegeri dan pemerintahan dibawah Undang Luak. Hanya selepas penguasaan Inggeris setiap Undang dikehendaki menumpahkan taat setia kepada Yang Dipertuan Besar. Walaupun begitu, waris sebagai Yang Dipertuan Besar adalah daripada lingkungan kekeluargaan Yang Dipertua Besar cuma ia perlu mendapat pengesahan daripada Undang Luak (Ismail Hamid:1988).

Hal ini berbeza dengan sistem penggantian dan pertabalan di negeri Perak. Sistem di Perak mengikut peraturan adat temenggong. Ia biasanya meletakkan waris daripada anak lelaki pertama untuk mewarisi takhta .Walaupun begitu ia tertakluk kepada permuafakatan pembesar untuk memilih siapakah yang layak mewarisinya. Sistem penggantian di Perak melibatkan tiga keluarga daripada keturunan atau susur Sultan Ahmadin iaitu waris keluarga Sultan Abdullah ( 1825-1830), Sultan Shahbudin ( 1830-51), dan Sultan Abdullah Muhamad Syah ( 1851-65)( Gullick:1958 ). Dengan tuntutan daripada tiga keluarga ini sistem pertabalan dan penggantian sultan di Perak lebih menjurus pada sistem giliran.. Ini bagi memberi peluang kepada setiap keluarga tersebut untuk ditabalkan menjadi sultan berdasarkan giliran mereka. Cara ini dijalankan bagi menggelakkan berlaku perang saudara dan perebutan kuasa antara keluarga diraja. Pengiliran ini dapat dilihat melalui tahap kedudukan waris raja seperti hiraki berikut: Raja  Dihilir, Raja Bendahara, Raja Muda, dan Sultan.( Buyong Adil: 1985,Andaya: 1983, Joginder Singh: 1976). Seperti kata Andaya:1983 ... perbalahan mengenai hak waris telah lama berlarutan. Sistem menggilirkan takhta di antara tiga keturunan diraja yang berlainan yang diasaskan sejak awal kurun itu, dimaksudkan supaya menghalang sebarang pertikaian, tetapi tidak pernah berjalan dengan sempurna. Ketidaksempurnaan kerana ia tertakluk kepada peranan sultan dan pembesar. (Andaya:1983, Joginder Singh: 1976, K.Ratnam: 2001). Maka pada 1874, bermulalah persengketaan tuntutan terhadap takhta Perak yang dituntut oleh waris-waris daripada tiga keluarga ini iaitu Raja Abdulllah,  Raja Ismail, dan Raja Yusuf sehingga berlakunya campur tangan Inggeris di Perak dan pengenalan Sistem Residen.

Bagi negeri-negeri lain yang mengamalkan adat temenggong biasanya anak lelaki sulong terus ditabalkan menjadi sultan dan ini boleh dikenali sebagai sistem warisan. Negeri-negeri yang mengamalkan sistem ini adalah seperti Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Trengganu dan Perlis.Walaupun begitu dalam keadaan tertentu ia tidak berlaku. Malahan ia boleh melibatkan  adik, cucu dan menantu  sultan dalam keluarga diraja (Gullick:1958).


sumber: http://saku30.tripod.com/sejtema1.htm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2010 10:16 PM | Show all posts
memang ada sistem bergilir
Sultan, Raja Muda, Raja Bendahara, Raja Di Hilir...tapi dah x digunakan dah
ironmind Post at 9-2-2010 16:35


Ada tapi tak digunakan? Macam mana tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2010 08:51 AM | Show all posts
Ada tapi tak digunakan? Macam mana tu?
ct_og Post at 9-2-2010 22:16
maknanya dulukala digunakan...la ni tak la kut....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 09:23 AM | Show all posts
nice info bro..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2010 06:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by oni313 at 10-2-2010 18:16

Post Last Edit by oni313 at 10-2-2010 18:15

memang ada sistem bergilir
Sultan, Raja Muda, Raja Bendahara, Raja Di Hilir...tapi dah x digunakan dah
ironmind Post at 9-2-2010 16:35

ops,
pembetulan,
sistem ni masih lg diguna pakai,
andai kata raja dr nazrin naik takhta sbg sultan,
sedara die, raja dihilir, raja jaafar akan naik sbg raja muda,
raja kecil besar perak plak, raja iskandar naik sbg raja dihilir,
nanti aku carikan info sal sistem yg unik ni,
sal ke3-3 nama yg disebut tu td, dtg dr 3 keluarga yg berlainan tp bersaudara,

jawatan raja bendahara xdiguna pakai lg, yg ni pun ade cerita dia...
pastu setiap jawatan ni, msti ade tmpat tnggal yg tertentu,
contohnya raja dihilir tinggal di ipoh, raja muda tinggal di teluk intan,
sultan tinggal di kuala kangsar, tp dh xikut sngat sistem ni zaman skrg,
raja muda skrg ni pun duk di ipoh, istana raja muda di teluk intan tu pun terbiar smpai skrg,
penghuni terakhir istana tu, almarhum raja ahmad sifuddin dn isteri, almarhumah raja nor izan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 06:15 PM | Show all posts
lg 1,
anak raja dr nazrin dngan wife dia tuanku zara,
raja azlan muzaffar,
xsemestinya jd raja muda/pewaris takhta,
bergantung pd budicara majlis negara perak dn tuanku sultan,

ni info yg sempat aku kongsikan stakat ni,
klau ade silap aku mohon maaf klau ade sikit kesilapan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 06:16 PM | Show all posts
memang ada sistem bergilir
Sultan, Raja Muda, Raja Bendahara, Raja Di Hilir...tapi dah x digunakan dah
ironmind Post at 9-2-2010 16:35


ops,
pembetulan,
sistem ni masih lg diguna pakai,
andai kata raja dr nazrin naik takhta sbg sultan,
sedara die, raja dihilir, raja jaafar akan naik sbg raja muda,
raja kecil besar perak plak, raja iskandar naik sbg raja dihilir,
nanti aku carikan info sal sistem yg unik ni,
sal ke3-3 nama yg disebut tu td, dtg dr 3 keluarga yg berlainan tp bersaudara,

jawatan raja bendahara xdiguna pakai lg, yg ni pun ade cerita dia...
pastu setiap jawatan ni, msti ade tmpat tnggal yg tertentu,
contohnya raja dihilir tinggal di ipoh, raja muda tinggal di teluk intan,
sultan tinggal di kuala kangsar, tp dh xikut sngat sistem ni zaman skrg,
raja muda skrg ni pun duk di ipoh, istana raja muda di teluk intan tu pun terbiar smpai skrg,
penghuni terakhir istana tu, almarhum raja ahmad sifuddin dn isteri, almarhumah raja nor izan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.638396 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list