CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9989|Reply: 2

Taman-taman awam di Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 20-2-2010 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 23-2-2010 12:31

Taman jadi keutamaan
OlehWAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY
[email protected]



KUALA LUMPUR 19 Feb. - Ke arah ibu negara yang lebih hijau. Itu matlamat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dalam memacu pembangunan di Kuala Lumpur.

Kementerian itu kini akan memberi keutamaan kepada pembangunan taman-taman untuk warga kota beriadah dan melakukan aktiviti yang lebih sihat serta mampu mengukuhkan perpaduan dan ikatan kekeluargaan.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, usaha itu juga sejajar dengan hasrat kementerian itu untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Taman Bandar raya Tropika Lestari bagi menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negara ini.

Justeru, tegas beliau, sebarang permohonan pembangunan rumah atau pusat komersial di kawasan lapang berhampiran perumahan tidak akan dilayan.

"Kita lebih suka jika pemaju yang datang pada kita, kata nak buat taman atau apa sahaja untuk manfaat penduduk, daripada kata nak buat pembangunan bersifat komersial.

"Saya utamakan penduduk yang mahu sebuah taman rekreasi untuk beriadah. Saya tahu kawasan sebegini juga membawa lebih banyak faedah selain memuaskan hati penduduk berhampiran taman itu sendiri," katanya di sini.

Raja Nong Chik berkata, pembinaan taman-taman juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mengindahkan Kuala Lumpur supaya akan lebih dikenali di mata dunia serta setaraf dengan bandar raya negara-negara maju yang lain.

Katanya, selain taman-taman baru, taman-taman sedia ada akan dinaik taraf seperti Taman Tasik Perdana yang akan dijadikan sebagai Taman Botanikal bagi tujuan pendidikan.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 14 buah taman awam di ibu negara seperti Taman Tasik Titiwangsa, Taman Rekreasi Lembah Kiara dan Hutan Simpan Bukit Nanas selain beberapa taman kecil seperti Taman Periuk Kera, Taman Burung dan Taman Orkid.

Mengenai Taman Tasik Datuk Keramat yang dirasmikannya, beliau berkata, taman itu merupakan lokasi rekreasi terbaru untuk warga kota walaupun ia sebenarnya taman sedia ada yang dinaik taraf.

Taman Tasik Datuk Keramat merupakan sebuah kawasan riadah yang terletak kira-kira tujuh kilometer (km) dari pusat bandar.

Taman seluas 3.43 hektar dengan 0.77 hektar daripadanya meliputi tasik buatan yang sudah siap pada September lalu turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti wakaf, laluan refleksologi, peralatan gimnasium selain air terjun buatan kepada pengunjungnya.

Kata Nong Chik, pembinaan taman itu merupakan usaha DBKL untuk menaik taraf taman sedia ada untuk menampung keperluan penduduk sekitar yang semakin bertambah.

"Pembinaan taman bernilai RM6.3 juta ini dilihat usaha DBKL untuk penduduk setempat. Ini kerana taman ini turut menyediakan padang futsal dan 45 tempat meletak kenderaan selain laluan pejalan kaki," ujarnya.

Raja Nong Chik meminta orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan taman dan mengelakkan daripada tercemar, selain memupuk kesedaran masyarakat untuk menjaga taman rekreasi.

"Kita sudah sediakan taman dan kos penjagaan namun kita berharap orang ramai sama-sama menjaga taman ini sebaik mungkin dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu bulat-bulat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Ini taman untuk semua. Jangan rosakkan taman ini selain daripada menjadikannya landasan untuk berinteraksi dan berkomunikasi di antara penduduk setempat," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2010 09:05 AM | Show all posts
aku bakal pindah gi pandan indah.
blakang masjid tu ada taman, lawa gak. tapi tkde tasik la...

ari tu amazed ada post thread tman tasik kat ampang tu, terpi hiway mrr2. nmpak org jogging memalam... harap2 tak jadi mcm tman tasik ttwangsa la, ramai couple beromen... :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 10:16 AM | Show all posts
Taman Sungai Bunus terbiar

Oleh ROSLAH OTHMAN
[email protected]


TAMAN Sungai Bunus yang tidak diselenggara dengan baik ini bukan sahaja merupakan pembaziran kepada dana awam tetapi juga menggalakkan kegiatan negatif untuk berlaku.

KUALA LUMPUR 7 Jun – Taman-taman awam yang diwujudkan di banyak lokasi di ibu negara bukan sahaja bertujuan menghijaukan Kuala Lumpur tetapi juga untuk memudahkan warga kota melakukan aktiviti riadah.

Selain dua taman paling popular iaitu Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Perdana, terdapat banyak taman awam yang kecil dan berdekatan dengan kawasan perumahan dibina.

Salah satu aspek penting taman-taman awam ialah soal penyenggaraan. Walaupun sebahagian besar taman disenggara dengan baik oleh pihak berkuasa, masih terdapat taman awam yang mungkin terlepas pandang.

Akibatnya, taman itu bukan sahaja terbiar tetapi tidak boleh dimanfaatkan oleh orang ramai untuk tujuan riadah.

Inilah yang berlaku kepada taman awam dan permainan di Taman Sungai Bunus di Setapak yang dapati terbiar, mungkin sejak setahun lalu sehingga dipenuhi dengan semak.

Taman yang dibuka sejak lebih dua tahun itu sebelum ini merupakan antara lokasi yang menjadi tumpuan penduduk berhampiran tetapi kini tujuan kewujudannya sudah tersasar.

Sejak kerja-kerja penyelenggaraan terutama membersih dan memotong rumput di situ dihentikan oleh pihak bertanggungjawab, ia sudah agak jarang dikunjungi.

Berikutan keadaan taman itu yang semakin sunyi, ia didakwa mula `diambil alih’ oleh pasangan muda-mudi untuk memadu kasih, selain menjadi sarang binatang berbisa seperti ular dan kala jengking.

Tinjauan Utusan Malaysia ke taman itu mendapati semak-samun dan lalang yang tumbuh sudah melepasi paras ketinggian kanak-kanak sekolah rendah dan menutup hampir sebahagian besar taman berkenaan.

Keadaan persekitaran di situ bukan sahaja dilihat membahayakan tetapi turut mencacatkan pemandangan.

Tinjauan juga mendapati beberapa kemudahan seperti bangku, pondok wakaf dan peralatan mainan seperti buaian masih berkeadaan elok walaupun telah dililiti tumbuhan menjalar.

Namun, sejak tiadanya kerja-kerja penyelenggaraan, selain pagar besi, tiang lampu turut menjadi mangsa kecurian pihak tidak bertanggungjawab.

Pengunjung yang ditemui menyifatkan keadaan itu jelas satu pembaziran kerana peruntukan untuk membina taman seumpama itu bukan sedikit tetapi kini terbiar begitu sahaja.

Bagi Norfarahayani Abdul Halim, 19, dia tidak menyangka kawasan yang dahulunya bersih serta lengkap dengan pelbagai kemudahan kini terbiar dengan semak-samun.

Katanya, keadaan itu bukan sahaja meninggalkan imej kurang menarik kepada ibu kota tetapi juga memberi kesan kepada keselamatan pengunjung.

Pendapat Norfarahayani turut dipersetujui Noor Amira Malek, 19.

Dia sendiri turut melahirkan rasa kesal kerana taman awam itu tidak diselenggarakan dengan baik dan berterusan seperti taman-taman awam yang lain.

“Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memastikan taman ini benar-benar dapat memberi manfaat kepada pengunjung,” ujarnya yang berasal dari Taman Melati, Gombak.

Katanya, senario itu cukup mengejutkan kerana taman berkenaan terletak hanya beberapa kilometer dari pusat bandar raya dan seharusnya tidak berlaku kes terlepas pandang.

Sementara itu, bagi Ili Farhana Halid, 19, dia terkejut melihat taman awam itu terbiar sedangkan semasa belajar di sekolah berhampiran dua tahun lalu, taman itu bersih dan indah.

“Sekiranya taman ini diselenggarakan seperti dahulu, sudah tentu ia kembali menjadi tumpuan ramai,” ujarnya.

Seorang penduduk dari kawasan perumahan berhampiran, S. Maniam, 63, tidak menolak jika keadaan tiada penyenggaraan itu berterusan, keadaan lebih buruk akan berlaku.

Katanya, keadaan semak-samun di situ sudah tentu mengundang pembiakan binatang berbisa yang boleh membahayakan kepada penduduk berhampiran dan juga pengunjung.

“Jika di awal pembukaannya ia menjadi lokasi penduduk untuk beriadah, kini tidak lagi kerana masing-masing bimbangkan keselamatan diri,” ujarnya yang turut berharap tindakan segera dapat diambil pihak bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.051972 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list