CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21737|Reply: 27

Pulau jerejak(ALCATRAZ MALAYSIA)

[Copy link]
Post time 23-2-2010 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by AsSaMbOi at 23-2-2010 13:22

Aktiviti treking hutan di Pulau Jerejak, Pulau Pinang akan menemukan pengunjung dengan tinggalan penjara dan hospital lama yang  memiliki pelbagai kisah.




MENGIKUTI aktiviti merentas hutan di Pulau Jerejak di Pulau Pinang bukan saja memberi manfaat kecergasan.
Semakin dalam seseorang ‘ditelan’ laluan treking itu, semakin banyak lembaran kisah lampau dibuka satu demi satu.
“Treking dalam hutan Jerejak? Bahaya betul, takut ada yang keteguran,” kata seorang teman yang menyertai krew Jurnal.
Namun, segala andaian tentang kisah seram dan misteri di bekas tapak penjara dan hospital kusta di situ hanya dapat difahami dengan penerimaan logik kalau melangkah sendiri di atas perut tanahnya.
“Jangan dikacau atau ambil apa-apa objek di sini. Biarkan sahaja iadi tempatnya,” pesan Mohamad Faizal, petugas rekreasi Jerejak Rainforest Resort tatkala membawa kami melewati tinggalan dapur lama berupa runtuhan konkrit yang dahulunya merupakan dapur kuarters pegawai penjara.
Sepanjang 30 minit mendaki cerun securam 35 hingga 45 darjah pada awal perjalanan rentas hutan tersebut, fikiran secara tidak langsung mengimbas semula asal-usul Pulau ‘Alcatraz Malaysia’ itu.

Kubur  askar Rusia
Sebelum Francis Light membina nama di Pulau Pinang, pembuka koloni British itu telah sampai terlebih dahulu di Pulau Jerejak pada awaltahun 1786.


KORIDOR usang di penjara ini suatu masa dahulu penuh kisah cemas.

Oleh kerana ia gagal dijadikan pangkalan tentera laut pada tahun1910 kerana kalah dari segi potensi berbanding Jamestown (kini BayanLepas), Pulau Jerejak dijadikan pusat kuarantin kesihatan.
Selain berfungsi sebagai gerbang pemeriksaan tahap kesihatan imigran asing yang hendak bekerja di Pulau Pinang, pusat itu juga menjadi tempat kuarantin para jemaah haji yang balik dari Mekah sebelum mereka dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga.

Landskap awal Jerejak diikuti dengan pembinaan sebuah hospital untuk pesakit batuk kering dan kusta di sudut timur pulau ini pada akhir1930-an. Ia boleh menempatkan sehingga 150 orang pada satu-satu masa.
Sebenarnya, tahun-tahun awal pembukaan Jerejak akan mengimbas ingatan seseorang kepada beberapa kisah, antaranya tentang serangan malaria akibat kerja pemugaran hutan bagi membuka Georgetown dan kemudian diikuti dengan tempias Perang Dunia Kedua. Kisah kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu juga tidak terkecuali.
Oleh kerana British terasa kedudukan mereka terkepung dalam isyarat cemas dan berjaga-jaga, mereka mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948dan meluluskan Akta Darurat bagi membolehkan pejuang-pejuang kemerdekaan ditangkap dan dipenjarakan.

Pulau Jerejak sekali lagi ditransformasi, kali ini menjadi salah sebuah Kem Tahanan Politik British pada tahun 1948. Ketika itu, semua orang berasa gerun kalau mendengar nama Penjara Pulau Jerejak atau Pulau Buangan.


PANDANGAN dari dalam pondok kawalan pintu masuk penjara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2010 01:58 PM | Show all posts
Patutnya penjejak2 Hantu tu jejak hantu kat Pulau jerjak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 02:03 PM | Show all posts
dah penah pegi dah.kursus seminggu kat jerejak spa.
mmg dia pesan jgn amek apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 02:04 PM | Show all posts
da lame xdgr name pulau nih..dulu popular ar...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 02:04 PM | Show all posts
kalau amik tumbler????ada entiti yg akan ikut kita balik ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 02:05 PM | Show all posts
betui2.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2010 02:08 PM | Show all posts
seekers tak terase ke nak paegi?
ke tak cukup pawer lagi takut kalah berlawan ngan guard kat sane?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 02:17 PM | Show all posts
kalau amik tumbler????ada entiti yg akan ikut kita balik ke???
medangmru Post at 23-2-2010 14:04


kita ni pegi sana few days je.
huhu..ikut je la nasihat org yg mmg dok situ..

tp mmg masa dok kursus sana,few ppl kena "usik"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2010 02:20 PM | Show all posts
seekers tak terase ke nak paegi?
ke tak cukup pawer lagi takut kalah berlawan ngan guard kat sane?
pawangBuaya Post at 23-2-2010 02:08 PM


antu2 kat sini mmg konpem power kan Pwang...almaklumlah....saper kan duduk kat sana ......macam2 ilmu adaaaa.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 02:21 PM | Show all posts
kita ni pegi sana few days je.
huhu..ikut je la nasihat org yg mmg dok situ..

tp mmg masa dok kursus sana,few ppl kena "usik"
TumblerTK Post at 23-2-2010 02:17 PM


wehhh tumbler...apo laie....ceritakan kat sini....usik yg mcmana???
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 03:10 PM | Show all posts
dgr kabar.. siap ade resort dah kat sinih kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 03:32 PM | Show all posts
tk ada link ke utk mengisahkah misteri dan sejarah pulau ini..arwah dato aku dulu selalu bwk penjenayah2 utk di hantar ke pulau jerjak utk tempoh tahanan yg lama.

pls sesiapa ada link utk misteri dan gambar2 sila upload utk tatapan rakan2 sekalian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 07:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by TumblerTK at 23-2-2010 19:08
wehhh tumbler...apo laie....ceritakan kat sini....usik yg mcmana???
medangmru Post at 23-2-2010 14:21


sbb dah citer kat topik Hotel Berhantu mgu lps kot.ni copy paste balik
---------------------------------------------------

just want to share pengalaman kat jerjak resort kat penang.

sungguh-aku xpenah dgr sblm pegi.aku gi sana,sbb kursus.
cuak gak,sbb tau jerjak ni tmpt penjara.huhu..

tmpt aku pegi,bilik mmg besar. tp sekeliling mmg rasa sunyi. akualhamdulillah xde kena apa2.tp dlm ms semingu kursus tu,adela few ygkena kacau. nampak something la,ade yg lesu2 bdn tetiba.

ms pegi melawat tpk penjara kat situ pun,mmg kami dibagi warning jagamulut,n jgn amek apa2.n bila smbang2 dgn sorg pakcik (dia la yg tlgubatkan peserta2 yg kena), mmg dia citer dah biasa kes camtu jadi.

tp mkn mmg leh thn sedap gak kat situ. cuma klu utk bercuti,idakla aku nak pegi.view pun xdela best sgt
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 07:13 PM | Show all posts
dgr kabar.. siap ade resort dah kat sinih kan?
anne83 Post at 23-2-2010 15:10


yup.jerejak island & spa  resort. now tukar nama jadik jerejak rainforest spa pulak.
ni website dia http://www.jerejakresort.com/

kena naik fery,tp jeti lain tau.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 04:40 PM | Show all posts
baru je ingat nak g try bercuti kat sini..cancel la..he he ...sini bleh pegi balik hari kan..tapi kene bayar gak ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 06:07 PM | Show all posts
dah takder tempat lain nak pi bercuti...
elok2 nak bersuka ria.... dah jadi histeria...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2010 07:04 PM | Show all posts
mmg dah ada resort kt jerejak tu..but tk ada topik dan cerita2 yg misteri kerr utk tatapan rakan2..kasi link pun dah ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2010 12:08 PM | Show all posts
nk g pulau jerejak murah jew...
tiket cm harge nek feri g langkawi..
tp kt sane xsesuai bwk famili....
klo g sorng2 cari ketenagn leh...
assamboi dah g da..
serem gak tempat tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 12:38 PM | Show all posts
kemain cantik lg resort ye ek.
Tp serammm lah nk pegi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2010 11:00 AM | Show all posts
byk kematian telah berlaku di sne......
cmne leh bt resort kt situ pn xtau la,huhhuhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.081197 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list