CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4280|Reply: 27

Bisnes keluarga

[Copy link]
Post time 6-3-2010 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Salam n slamat pagi

Alhamdulillah..menjalankan bisnes 18 tahun bersama keluarga bukan satu perkara mudah.Ramai mendefinisikan bisnes keluarga ialah 1 company tetapi ibu bapa n anak2 jadi CEO dll.
Namun pengalaman aku dalam bisnes famili berbeza.Cara kami berbeza.

Kami mempunyai syarikat berlainan dan bisnes sama.Apa yang kami buat ialah :

1.Kongsi modal ambik produk.
2.Saling membantu antara satu sama lain dalam masalah kewangan dan lain-lain.
2.Membangunkan semua bisnes ahli keluarga.

Sepanjang pengalaman aku,kami sering membantu.Jika kak ngah ada masalah modal,kami semua akan tambah modal dan dia akan bayar sikit2.
Begitu juga jika aku yg kurang modal.Ada 1 org dalam adik beradik
mmg lembab dalam bisnes.Buka kedai kat Semenyih,lingkup. Buka kat Nilai 3 pn lingkup.Buka kat Semban pn lingkup.Last2 kami cadangkan dia buka kat Melaka dan alhmdulillah dah maintain.

Bg aku ,aku kategorikan bisnes kami sbg bisnes family wlupun kedai lain-lain,akaun lain2 tapi
kami bekerjasama dalam semua hal.

Kekuatan modal kami semua membantu dalam mendapatkan produk murah dalam dan luar negara.
Itulah shj pengalaman aku dalam bisnes family...

aku harap kekuatan ini dapat diteruskan dan memajukan lagi kami semua.Dalam ramai2 aku yg paling busy sebab ada konsultan dan syarikat agen2 lain.Mereka semua bisnes kedai pakaian.

Sekrang kami semua bercadang nak jadi pemborong baju Melayu dan baju kurung secara lebih besar dan dapat lawan tauke2 yg dah monopoli......

doakan kami semua berjaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2010 11:34 AM | Show all posts
Bg aku,ini adalah cara terbaik dalam memajukan semua ahli kleuarga dalam bsnes.Oleh kerana semua ahli family bsnes pakaian,jadi kami senang nak berbincang dalm kongsi idea...

dalam ramai2,hanya seorang yg power iaitu abang mad aku.Dia ada 2 kedai pakaian n 1 restoran.semua kedai dia beli.

aku pula hny ada kedai pakaian,konsultant,tulis buku n gerabak2 kecil menjahit pakaian baju kurung dan baju Melayu...wlupun gerabak kecil tp aktif dan mmberikan pendapatan yg baik.

apa yg best bila kami buat pinjaman,modal kami n aset jadi besar.Jadi loan mmg senang nak lulus....akaun semua cantik2..
kalu aku pinjam,kak ngah penjamin.kak wan penjamin kedua..jadi peoposal mmg poewr n cantik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2010 11:36 AM | Show all posts
aku sellau istilahkan usahwan kecil sbb aku byk hutang...
bg aku usahawan besar ialah usahawan yg ada aset juta2 n hutang ratus2 k aja....

jadi aku mmg usahawan kecil......
aku pun nak jadi usahawan besar tapi rezeki belum mengizinkan....
harap2 plan 10 tahun aku berjaya pada tahun 2020....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 12:08 PM | Show all posts
bagus nyerrr.... tahniah la

abg sy tak mau libatkan langsung family member wlpon anak sendiri

akhirnya....

senang2 pekerja amik kesempatan buat penipuan hingga mereka hidup senang lenang macam tokeh...

2 bussiness di 2 negeri terpaksa tutup wlpon bisnes bagus n maju sbb pekerja bikin onar kaut suma untung dlm poket masing2...

tapi aku mmg tak halal kan penipuan yg dibuat oleh pekerja2 yg tak sedar diuntung yg dikutip dibantu disara oleh abg aku tu...

tu la konon abg aku tak mau ribut dlm bisnes akan effect pd family skg dia terpaksa jual/tutup bisnes yg bagus yg boleh memberikan org lain punca pendapatan....

aku malas nak campur.. kalo aku campur aku akan heret suma habis habisan...

sbb...

skg penjahat2 tu dah tau abg aku dah tau kejahatan mereka, suma nak lari ada yg dah lari dan yg tegar2 tu sanggup menganiaya abg aku dgn cara halus.. tak puas2 buat kejahatan...

kpd penjahat2 tu... stiap perbuatan kita ada balasannya..... pasti!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2010 12:20 PM | Show all posts
Bisnes family memmerlukan 1 kepala dalam pemilihan produk dan barang.
Begitu juga perkongsian idea dan cadangan2 perlu dilakukan seminggu sekali bagi menambahbaik bisnes.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 12:31 PM | Show all posts
perkongsian ni tak kiralah ahli keluarga atau kawan2 yg penting sifat amanah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2010 01:26 PM | Show all posts
Tahniah utk saatchambizz! Bisnes keluarga sepatutnya begini, ada sifat saling bantu membantu dan boleh satu kepala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2010 01:39 PM | Show all posts
konsep yg kami amalkan membuahkan kasih sayang dan saling bantu membantu.
Abg tolong adik,adik tolong kakak dll.
Ikatan keluarga semakin utuh dan kuat walaupun kami semua dah mmepunyai anak-anak...

Nnati xdalah masalah nak berebut puisaka dll.kami jalankan bnses masing2 cuma network kami jalinkan bersama...

Banyak kelebihan buat mcam nie..
kedai angah kurg barang,dia tolak kedai kak wan...
Jadi semua merasa..
kami kongsi pelanggan dan wang semua rasa...
semua dah stabil dan berjaya membina bisnes masing2...

aku sellau berdoa agr talian ini akan trus kukuh n bsnes kami sama2 membesar n maju....

alngkah sedih tgk banyak keluarga zaman nie..
ada abg kaya raya pakai Mercedes tapi adik naik motor kpacai je..
semua nafsi-nafsi.
x nak saling mmebantu....

Bg aku,kita perlu ada ikatan kuat dan saling mmebantu...
aku pun dah tulis banyak proposal dan idea2 buat family...
mana taww aku akan mati trkejut..
depa semua boleh jalnkan trus cadangan n idea2 aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2010 02:02 PM | Show all posts
konsep yg kami amalkan membuahkan kasih sayang dan saling bantu membantu.
Abg tolong adik,adik tolong kakak dll.
Ikatan keluarga semakin utuh dan kuat walaupun kami semua dah mmepunyai anak-anak...
...
saatchambizz Post at 6-3-2010 13:39


susah nak jumpa family cam ko ni bro. aku kagum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2010 02:11 PM | Show all posts
9# demimasa

di mana ada kemahuan..di situ ada jalan.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 04:03 PM | Show all posts
9# demimasa

di mana ada kemahuan..di situ ada jalan.....
saatchambizz Post at 6-3-2010 14:11



betul2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2010 08:13 PM | Show all posts
Sebenarnya kami belajar dari sebuah keluarga cina
keluarganya usahawan pakaian
n semua berjaya....
malah cucunya juga menjadi usahawan wlupun graduated dr obersea...
mereka amalkan perkongsian sebegini wlupun kedai lain-lain
akaun lain-lain
tp ikatan yg kukuh n sekepala
mmbuahkan hasil
benarlah kata-kata sahabat nabi bernama Saad ABi Waqas..
"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China...."
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 02:28 AM | Show all posts
1# saatchambizz

Payah nak jumpa adik beradik yg satu kepala dlm bisnis ni. Biasa kalau business minded pun lain2 jenis bisnis. Tahniah kpd Saat. How I wish my family are like that.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2010 10:06 AM | Show all posts
13# Iwillgetulater

ia boleh dilakukan..di mana da kemahuan...di situ ada highway...
di mana ada highway ..di situ ada tol...
di mana ada tol..di situ maw kuar wang!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 10:39 AM | Show all posts
1# saatchambizz

katne nak cari family cam ni???

kalau nak rebut harta pusaka...baru nak turun padang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2010 11:13 AM | Show all posts
15# sumayyah29

ada..ramai..cuma mgkin u tak pernah jumpa...
ramai  kat Mysia gini.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2010 02:54 PM | Show all posts
biz keluarga ni memang bagus.... sbb kita tahu org yg menguruskan tentulah amanah dan jujur... takkan sesama keluarga kita nak ambil kesempatan...
biasanya ayah yg membuat keputusan.... anak2 melaksanakannya disamping memberi pendapat...
aku dah 17 tahun terlibat dalam family biz ni....
setiap keputusan yg dbuat mestilah berdasarkan kepentingan keluarga...
saling tolong menolong... dan tanggung jawab dibahagikan sama rata...
menantu pun boleh terlbat sekali.. kalau berkebolehan...
tapi yang pasti ilmu pengurusan biz... dikongsi bersama...
kenalan bagi keluarga kita bertambah..
connection bertambah ramai... memandangkan setiap ahli keluarga mempunyai connection yang tersendiri...

tapi perlu byk bersabar... kerana family biz bukan hanya 9 to 5 tapi dari bangun pagi hingga lah masuk tido... tiada ruang utk berehat.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2010 03:33 PM | Show all posts
kdg2 aku nak bukukan pengalaman family biz..
agar ia menjadi teladan buat usahawan..
mg2 aku ada masa nulis...
kpala dah berasap buat proposal n bahan2 bgkel.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 03:49 PM | Show all posts
13# Iwillgetulater

ia boleh dilakukan..di mana da kemahuan...di situ ada highway...
di mana ada highway ..di situ ada tol...
di mana ada tol..di situ maw kuar wang!
saatchambizz Post at 7-3-2010 10:06


kata org lain padang lain belalang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2010 05:27 PM | Show all posts
19# Iwillgetulater

betul3....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.076261 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list