|
Post Last Edit by renjer at 11-3-2010 13:04
BENTONG: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong memusnahkan ladang halia dan sayuran seluas 20.2 hektar yang diusahakan secara haram di Kampung Chemproh dalam Hutan Simpan Lentang di sini, kelmarin.
Turut ditahan dua lelaki tempatan berumur 40-an yang memasuki hutan simpan tanpa permit dan pekerja ladang berkenaan. Pegawai PHD Bentong, Badrol Hisham Abd Rahman, berkata pada operasi bersih kali ini, pihaknya turut merobohkan 27 pondok warga asing termasuk paip digunakan untuk menyiram tanaman.
Katanya, siasatan dilakukan mendapati pemilik ladang menggunakan khidmat pekerja asing dari Indonesia, Nepal dan Bangladesh untuk mengusahakan tanaman mereka. Difahamkan, kini terdapat lebih 100 pekerja asing dalam kawasan Hutan Simpan Lentang dan mereka akan bersembunyi setiap kali operasi dilakukan.
p/s: - mcmmana xkaya pendatang tanpa izin, senang2 cucuk tanam, jual hasil tanaman kumpul duit banyak2 rupenyer..
skrg ni un harga sayur pun da naik .
- Di syorkan kepada mat2 rempit berlumba kt jalan atau yg menganggur xde keje mari kita berlumba tanam sayur kt
ladang.Hapuskan PATI |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|