View: 140085|Reply: 579
|
[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by juju_amin84 at 2-4-2012 16:52
Cop mohor Sultan Mahmud Syah Melaka ditemui
PANTAI KUNDOR, 24 April :Cop mohor yang dipercayai milik Sultan Melaka yang terakhir iaituSultan Mahmud Syah yang memerintah Melaka dari tahun 1488 hingga 1528kini berada di tangan seorang individu di negara jiran.
Cop mohor yang tertera di dalam tulisan jawi perkataan, 揔halifahtullahSultan Mahmud Syah Akhirul Zaman� diperbuat daripada tembaga sementarapemegangnya diperbuat daripada perak.
Menurut individu yang memiliki cop mohor itu, ia telah disimpan denganbaik dan sempurna mengikut adat kebesaran Kesultanan Melayu Melakasejak berketurunan lamanya.
Beliau yang berasal dari Riau, Indonesia memberitahu, cop mohortersebut telah berada di dalam simpanan keluarganya sejak turun-temurundan selain daripada cop mohor itu terdapat juga beberapa alat milikSultan Melaka yang terakhir itu di dalam simpanannya.
Sultan Mahmud Syah yang memerintah Melaka adalah Sultan Melaka yangkeenam. Pemerintah Melaka yang pertama ialah Parameswara/Iskandar Syah(1402-1424), Sultan Muhammad Syah (1424-1444), Sultan Muzaffar Syah(1444-1459), Sultan Mansur Syah (1459-1477), Sultan Alauddin RiayatSyah (1477-1488) dan Sultan Mahmud Syah (1488-1528).
Individu yang enggan identiti dirinya dikenali buat masa ini telahmenunjukan cop mohor serta peralatan lain milik Sultan Mahmud Syahkepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kesenian, DatukAb. Rahaman Ab. Karim semasa beliau (Ab. Rahaman) berada di Riau,minggu lalu.
Ab. Rahaman memberitahu, melihat pada cop mohor dan peralatan lain, iajelas memperlihatkan milik kerajaan Melayu Melaka iaitu milik SultanMelaka yang terakhir, Sultan Mahmud Syah dan tertera perkataan揔halifahtullah Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman�.
Bagaimanapun, kepastian perlu dilakukan untuk mengsaihkan ketulenan dankeasliannya. Untuk itu, beliau mahukan kerajaan negeri menghantarpasukan pakar dalam bidang tersebut untuk melitinya dan mengesahkan copmohor dan alat-alat lain itu adalah sah milik Sultan Mahmud Syah Melaka.
揔ita juga berharap Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dapatjuga membantu kerajaan negeri dalam mempastikan cop mohor dan peralatanlain adalah tulin dan sekiranya kerajaan negeri bersetuju untukmenghantar pasukan ke Riau bagi tujuan itu, ia perlu disegerakan agarcop mohor dan alat-alat milik Sultan Mahmud Syah itu tidak terlepas ketangan orang lain,� katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya cop mohor dan alat-alatmilik Sultan Mahmud itu adalah sah milik sultan tersebut dan sekiranyakerajaan negeri berjaya membawanya balik, ia akan dapat membantu sektorpelancongan negeri ini dan juga menambah khazanah warisan KesultananMelayu Melaka.
Katanya, harta dan khazanah seperti itu yang dimiliki oleh KesulatananMelayu Melaka adalah terlalu sukar untuk ditemui dan sekiranya copmohor itu dan alat-alat lain yang di dalam simpanan indivivu itu dapatdibawa balik, ia akan memperkayakan lagi sejarah silam KesultananMelayu Melaka.
Di samping itu juga, katanya, pengkajian lebih mendalam mengenainyajuga boleh dilakukan kerana cop mohor yang oleh sultan itu menandakanlambang kuasa dan pengesahan sultan dalam melaksanakan pemerintahan danpentabiran negeri.
Ade Harapan ke Melaka Nak Punya Sultan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI
Post Last Edit by juju_amin84 at 19-4-2012 17:39
PERINGGIT, 27 Sept : Pembukaan Bazar Melaka 24 Jam, yang menjanjikan kepuasan membeli-belah untuk pelancong dan penduduk tempatan, boleh dilihat sebagai satu bukti komitmen kerajaan Negeri Melaka untuk menjayakan industri pelancongan menerusi pelbagai aktiviti pembangunan.
Bazar Melaka 24 Jam yang terletak bersebelahan Terminal Melaka Sentral, merupakan bazar membeli-belah yang menawarkan pelbagai produk barangan dan makanan cetusan idea Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mula beroperasi pada 15 September lepas dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi bulan Oktober ini, bazar dua tingkat ini telah dibina dengan kos RM8 juta di atas tapak seluas 60,000 kaki persegi.
Ketua Pegawai Eksekutif Bazar Melaka 24 Jam, Nordin Mustaffa berkata, ianya diperkenalkan sebagai ?ne Stop Agency? di mana orang ramai, terutamanya pelancong, boleh memperolehi pelbagai barangan yang diperlukan dalam satu tempat dan pada bila-bila masa.
?nilah yang Ketua Menteri inginkan, di mana keistimewaannya sebagai tempat perhentian pelancong untuk mendapatkan pelbagai barangan tidak kira masa,? katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Antara keistimewaan lain bazar ini ialah harga barangannya yang berpatutan dan murah sehingga 70 peratus berbanding pasaraya-pasaraya lain.
Ianya menawarkan pelbagai barangan termasuk perkakasan rumah, peralatan elektrik, produk kosmetik, produk kesihatan, barangan dapur, pakaian, aksesori, produk makanan, alat tulis, kraftangan, cenderahati dan sebagainya.
Di samping itu, bazar ini turut menawarkan barangan secara borong bagi mereka yang inginkan barangan dalam kuantiti yang banyak.
Barangannya yang diimport dari Dumai, Vietnam dan Thailand juga dijamin bermutu. Bagaimanapun, produk tempatan juga tidak dilupakan.
Selain itu, barangan import, produk keluaran anak Melaka juga terdapat di sini antaranya produk makanan seperti dodol, gula Melaka, produk kraftangan, cenderahati dan sebagainya.
Melibatkan pengurusan seramai 80 kakitangan setakat ini, bazar ini turut menyediakan perkhidmatan lain seperti kaunter pertukaran mata wang asing 24 jam, ?yber cafe?, sport cafe dan sebagainya.
?erkhidmatan ini akan beroperasi sepenuhnya selepas pelancaran bazar ini nanti, di mana ianya secara tidak langsung akan memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan tersebut hanya dalam satu bangunan,? katanya.
Menurutnya, setakat ini 70 peratus barangan telah di bawa masuk dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa sebulan.
Sementara itu, Norrdin berkata, selain Bazar Melaka 24 Jam, kerajaan negeri juga sedang dalam perancangan membuka satu lagi gedung 24 jam di negeri ini terletak berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh yang dinamakan Melaka Toll Shopping Centre.
Ianya melibatkan keluasan 200,000 hingga 300,000 kaki persegi, menjadikannya gedung membeli-belah terbesar di negeri ini yang akan beroperasi 24 jam.
Pelbagai barangan dijangka dijual di situ, dari barangan berjenama sehingga yang kurang berjenama.
Yang pasti, Bazar Melaka 24 Jam pasti menjanjikan kepuasan membeli-belah bukan hanya kepada pelancong malahan kepada penduduk tempatan yang mahukan barangan pada bila-bila masa di samping harga yang berpatutan serta jaminan kualiti yang tinggi.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laaahaaii..macam2. Dgn Carefour la..giant la |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Cik_Leha at 10-10-2006 11:11 AM
Laaahaaii..macam2. Dgn Carefour la..giant la
itulah pasal cik leha :setuju:...rase nyer jumlah penduduk melaka nie berapa ramai utk shopping kat tempat2 yg banyak...kenalah berpadanan dengan jumlah penduduk...:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
tmpt cam x sesuai
aku dpt rase x ramai org akan dtg
Sementara itu, Norrdin berkata, selain Bazar Melaka 24 Jam, kerajaan negeri juga sedang dalam perancangan membuka satu lagi gedung 24 jam di negeri ini terletak berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh yang dinamakan Melaka Toll Shopping Centre.
hahahhahahaa
ade lg tu ....
mlk toll la mlk mall lar ..
hahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
tahu takpe....TIC tue pun bole bilang dengan cari berapa org yg datang..gerai makan kat situ pun susah nak idup hahahaha..... |
|
|
|
|
|
|
|
dashyat melaka sekrg nie, abis duit rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
oi melaka nih kecik jer la...harap org spore jer yg ramai turun huhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
gurl dah lalu depan melaka bazar...cam takde orang je..
tgk dari luar..tak banyak barang pun... |
|
|
|
|
|
|
gordonv612 This user has been deleted
|
Sesiapa dah Pergi Bazaar tu?
Saya rasa bazir wang saja renovate bazaar tu....
Lagi pun Bazaar ini akan operate 24 Jam...Siapa akan pergi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
haha majulah melaka tuk negara |
|
|
|
|
|
|
|
Ifa dah pergi 2 kali. Ni pun baru balik dr sana...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 razifah's post
best ker ?? bleh kalahkan 7-eleven tak hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa org melaka mostly jenis x kuar lewat malam sgt...x macam org kl...
kalau ader kuar pun bebudak bujang jek |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by silverchair959 at 11-10-2006 10:57 AM
best ker ?? bleh kalahkan 7-eleven tak hehehe
:lol :lol :lol.............rase nyer jauh beza.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lissa at 11-10-2006 11:14 AM
aku rasa org melaka mostly jenis x kuar lewat malam sgt...x macam org kl...
kalau ader kuar pun bebudak bujang jek
:setuju: betul tu lissa...ifa setuju...biasanya jam 10 dah jadi bandar mati...takde org..tak macm k.l n penang... |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu...aku kalau balik melaka pun lepak umah jek...malam pun x kuar sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah ler sebelah ade nagoya
pahtu dlm bazar ni ade kdai2 org jual kain gak
hahahaha
xlaku nnti |
|
|
|
|
|
|
|
pastuh nanti jd port kaki rambu hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|