CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_jebot

FILEM DUA ALAM

  [Copy link]
Post time 11-5-2010 06:15 PM | Show all posts
dia ni la yg buang dealer yg banyak jasa kat jualan jusmate dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2010 09:59 AM | Show all posts
cuba tengok background poster filem ni dgn filem omputeh tu..

http://perempuanjomblo.blogspot. ... lam-dua-poster.html
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 01:23 PM | Show all posts
wow 12 juta...bleh dapat ke? tak pelah, wish for the moon but fall among the stars gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 03:40 PM | Show all posts
tak teringin langsung nak tengok citer bangang tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 06:09 PM | Show all posts
Epilog: Filem 2 Alam tak minta kelulusan LPF?
Oleh Akmal Abdullah
akmel@bharian.com.my
2010/05/13
DALAM industri filem tempatan ketika ini ada banyak cerita menarik, antaranya ialah mengenai perebutan tarikh tayangan filem cereka menerusi skim Syarat Wajib Tayang (SWT) dan kehairanan ramai pihak kerana filem Hooperz gagal memecah kutipan box-office manakala filem Belukar yang ditayangkan sejak seminggu lalu juga dikatakan kurang mendapat sambutan. Meskipun dua filem itu boleh dianggap ada daya tarikannya tetapi ia gagal mengundang ramai penonton ke pawagam.

Ini berbeza dengan beberapa filem yang ditayangkan sejak awal tahun ini meraih kutipan membanggakan termasuk sebelumnya filem Evolusi KL Drift 2 yang mencecah RM6 juta, manakala Adnan Sempit meraih sehingga RM7.8 juta, manakala V3 Samseng Jalanan dan Semerah Cinta Stilleto pula masing-masing mencatat kutipan RM4 juta dan RM3 juta. Cuma, filem 2 Hati Satu Jiwa arahan Prof Madya Razak Mohaideen yang mula ditayangkan hujung Januari lalu mencatat angka sekitar RM500,000.

Seperkara yang paling menarik bagi saya ialah mengenai kehadiran filem berjudul 2 Alam. Hebahan meluas dan promosi filem pertama terbitan dR Movie Productions, yang dikhabarkan oleh penerbitnya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din bahawa filem itu bakal ditayangkan 27 Mei ini. Promosi cukup meriah dan meluas menerusi stesen radio dan media cetak dalam ruangan iklan berbentuk advertorial adalah satu pendekatan baru yang dibuat oleh seorang penerbit filem apatah lagi foto diri produser sendiri yang tampil dengan pakaian yang menarik dan bergaya memberi kelianan kepada bentuk promosi sebuah filem. Sambil foto produser sendiri menghiasi ruangan iklan dalam akhbar, Dr Rozmey juga membuat beberapa kenyataan positif dan meyakinkan mengenai sambutan yang bakal diberikan terhadap filem sulung terbitannya itu termasuklah mengenai peluang 2 Alam bakal menjadi filem pecah panggung dengan kutipan RM12 juta.

Sasaran kutipan yang diletakkan oleh produser filem itu adalah satu keberanian positif untuk memperlihatkan filem tempatan dapat mencipta sejarah kutipannya di negara ini. Kita puji keberanian Dr Rozmey yang begitu yakin dengan buah tangan pertamanya itu mampu mencipta satu kejutan, mencetuskan fenomena dan mungkin bakal mencipta sejarah baru dalam industri filem. Sememangnya untuk meraih kutipan RM12 juta bukan perkara mustahil sebab ada filem import yang ditayangkan di negara ini pernah mencecah sehingga RM17 juta seperti Transformer, manakala Avatar pula dikatakan mencapai kutipan lebih RM20 juta di Malaysia. filem tempatan sejak zaman P Ramlee hingga kini belum ada yang mampu mencatat kutipan RM12 juta! Tetapi, filem terbitan Dr Rozmey dijangka bakal mencipta kejayaan luar biasa itu. Cuma, kita tunggu dan lihat saja nanti sejauh mana keberanian Dr Rozmey ini akan menjadi realiti.

Namun, dalam keghairahan melihat promosi kuat yang diberikan untuk 2 Alam menerusi publisiti dan promosi termasuk konsert khas menjelang tayangan filem itu, kita pula terdengar mengenai beberapa masalah yang bakal dihadapi filem berkenaan. Sumber-sumber dalam industri filem tempatan memaklumkan mereka hairan bagaimana 2 Alam membuat hebahan kepada masyarakat kononnya filem itu bakal memasuki pawagam bermula 27 Mei ini sedangkan ia dikatakan tidak memenuhi syarat tayangan.

Antara yang didengar ialah 2 Alam didakwa tidak memenuhi syarat seperti tidak mempunyai Sijil Penggambaran Produksi (SPP) sebelum ini kerana bertukar syarikat produksi namun sudah diselesaikan selepas produsernya diberi nasihat oleh pihak Finas. Selain itu, filem berkenaan juga dikatakan tidak dihantar kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) untuk tapisan seperti kebiasaannya. Mungkin juga 2 Alam sudah diberi kelulusan LPF apabila penerbitnya tidak melaporkan kelulusan itu kepada Finas. Sejauh mana dakwaan itu benar atau sebaliknya kita tidak pasti, namun ramai pihak dalam industri agak hairan mengenainya kerana kelulusan LPF wajib sebelum filem itu mahu ditayangkan menerusi SWT.

Jika benar 2 Alam belum mendapat kelulusan LPF atau belum dihantar kepada LPF untuk dinilai dan ditapis, memang secara automatiknya filem itu tidak boleh ditayangkan kepada umum sama ada dalam bentuk tayangan di pawagam mahupun dicetak dalam bentuk DVD atau VCD. Cuma ia boleh ditayangkan secara tertutup saja untuk orang tertentu dan tidak boleh dijual tiket.

Seperkara lagi, penerbit filem ini juga dikatakan enggan menayangkan filem berkenaan menerusi skim SWT. Namun, ia bukan menjadi kesalahan jika mana-mana produser tempatan mahu menayangkan filem mereka tanpa menerusi SWT kerana ia bukan peraturan wajib sebaliknya satu skim untuk membantu penerbit tempatan saja untuk mendapat layanan lebih baik apabila filem mereka berada di pawagam.

Cuma, masalah mungkin dihadapi sebab Persatuan Pemamer Filem Malaysia (Mafe) hanya akan menerima filem tempatan yang ditayangkan menerusi SWT sekali gus perlu ada kelulusan LPF. Masalahnya di sini 2 Alam tidak mengikut saluran skim SWT dan produsernya mungkin mahu menayangkan sendirian. Tetapi masalah akan berlaku kerana pawagam yang berdaftar di bawah Mafe akan menolak 2 alam daripada memasuki pawagam mereka. Di sini, boleh dianggap jika ia berlalu penerbit 2 Alam boleh menayangkan filemnya bukan di pawagam berjenama atau pawagam yang di bawah Mafe sebaliknya memasuki pawagam-pawagam kecil dan bebas.

Tarikh 27 Mei yang dipilih adalah sesuai dari segi situasi dan mood jika dilihat dari segi tayangannya bermula pada hujung bulan dan ketika itu juga musim cuti hujung minggu yang panjang kerana ada cuti perayaan Hari Wesak pada 26 Mei diikuti Sabtu dan Ahad.

Pada tarikh itu tidak ada judul filem tempatan lain yang memasuki tayangannya.
Pada 20 Mei ini, filem yang bakal memasuki pawagam menerusi SWT ialah Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami, manakala bermula 3 Jun ini bersempena cuti sekolah, ada dua filem Melayu mengisi pawagam iaitu Kecoh Betul dan Legenda Budak Setan, manakala pada 16 Jun ini ialah Kapoww!. Pada 1 JUlai ini pula ialah filem Zoo.

Soalnya sekarang, kehadiran 2 Alam menjadi misteri kepada ramai pihak dalam industri filem. Kita berharap Dr Rozmey mungkin dapat memberi penjelasan kerana sememangnya ramai yang menantikan tayangan filem ini kerana ceritanya dikatakan menarik dan bakal memberi kejutan...

Kata orang, daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah...

sumber: http://www.bharian.com.my/bharia ... lulusanLPF_/Article
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 10:43 PM | Show all posts
Agaknya 'doktor' ni yg duduk 2 Alam.. Alam realiti dan ALAM FANTASI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2010 08:55 AM | Show all posts
atau dia ada panggung wayang sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:53 AM | Show all posts
dan syok sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2010 10:47 PM | Show all posts
agak teruja la.......

ape yg gempak sgt ttg film ni...smpi tiap2 ari promo kt kosmo...

d label sbg filem pecah panggung...
teringin gak nk tau.....cmne filem ni...

tggu n lihat je la..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 12:30 PM | Show all posts
Kalau tengok sinopsis ringkas cite ni....sebenarnya boleh tengok drama Rashid Sibir ajer.....cuma efek dia lagi gempak la gamaknya sebab budget lagi besar.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 01:17 PM | Show all posts
Aku tengok promo cam OK. Tapi bila aku tengok DR Rozmey tu, terus jadi turn off.. :cf:
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 09:13 PM | Show all posts
nak dgr iklan filem kt radio (sinar)...
jgn arap aku nk g tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 12:38 AM | Show all posts
tak teringin langsung nak tgk!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 12:44 PM | Show all posts
iols yg laki-->pompuan ni pon xrasa lansung nk tgk

kalau dr rozmey nk jd ayah gula iols, ok jah
tp iols rasa dia pun adik2
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 05:24 PM | Show all posts
hhahahaha...tak jd tayang wei....sembang kemas....dia mintak nk tayang kt 100 panggung...tp dapat 40 panggung je...wqkakakakaka..ko silap besar la nk masuk time summer cite ko ni...skrg ni summer org main blockbuster je..cite macam ni panggung mana konpiden nak amik......
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 07:30 PM | Show all posts
hhahahaha...tak jd tayang wei....sembang kemas....dia mintak nk tayang kt 100 panggung...tp dapat 40 ...
azharfcsit Post at 28-5-2010 17:24

Kat Malaysia kan ada kuota wajib tayang untuk filem tempatan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2010 08:21 PM | Show all posts
film melayu melukut di tepi gantang
-penjajahan film oleh holiwud
-nak survive di negara sendiri pun kena tunggu lepas summer, padahal summer di us nun
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 01:37 PM | Show all posts
so, jadi tayang ke tidak ni??

Dah berapa haribulan dah ni??
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 02:22 PM | Show all posts
Dpt tiket free pun xnak g tonton..   
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 01:52 PM | Show all posts
bkn 12juta da..da up 20juta target die

da la poster tiru filem laen.. ni ke hasil pilem yg dbanggekn sgt? poster pn xley create sndri..latest nye poster yg aku tgk, siap letak lg rozmey ni dlm poster..haih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.067239 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list