|
Sukar ramal komaOleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
[email protected]

KOMA yang disebabkan olehkecederaan otak boleh membawa kesan besar terhadap pesakit kerana iamembabitkan bahagian yang mengawal fungsi tubuh. - Gambar hiasan
HATI mana yang tidak rawan apabila melihat anak yang selama inimembawa keceriaan kini hanya mampu terlantar di atas katil. Sesekaliapabila teringat keletahnya yang selama ini lincah dan menghiburkanseisi keluarga, air mata mula membasahi pipi.
“Ibu bapa mana pun tidak akan sampai hati untuk melihat keadaananak yang terlantar begini. Dia masih muda untuk melalui semuakesakitan ini.
“Namun, saya bersyukur. Nyawanya masih panjang walaupun sudah lebih setahun dia koma.
“Semangatnya yang kuat memberi kami harapan untuk melihatnya sembuh seperti biasa,” ujar Othman Awang, 54.
Bapa kepada Noorizzati, 10, sudah puas menangis mengenangkan nasibanak keempat daripada lima beradik itu. Noorizzati dimasukkan kehospital 29 Mac 2009 selepas pengsan di rumah.
“Pagi itu Izzati bangun seperti biasa untuk ke sekolah. Masa (diamelangkah) mahu ke bilik air, dia kata sakit tengkuk. Saya pun fikiritu cuma lenguh biasa. Saya capai botol minyak angin lalu mengurutbelakang lehernya.
“Tak lama kemudian, anak saya muntah-muntah dan terus pitam. Kamibawa dia ke Hospital Sungai Petani sebelum dirujuk ke Hospital SultanahBahiyah, Alor Setar,” kata Othman ketika dihubungi Jurnal baru-baruini.
sumber kosmo online
SIGNATURE ......................................................................................
Aku Mod yang gila makan kredit |
|