CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5543|Reply: 25

Jambatan Bengkok perlu di teruskan, apa pandangan rakyat Johor

[Copy link]
Post time 29-5-2010 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Bina semula Jambatan Bengkok

Oleh SAHBULAH DARWI
[email protected]
JOHOR BAHRU 28 Mei - Kerajaan diminta menggunakan kelebihan hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Singapura untuk meneruskan semula projek pembinaan Jambatan Bengkok yang ditamatkan pada April 2006.

Ini kerana idea pembinaan jambatan tersebut yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap relevan dan amat penting untuk diteruskan kerana akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara pada masa depan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad berkata, Singapura tidak perlu gusar terhadap pembinaan jambatan itu kerana iklim ekonomi kini memberi kelebihan kepada Singapura dan Malaysia untuk mendapat manfaat yang besar.

"Jika dilihat kepada ekonomi global hari ini, Eropah, Amerika Syarikat, negara-negara Asia Barat dan Asia Timur berlaku kelembapan ekonomi.

"Ini menjadikan Singapura dan Malaysia mendapat manfaat kerana kelebihan kedudukan strategik dan untuk mendapat kebaikan itu, kita menyediakan infrastruktur yang baik iaitu jambatan tersebut dalam situasi yang benar-benar dipanggil situasi menang-menang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, masih ada isu yang belum diselesaikan dengan Singapura walaupun lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuahkan beberapa hasil.

Dr. Mahathir berkata, isu tersebut ialah harga air yang dibekalkan kepada Singapura, Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF) untuk rakyat Malaysia dan soal jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Dalam reaksi terhadap kenyataan Dr. Mahathir, Najib berkata, semua masalah legasi antara Malaysia dan Singapura akan diselesaikan secara berperingkat dan tidak boleh diselesaikan dalam satu pertemuan.

Pada 12 April 2006, Kerajaan Pusat membuat keputusan menamatkan pembinaan Jambatan Bengkok termasuk jambatan kereta api yang kontrak asalnya bernilai RM1.113 bilion.

Rohazam berkata, kelebihan lembaran baru antara Malaysia dan Singapura yang lebih kukuh hasil lawatan Najib baru-baru ini amat penting untuk dimanfaatkan bagi pembinaan jambatan tersebut.

"Rakyat kedua-dua negara akan merasai pelbagai nikmat dengan adanya jambatan itu, manakala rakyat Johor Bahru, Pasir Gudang dan wilayah Semenanjung akan menikmati limpahan pembangunan ekonomi yang pesat selain mengatasi masalah kesesakan di Johor Bahru," katanya.

Walaupun projek itu telah dibatalkan kerajaan, namun tiada sebarang masalah jika ada kemahuan politik untuk meneruskannya demi kepentingan rakyat dan negara, tegasnya.

Beliau menarik perhatian, kes kemalangan perlanggaran kapal di perairan Singapura hingga menyebabkan tumpahan minyak menggambarkan laluan kapal sedia ada terlalu sibuk dan disebabkan itu perlu Jambatan Bengkok untuk kapal kecil melalui Selat Tebrau.

"Kes perlanggaran kapal boleh dianggap seperti sindiran alam terhadap laluan laut yang sibuk dan membuktikan bahawa Jambatan Bengkok amat penting," katanya.

Justeru, Rohazam berkata, Pemuda UMNO Pasir Gudang akan menyerahkan memorandum menyokong pembinaan Jambatan Bengkok kepada Dr. Mahathir yang akan berkunjung ke Johor Bahru esok.

Beliau berkata, Dr. Mahathir dijadual berucap merasmikan Wacana Kepimpinan anjuran Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) dan Pemuda UMNO Pasir Gudang di Hotel M-Suite di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2010 10:04 PM | Show all posts
sokong sangat.... kasi ler air kat selat johor tu bergerak..dah kotoq sangat dah......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2010 10:18 PM | Show all posts
gambar jambatan bengkok
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 10:30 PM | Show all posts
gambar jambatan bengkok
izam291109 Post at 29-5-2010 22:18


bengkok pon bengkok la.. janji santik.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2010 10:39 PM | Show all posts
bengkok pon bengkok la.. janji santik.....
selimutpurple Post at 29-5-2010 22:30



    Sangat2 aku sokong!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 12:32 AM | Show all posts
aku sokong...dah la KTMB kena tendang ke woodland...so malaysia kena buat jambatan bengkok..barulah win-win...amacam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2010 12:46 AM | Show all posts
Sangat2 aku sokong!!
izam291109 Post at 29-5-2010 22:39

pas tu mesti air kat selat tebrau tu makin bersih... sukanyer sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. makin manyak ler seefood kat selat tebrau nie.. heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 12:47 AM | Show all posts
aku sokong...dah la KTMB kena tendang ke woodland...so malaysia kena buat jambatan bengkok..barulah  ...
mnajiff Post at 30-5-2010 00:32


kan.. pas tu ader ker depa nak 40% kepentingan?...x aci tol..... 
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2010 12:58 AM | Show all posts
patutnya Pemuda UMNO nie hantar kat PM semasa dia datang JB aritu...tup2 tg pagar plak settle...dah la CIQ jalan belit2...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 01:20 AM | Show all posts
patutnya Pemuda UMNO nie hantar kat PM semasa dia datang JB aritu...tup2 tg pagar plak settle...dah  ...
mnajiff Post at 30-5-2010 00:58



 memuler jerk belit2... nanti dah siap semua dah ok la tu.... berakit2 kehulu.... berenang2 ketepian... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 08:33 AM | Show all posts
stuju sgt disambung..kkdg aku rasa mcm x win-win jek huhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2010 04:19 PM | Show all posts
Klu bina ttu budget dh bertambahkn? Dulu cuma lbh kurang RM100 juta je tapi skrg x tau le bape.. Ganti rugi x jadi buat pun dah bleh bt 3 jambatan bengkok.. X tau le kat mana letak akal masa batalkan jambatan bengkok ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 08:21 AM | Show all posts
aku setuju sangat andai projek jambatan ini disambung andainya benar syukur alhamdulilah... banyak feadahnya berbaloi-baloi!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 10:20 AM | Show all posts
aku sokong!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 10:49 AM | Show all posts
bole suka suki ke buat jambatan sampai ke checkpoint spore tu tanpa dapat persetujuan kjaan spore. . Dulu paklah batalkan projek ni pon sebab spore tak setuju..makin lama tunggu makin banyak duit rakyat hangus.  Kalau belah kita nak buat 8 juta kali bengkok pon takpe..tapi tergantung kat tengah-tengah tu je la.  Kalo setakat mahu kasi kapal atau air mengalir dua belah tu dengan teknologi yg ada anytime bole buat..tak perlu bina jambatan pon takpe.
aku masih ingat lg statement sorang ni dulu yg kata kjaan takmo sacrifice ruang udara dan pasir sbg balasan utk spore stuju buat jambatan bengkok tu. Tapi kalau tengok 2/3 thn ni lori pasir lah yg paling banyak masuk spore tiap hari.
Bukanke stn Johor sendiri pernah bertitah takmau ada jambatan lg ke spore. Apara rakyat johor ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 01:15 PM | Show all posts
bole suka suki ke buat jambatan sampai ke checkpoint spore tu tanpa dapat persetujuan kjaan spore. : ...
maatdol Post at 31-5-2010 10:49



emmmp... maksud sultan tu x mo ader jambatan lain selain 2nd link n tambak johor nie.....9seperti cadangan wat jambatan ke 3 kat kukup tu)
kalau nak wat jambatan bengkok tu mang ler semua setuju... cuma singapore x mo arus kuat kat selat tebrau tu.. kang hanyut semua pasir dia ..... susah nak carik balik.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2010 07:57 PM | Show all posts
bole suka suki ke buat jambatan sampai ke checkpoint spore tu tanpa dapat persetujuan kjaan spore. : ...
maatdol Post at 31-5-2010 10:49



    Jangan salah faham Almarhum Sultan Johor tak benarkan jambatan dibina di kawasan Pengerang bukan jambatan bengkok. Masa perasmian WPI ( klu x silap ) Almarhum Sultan Johor ada bertitah agar tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan air mengalir
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 08:46 PM | Show all posts
tapi singapore kann yang taknak robohkan tambak johor tuhh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 10:43 PM | Show all posts
mesti ada sbb  kan sgpore xbg roboh
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 11:13 PM | Show all posts
Jangan salah faham Almarhum Sultan Johor tak benarkan jambatan dibina di kawasan Pengerang ...
izam291109 Post at 31-5-2010 19:57


betolllllllllllllllllllllllllllllll
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.201251 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list