CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4378|Reply: 18

KONTRAKTOR TERENGGANU sangat tidak berkualiti hasil kerjanya?? pendapat anda

[Copy link]
Post time 20-6-2010 10:50 PM | Show all posts |Read mode
Sepanjang pemerhatian aku sebagai rakyat negeri terengganu,
hasil seni bina terutama yang terdapat di negeri ini boleh dikatakan dalam keadaan amat teruk samada sebelum, semasa dan selepas pembinaan.
contohnya

1. Stadium Sultan Mizan - stadium berharga lebih 250 juta bermasalah dengan kelewatan pembinaan, hasil kerja yang mengecewakan dan akhirnya runtuh. Digunakan hanya sethn dan berehat mungkin utk 4 thn. keruntuhan yang tidak dibaiki segera ini bukan    sahaja mencacatkan pemandangan tetapi sedikit sebanyak 'penghinaan' terhadap nama YDP AGONG Sultan Mizan yang dikasihi rakyat terengganu.

2. Stadium Akuatik Batu Burok - hanya sempat digunakan pada sukma 2008. sehingga kini tiada khabar berita.

3. Taman Tamadun Islam - sangat tidak berkualiti kerja halus yang dilakukan terhadap monumen. ada monumen yang mengalami hakisan kecil, retakan, serpihan dan juga aspek warna atau cat yang pudar.

4. Sekolah - terdapat beberapa kelewatan dan kegagalan dalam menyiapkan projek serta projek tidak berkualiti sepertimana bumbung dewan sekolah di daerah marang yang runtuh semasa pembinaan

5. Kemudahan awam - projek pembinaan 'bus station' di hulu terengganu yang juga runtuh bumbungnya, souq jerteh yang berharga rm70 juta tidak siap sehingga sekarang (kelewatan), taman rekreasi di masjid terapung terbengkalai serta landskap tidak menunjukkan ke'gah'an sesuatu tempat. begitu juga masih terdapat pintu gerbang yang usang bermulalah dari kemaman sehingga besut. masih tiada pengubahsuian terhadap tanda selamat datang kepada pelancong itu.

6. Dan sebagainya, jika ada yang boleh menambah yer...

persoalanya adakah perkara yang berlaku adalah kegagalan dalam kejuruteraan, kesilapan manusia, penguatkuasaan yang lemah dan juga mungkin sikap ketidakbertanggungjawaban para kontraktor terhadap tanggungjawab sosial yang diperkecil dibandingkan dengan keuntungan yang diutamakan.

Anyway, tahniah kepada kepada kontraktor terengganu kita yang dapat menyiapkan kerja dengan cemerlang.

Kepada semua forumer tidak kira la org trg atau tidak jom kita bincang supaya suara kita sedikit sebanyak MUNGKIN didengar org atasan..





u/p : ini bukan provokasi utk memburukkan kerajaan atau pihak tertentu tetapi hanyalah perbincangan ilmiah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2010 07:23 AM | Show all posts
bukan ker antara projek yg tersenarai tu ada kontraktor luar yg buat........
contoh cm TTI tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 02:45 PM | Show all posts
rasanya kontraktor utama mungkin dri terengganu, mungkin subkontraktor org luar contohnya stadium sultan zainal abidin, bumbung itu disubkontraktor kepada kontraktor dri korea dan bekas presiden kontraktor melayu malaysia pun dri terngganu gak,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2010 03:42 PM | Show all posts
sememangnya terdapat juga sesetengah projek yg kontraktor utama darpda luar tapi semua sub kon dibagi kepada kontrktor kita jgk..........

ada jgk sepenuhnya diberi kepada kontraktor kita.... bergantung kepada kepakaran
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 04:41 PM | Show all posts
Reply 4# carihairil


    'kontraktor kita' bermaksud kontraktor dri terengganu atau kontraktor bumiputra
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 05:15 PM | Show all posts
aku bukan org ganu..

tapi aku suke tgk bgnn besar2 kat ganu..semua mega2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2010 05:54 PM | Show all posts
Yang aku tau stadium sultan mizan tu runtuh sebab material yang digunakan tidak menepati spesifikasi yang dibenarkan...cost cutting=more profit...ni aku sendiri dari member aku arkitek senibahri,yang diamanahkan handle projek nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2010 08:18 PM | Show all posts
disebabakan nk dptkan more profit tu la jd projek lack of quality...... taraf2 kne demolish trus jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2010 08:54 AM | Show all posts
setuju.... bukan hanya projek besar-besar malah rumah-rumah teres yang dibina pun nampak  kasar workmanship dia ...
sebenarnya masalahx macam ni boleh diubah jika minda pun diubah ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 09:50 AM | Show all posts
projek main kabel mmg mcm ni
pegawai pengutkuasa takleh berkuatkuasa
sentiasa ada wahyu dari kerajaan langit
kabel2 gak tapi projek buat la betul2
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:04 AM | Show all posts
ermmmmm...yang aku tau, kalau kontraktor ada special relationship dgn Menteri2 @ VVIP tertentu,plus ada kawtip tepi @ duit kopi...banyak ler dapat projek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 11:27 AM | Show all posts
setuju dgn bronok.......... kabel2 jgk tp projek biar jln.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 11:40 AM | Show all posts
projek main kabel mmg mcm ni
pegawai pengutkuasa takleh berkuatkuasa
sentiasa ada wahyu dari keraj ...
bronok Post at 22-6-2010 09:50



   setuju!
aku yg keje bhgn construction ni, faham dah......
malas nk amik port lebih2, yg penting cukup bulan, dapat gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 01:25 PM | Show all posts
subkontraktor bumbung yg buat kerja main2, bila bumbung runtuh kontraktor utama yg dapat nama buruk. residen engineer pun x check installtion bumbung, asik main fesbuk jah. s.o pun bz sgt kot sampai rfi lambat reply.yg konsultant ambil student praktikal buat drawing jimat kos kot dan drawingnya byk silap. semua pihak terlibat masing2 nk jimat kos. sorang pekerja buat keja 2/3 jawatan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 02:28 PM | Show all posts
subkontraktor bumbung yg buat kerja main2, bila bumbung runtuh kontraktor utama yg dapat nama buruk. ...
ninja boy Post at 22-6-2010 13:25



mmg pun, ninja.........
aku rasa mana2 tmpat construction mcm tu.
that's why la aku kata aku dah lali sgt dgn benda2 mcm ni.
nak cakap lebih2 pun, kita ni kuli batak je...
janji tiap2 bulan masuk gaji, cukup la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 06:57 PM | Show all posts
kalau kite nk mngharapkan kepimpinan yang 100% menekankan integriti dan ketelusan tinggi mungkin agak sukar dilaksanakan buat masa kini... disebabkan politiking dan kronisme yg melanda negara keuntungan tetap menjadi prioriti mereka......

keuntungan jangka masa panjang... MU bg projek kat AKU, AKU tlg MU pd masa akan dtg...
prinsip tu la biasa dipegang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2010 05:52 PM | Show all posts
da makan duet sgt mne nk amik tau bab kualiti kije
asal bg duet jer sume on
mmg kt tmn tmadun islam aku tgk mmg cam xder kualiti
design cun tp kualiti kije hampeh,sepatutnya pihak yg terbabit kira consultant wajib la trun padang check benda ni before sign agrement penyerahan siap projek
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 06:25 PM | Show all posts
tu...satu lg masjid ladang tu ...dah selesaike masalah bumbung bocor sejak dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2010 07:59 PM | Show all posts
persoalannya, masalah dah berada di hadapan kita tapi knapa penyelesaian masih xader.... bukan kite nk tnggu kerajaan bertukar.....
atau pun mungkin fungsi pembangkang di trg tidak kuat sngt dan mnyebabkan matlamat check n balance tidak tercapai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.088828 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list