CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4225|Reply: 3

BEKAS ADUN PERMATANG DITEMBAK

 Close [Copy link]
Post time 3-8-2010 07:15 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by aaz at 3-8-2010 19:17

PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64 dan pembantunya, Siti Norazah, 43, ditemui mati ditembak di dalam sebuah kereta.

Kereta putih yang dinaiki mereka ditemui tersadai di tepi pembahagi jalan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Buluh pagi tadi. Polis turut menemui sepucuk pistol berisi peluru di dalam kereta mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yg dinaiki mangsa, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dipetik melalui status Facebook yang dikemaskini kira-kira pukul 1.30 petang, pada Selasa.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Tambah Khalid, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

"Kita tidak menolak kemungkinan ini adalah satu kes pembunuhan dan bunuh diri, lain-lain butiran kita tak boleh beri setakat ini... biarlah polis siasat dahulu," katanya.

Katanya lagi, hasil maklumat saksi mengesahkan tiada individu lain dalam kereta mangsa ketika kejadian.

Abdul Aziz mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 sebelum digugurkan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu dan digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak.

Allahyarham juga, merupakan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hassan Omar.

Sementara itu, anaknya Anis Abdul Aziz adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Mstaronline.

________________________

apa nak jadi dengan politik malaysia? Ada je yang kena bunuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 07:18 PM | Show all posts
double posting kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 07:33 PM | Show all posts
tolong delete mod. dah ada rupanya thread nih. Sorry.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 07:49 PM | Show all posts
aku tak paham.. apa keseronokannya bukak thread pasal bekas adun permatang ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.062512 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list