View: 120857|Reply: 2493
|
Rumah Borak GPR Versi 58 ~ Peristiwa dalan bulan Ramadhan
[Copy link]
|
|
ASSALAMMUALAIKUM
Kali ni kita hayati apa peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan ni ya....
BULAN DITURUNKAN AL KITAB
Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
PERISTIWA BADAR
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.
ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.
ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.
PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.
TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.
Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di 'Ain Jalut.
Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
PEPERANGAN YAKHLIZ
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.
credit to fauzanibrahim.wordpress |
|
|
|
|
|
|
|
Jemput masuk kawan2![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum.....................mana kuih raya????? |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum.....................mana kuih raya????? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum tot....
lemon masuk ni hehehe...![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Salammmm..Tuan Umah...dn seme......![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum.....................mana kuih raya?????
juragan_malam Post at 6-8-2010 11:20 ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
w'salam wbt en juragan..lom raya lagi ler..3,4 hari lagi baru nak pose |
|
|
|
|
|
|
|
CEK IN ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum.....................mana kuih raya?????
juragan_malam Post at 6-8-2010 11:20 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
salam juragan...meh masuk umah baru...![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dah 2 kali bagi salam...kalu kali 3 x jwb...makna nya mmg kompom ni rumah takde orang... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum tot....
lemon masuk ni hehehe...
lemonjus Post at 6-8-2010 11:21 ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
w'salam wbt kakak lemon..sila masuk![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Salammmm..Tuan Umah...dn seme......
bterflylah Post at 6-8-2010 11:22 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
salam bter...dh angkut semua brg2? |
|
|
|
|
|
|
|
dah pindah.... carly follow............ |
|
|
|
|
|
|
|
dah 2 kali bagi salam...kalu kali 3 x jwb...makna nya mmg kompom ni rumah takde orang...
juragan_malam Post at 6-8-2010 11:22 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Salam Juragn....Hade..kami hade nih.....tgh hangkot benbarang dari lori nih....![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Salammmm..Tuan Umah...dn seme......
bterflylah Post at 6-8-2010 11:22 ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
w'salam wbt bter..sila masuk ya![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam bter...dh angkut semua brg2?
lemonjus Post at 6-8-2010 11:23 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bantall busuk N tertinggal la....![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dah 2 kali bagi salam...kalu kali 3 x jwb...makna nya mmg kompom ni rumah takde orang...
juragan_malam Post at 6-8-2010 11:22 ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
tuan umah dah jawab salam ler..sila masuk en juragan |
|
|
|
|
|
|
|
CEK IN
aKudaRikayanGan Post at 6-8-2010 11:22 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
masyuk mas..jgn malu2 hehehe...![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
w'salam wbt bter..sila masuk ya
ketotmerah Post at 6-8-2010 11:23 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Maseeeyyyyyyy tuan tanahhh... ....
Nt nk suh Teja pange org surau buat kundri doa selamat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|