CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1050|Reply: 0

[Terengganu] Dua beranak ditemui lemas di kolam renang

[Copy link]
Post time 22-10-2021 11:02 PM | Show all posts |Read mode
Dua beranak ditemui lemas di kolam renang
RUBIAH OMAR | | 22 Oktober 2021




DUNGUN - Percutian sebuah keluarga akauntan dari Petaling Jaya, Selangor bertukar tragedi selepas dua daripada mereka ditemui lemas di dalam kolam renang di sebuah resort penginapan mereka di sini, petang Khamis.


Mangsa, Leong Choy Kee, 34, bersama anak lelakinya, Ng Ho Jun, 4, ditemui di dasar kolam oleh pengunjung lain yang ingin menggunakan kemudahan rekreasi itu, kira-kira jam 1.45 petang.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua beranak itu dipercayai tidak mahir berenang dan jarak kemudahan rekreasi tersebut dari bilik penginapan mereka lebih kurang 15 meter sahaja.


"Kedua-dua beranak ditemui di dasar kolam sedalam tiga meter oleh beberapa pengunjung lain yang hendak mandi di situ sebelum memaklumkan kepada petugas di kaunter.


"Sejurus dimaklumkan, kedua-dua beranak itu diangkat keluar dari kolam oleh tiga pekerja di situ sambil bertindak memberi bantuan pernafasan tetapi tidak berhasil, sebelum dibawa ke Hospital Dungun dengan ambulans," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.


Menurut Baharudin lagi, siasatan di lokasi mendapati kedalaman air kolam renang di situ iaitu kira-kira lapan meter.


Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kedua-dua beranak itu adalah disebabkan lemas dan mayat mereka sudah dituntut oleh ahli keluarga mereka.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... mas-di-kolam-renang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067448 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list