CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1065|Reply: 1

[Terengganu] Pikul 10kg sampah sarap dibuang di air terjun

[Copy link]
Post time 26-10-2021 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Muhamad Hafizi memikul sampah sarap yang ditinggalkan di laluan pendakian di kawasan Air Terjun Janda Mandi di Bukit Kijal, Kemaman, Khamis lalu.

KEMAMAN - Seorang juruteknik membatalkan hasrat untuk beriadah sambil mendaki di kawasan Air Terjun Janda Mandi di Bukit Kijal, di sini pada Khamis lalu setelah melihat banyak sampah sarap yang dibuang di kawasan tersebut.

Muhamad Hafizi Tajudin, 27, memberitahu, dia dan rakannya, Nuralia Faziera Mohamad, 27 memutuskan untuk mengutip dan membawa turun longgokan sampah yang ditinggalkan di sepanjang laluan pendakian ke tempat pembuangan sampah.

"Mula-mula kutip satu sahaja botol minuman yang dibuang merata-rata sebelum terjumpa longgokan sampah sarap di dalam plastik hitam yang sudah seminggu ditinggalkan.

"Saya terus batalkan niat untuk mendaki sebaliknya berusaha membawa turun sampah yang ditinggalkan untuk dimasukkan ke dalam tong sampah utama di pintu masuk kawasan berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.

Muhamad Hafizi memberitahu, walaupun agak penat kerana terpaksa memikul bebanan seberat 10 kilogram (kg), dia rasa puas kerana dapat membersihkan kawasan itu.

Katanya, dia mengambil masa sehingga 40 minit untuk membawa turun sampah berkenaan kerana perlu melalui laluan berbukit dan curam sejauh 1 kilometer (km).

"Antara sampah yang ditemui termasuklah botol-botol minuman, bungkusan makanan dan pelitup muka.

"Sampah sarap ini jika tidak terus dibuang lama kelamaan semakin bertambah dan akan mencemarkan alam sekitar," katanya yang turut memuat naik aktiviti mengutip sampah menerusi aplikasi tik tok.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... buang-di-air-terjun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2021 04:39 PM | Show all posts
saham akhirat utk dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.137714 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list