CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1542|Reply: 4

[Sarawak] Pan Borneo: Jajaran Julau kini pada fasa terakhir dapatkan CPC

[Copy link]
Post time 28-10-2021 10:10 PM | Show all posts |Read mode


Projek Leburaya Pan Borneo jajaran Julau kini berada pada fasa terakhir untuk mendapatkan sijil CPC dan dijangkakan akan dibuka secara rasmi tidak lama lagi.

SIBU: Projek Lebuhraya Pan Borneo jajaran Julau kini berada pada fasa terakhir untuk mendapatkan Perakuan Siap Kerja (CPC) dan dijangkakan akan dibuka secara rasmi tidak lama lagi.

Pengurus Projek Pakej Kontrak Kerja 07 (WPC07), Pejabat Zon Tengah, Unit Lebuh Raya Pan Borneo JKR Sarawak, Syahrul Ismadi Ismail berkata, kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di jajaran Julau bermula pada 16 September 2016 dan kerja-kerja pemasangan cerucuk (bore piles) untuk pembinaan Julau Interchange telah bermula pada Jun 2017.

"Jajaran Julau merupakan satu daripada tiga jajaran di bawah Pakej Kontrak Kerja 07 (yang meliputi kerja-kerja pembinaan dari Persimpangan Bintangor ke Persimpangan Julau dan Sibu Airport ke Jambatan Sungai Kua termasuk Jambatan Batang Rajang).

"Dua lagi jajaran yang terdapat di bawah Pakej Kontrak Kerja 07 ialah jajaran Sibu (dari Lapangan Terbang Sibu ke Jambatan Sungai Kua) dan jajaran Batang Rajang (Jambatan Batang Rajang) yang telah dianugerahkan CPC pada bulan Oktober tahun lepas (2020)," jelasnya ketika ditemui oleh pemberita pada Program Penjanaan Sistem Lampu Isyarat di Persimpangan Julau, hari ini.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin.

Syahrul memberitahu, program penjanaan sistem lampu isyarat di persimpangan Julau adalah untuk kemudahan dan keselamatan penduduk setempat.

"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya," ujarnya.

Untuk makluman, laluan empat lorong di jajaran Julau telah dibuka kepada umum pada 20 Oktober lalu dari Simpang KJD ke Persimpangan Julau.


utusanborneo.com.my/2021/10/28

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2021 05:38 AM | Show all posts

Lebuh raya Pan Borneo pakej 7 siap hujung bulan



JULAU: Lebuh raya Pan Borneo pakej 7, Seksyen Julau dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang penghujung bulan ini.

Difahamkan lebuh raya tersebut kini dalam proses Audit Keselamatan Jalan (Road Safety Audit) sebelum pengoperasian dua laluan dapat dibuka kepada orang awam.

Setakat ini, pengguna jalan raya masih boleh menggunakan jalan berkenaan namun hanya dibuka satu laluan (single carriageway) sahaja buat sementara waktu.

Ia berikutan pihak kontraktor masih giat menyiapkan kerja-kerja penambahbaikan seperti pemasangan pembersihan, pemasangan papan tanda dan pembaikpulihan jalan.

Justeru, para pengguna dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan papan tanda trafik yang terpapar di tapak binaan.

Selain itu, mereka (pengguna) adalah disarankan untuk lebih berhati-hati, cermat dan bertimbang rasa ketika menggunakan lebuh raya ini.

credit


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 05:41 AM | Show all posts
Pan Borneo Highway, Package 7 Julau Section, telah menghampiri Fasa terakhir "Road Safety Audit" sebelum boleh dibuka Dual carriageway kepada orang awam sepenuhnya.Buat sementara waktu Masih mengunakan Single carriageway (dual lane).

Pihak Kontraktor masih giat menyiapkan semua kerja-kerja _"minor outstanding"_ seperti pemasangan _"Road Furniture"_, _"Papan Tanda Trafik"_ dan kerja-kerja "housekeeping". Para pengguna adalah dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan papan tanda trafik Yang terpapar Di tapak binaan dan lebih berhati-hati, cermat Dan bertimbang Rasa  ketika menggunakan highway ini.

Dijangkakan, PBHS Julau Section ini akan dibuka sepenuhnya menjelang penghujung bulan ini dan sebagai Rakyat Sarawak, sudah pasti kita semua menunggu dengan penuh semangat untuk melihat detik-detik bersejarah ini.

Terima Kasih kepada semua personnel dari pasukan pembinaan yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan projek ini. Kita sebagai Anak Jati Sarawak, sudah pasti berbangga dengan usaha anda semua.Terima kasih juga Kepada semua pengguna jalan Raya ini Yang telah memandu dengan cermat .

Teruskan menjaga keselamatan di jalan raya,ingatlah orang Yang tersayang pandu cermat jiwa selamat.







Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 05:42 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 05:43 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.084270 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list