CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1227|Reply: 0

[Terengganu] Ahmad Said, anak terlibat kemalangan

[Copy link]
Post time 1-11-2021 09:55 PM | Show all posts |Read mode
Ahmad Said, anak terlibat kemalangan
NORHASPIDA YATIM | | 01 November 2021



Keadaan kenderaan dinaiki Ahmad dan anaknya yang terlibat kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Dungun pada Ahad. FOTO: Ihsan pembaca


DUNGUN - Kenderaan dinaiki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bersama anaknya terlibat kemalangan di Kilometer 85, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat persimpangan lampu isyarat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini pada Ahad.


Insiden yang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari itu bagaimanapun hanya membabitkan kerosakan kenderaan dan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Muhammad Asyrol Farhan, 25, yang merupakan anak Ahmad dilanggar sebuah Perodua Axia.



Ahmad Said (kanan) ketika kenderaan dinaiki terlibat kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Dungun pada Ahad. FOTO: Ihsan pembaca.


"Punca kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Axia dipandu seorang penuntut kolej wanita berusia 21 tahun tiba-tiba terlanggar bahagian belakang kereta Audi dipandu Muhammad Asyrol Farhan yang ketika itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.


"Kedua-dua pemandu dan penumpang yang berada dalam dua kenderaan tersebut tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.


Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... terlibat-kemalangan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.127678 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list