|
Shahrol (dua dari kiri) melihat Burhanuddin mengecas kenderaan elektrik di stesen pengecasan di Primula Beach Hotel di sini pada Selasa.
KUALA TERENGGANU – Primula Beach Hotel di sini menjadi lokasi ketiga stesen pengecas kenderaan elektronik (Electric Vehicle Charging Station) di kawasan pantai timur yang memberi perkhidmatan mengecas kenderaan kepada pengguna kenderaan elektrik.
Presiden Kelab Pemilik Kenderaan EV Malaysia (MyEvoc), Datuk Shahrol Halmi berkata, selain Primula Beach Hotel, Terengganu turut mempunyai dua stesen lain iaitu di Hotel Tanjung Vista di sini dan Resort World Kijal, Kemaman.
Menurutnya, kewujudan stesen pengecas di Terengganu dapat menggalakkan lebih ramai pengguna pelbagai jenis kenderaan elektrik datang melancong ke negeri ini yang sebelum ini terhad berikutan ketiadaan kemudahan tersebut.
“Sebelum ini, pengguna kenderaan elektrik mengalami kesukaran untuk datang ke pantai timur kerana tidak mempunyai stesen mengecas tetapi dengan adanya fasiliti ini, mereka kini bebas melancong ke sini khususnya di Terengganu.
“Selain itu, ia juga salah satu inisiatif untuk kembangkan perkhidmatan stesen pengecasan kenderaan elektrik sebagai persediaan kepada jangkaan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran EV Charging Stesen di Hotel Primula yang disempurnakan Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Burhanuddin Hilmi Mohamed @harun di sini pada Selasa.
Hadir sama, Pengurus Besar Primula Beach Hotel, Suaibah Harun.
Menurut Shahrol, sehingga kini terdapat 500 stesen pengecasan kenderaan elektrik di seluruh negara dengan majoritinya berada di pantai barat bagi kegunaan 400 kenderaan elektrik yang ada di Malaysia.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -EV-di-pantai-timur
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|