CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 675|Reply: 2

[Kelantan] Pengorbanan Nur Mawardah demi dua abang istimewa

[Copy link]
Post time 5-11-2021 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Pengorbanan Nur Mawardah demi dua abang istimewa[size=0.8][size=0.9]Syaherah Mustafa
[email protected]


NUR Mawardah bersama dua abangnya iaitu Ahmad Faiz (kiri) dan Ahmad Afizi ketika dikunjungi Mohd Nasir di rumahnya di Kampung Sungai Budur.



Kota Bharu: Saat anak muda lain mengejar peluang mendapatkan kehidupan lebih baik, Nur Mawardah Mohd Yusof, 20, pula menghabiskan hari-harinya menjaga dua abang istimewa.

Anak bongsu daripada lapan beradik itu sudah diajar sejak di bangku sekolah untuk menguruskan abangnya, Ahmad Faiz, 34, dan Ahmad Afizi, 32, yang perlu diuruskan seperti bayi.

Nur Mawardah perlu memberi perhatian setiap masa serta menjaga makan, minum dan memandikan kedua-dua abangnya itu apabila ibu, Samsiah Muhammad, 58, keluar bekerja.

Bagaimanapun, anak muda itu tidak sesekali mengeluh malah mengakui dia reda dengan ketentuan Ilahi dan ikhlas menjaga dua abangnya walaupun terpaksa mengorbankan masa depan sendiri.

"Saya pernah beberapa kali menolak tawaran menyambung pelajaran kerana memikirkan abang istimewa ini yang tiada penjaga serta mengalami masalah kewangan. Jika saya tiada di rumah, ibu tidak dapat bekerja untuk mencari rezeki.

"Tidak dinafikan, abang dan kakak saya yang lain ada membantu daripada segi kewangan namun mereka juga ada kehidupan sendiri selain hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi ibu tetap perlu bekerja untuk mencari wang bagi meneruskan kehidupan.

"Kedua-dua abang saya perlu dikawal 24 jam, malah Ahmad Faiz hampir setiap hari mengalami sawan yang mana memerlukan saya untuk mengurut dan menenangkan dia setiap kali penyakitnya menyerang," katanya ketika ditemui selepas diziarahi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Mohd Nasir Abdul Kadir, di rumahnya di Kampung Sungai Budur, di sini, semalam.

Nur Mawardah berkata, pada sebelah malam dia mengambil upah tukang sapu di pasar berdekatan rumah bersama ibu bermula 8 sehingga 11 malam, manakala abang-abangnya dijaga adik beradik lain yang sudah pulang dari kerja.

"Ada waktunya saya berasa sangat penat tetapi tetap bangkit memikirkan ibu yang 'berjuang' sendirian selepas kematian ayah sejak beberapa tahun lalu," katanya.

Dia berkata, dua abangnya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedikit sebanyak digunakan bagi membeli keperluan harian.

Disiarkan pada: November 5, 2021 @ 10:29am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2021 02:44 PM | Show all posts
Allahu...dia kata dia redha dgn keadaan camtu...

xde sesape ke tlg...umuq pun muda...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 02:47 PM | Show all posts
nama sendiri pun maksud kasih sayang...terbaik adik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.085920 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list