CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 0

[Terengganu] Ramalan air pasang besar malam ini, penduduk diingat tidak ke pantai

[Copy link]
Post time 5-11-2021 09:23 PM | Show all posts |Read mode
Ramalan air pasang besar malam ini, penduduk diingat tidak ke pantai
RAHAYU MUSTAFA | | 05 November 2021


Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA TERENGGANU – Orang ramai dinasihati supaya tidak berkunjung ke pantai untuk menyaksikan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada jam 9 malam Jumaat demi keselamatan mereka.


Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, penduduk yang tinggal di kawasan sungai dan pantai juga diminta lebih berhati-hati.


Ini kerana katanya, fenomena air pasang besar dan pertembungan hujan lebat di kawasan rendah boleh menyebabkan berlakunya banjir di beberapa lokasi berisiko berikutan limpahan air.


“Pihak berkuasa mengeluarkan ramalan berlakunya air pasang besar bermula jam 9 malam ini hingga 4 pagi esok.


“Fenomena yang melibatkan beberapa lokasi ini dilaporkan turut menghasilkan ombak dengan ketinggian antara 2.40 meter (m) hingga 2.80m,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Jumaat.



Mohd Rosman

Beliau berkata, Terengganu diramalkan menghadapi empat kali air pasang besar pada bulan ini berikutan Monsun Timur Laut dengan jangkaan kali pertama pada Jumaat malam.


Sehubungan itu, Mohd Rosman menjelaskan bahawa APM Terengganu sudah bersedia menghadapi fenomena itu dengan menggerakkan pegawai dan anggota ke lokasi terlibat bagi menjalankan pemantauan.


“Rondaan ini bagi menjamin keselamatan orang ramai dan antara lokasi yang akan kita tinjau adalah Pantai Seberang Takir atau lebih dikenali sebagai Miami Beach yang sering kali menjadi tumpuan ramai.


“Jadi kita harap orang ramai mematuhi arahan ini bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini,” ujarnya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... gat-tidak-ke-pantai
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.032220 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list