CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 713|Reply: 0

[Johor] 'Buang malu minta bantuan food bank demi keluarga'

[Copy link]
Post time 8-11-2021 09:23 PM | Show all posts |Read mode
'Buang malu minta bantuan food bank demi keluarga'[size=0.8][size=0.9]Mary Victoria Dass
[email protected]


Hafizul Jegri (Kanan) bersama isteri, Suria Madireh dan Wakil jejak asnaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Nasir Ishak melihat kesesuaian Nor Nabilah Syafikah menggunakan kerusi roda. FOTO ihsan MAIJ



Iskandar Puteri: "Saya pernah terdesak dan membuang perasaan malu dengan meminta bantuan food bank ketika kehilangan pekerjaan di Singapura demi isteri dan tiga anak termasuk seorang anak syurga," kata Hafizul Mohd Jegri, 38, yang menetap di Pangsapuri Denai Nusantara Gelang Patah di sini, hari ini.

Bapa kepada tiga cahaya itu berkata, selain memiliki seorang bayi lelaki berusia setahun setengah dan anak perempuan berusia 10 tahun dia juga menyara bayi seumur hidup iaitu anak sulung perempuan, Nor Nabilah Syafikah, 13, yang bermasalah sindrom down.

Menurutnya, Nor Nabilah Syafikah adalah keutamaan keluarga dan mereka akan memastikan memenuhi segala keperluannya terlebih dahulu sebelum ini.

Katanya, bagaimanapun dia yang kehilangan pekerjaan pada April 2020 berdepan kesulitan bagi memenuhi keperluan ahli keluarga mahupun anak syurga itu.

"Kami pernah meminta bantuan food bank ketika keadaan terdesak. Ia berikutan pada setiap bulan kami perlu membelanjakan RM1,000 bagi membeli bekalan susu khas, makanan tambahan, bijirin dan lampin pakai buang anak syurga kami selain bagi anak bongsu.

"Hasil perbincangan dengan isteri, Suria Madireh, 40, yang merupakan suri rumah, kami memulakan perniagaan menjual makanan dengan konsep 'bayar semasa tiba' (COD) mulai pertengahan tahun lalu demi menyara keluarga termasuk mengurus perbelanjaan Nor Nabilah Syafikah," katanya.

Hafizul berkata, pendapatan bulanan keluarganya hasil menjual makanan adalah tidak tetap dan hanya kira-kira RM1,000.

Menurutnya, pendapatan tidak tetap itu tidak mampu menampung perbelanjaan dapur, sewa rumah dan bil utiliti.

"Ketika bekerja di Singapura, isteri mengurus penjagaan Noor Nabilah Syafikah namun kini kami bergilir-gilir menjaganya kerana isteri akan memasak dan saya akan melakukan pembungkusan dan penghantaran.

"Pergerakan Nor Nabilah juga terbatas hingga perlu bergantung kepada bantuan ahli keluarga untuk mengurus diri.

"Dia tidak mampu berkomunikasi atau memahami perbualan individu lain sebaliknya keadaannya sama seperti kanak-kanak termasuk hanya mampu menangis dan ketawa," katanya.

Hafizul berkata, dia yang berpengalaman bekerja sebagai pengendalian kualitas produk di kilang namun sehingga kini gagal mendapat pekerjaan sesuai.

"Saya berharap sempadan Singapura dapat dibuka bagi membolehkan saya kembali mencari rezeki di situ dalam tempoh masa terdekat.

"Buat masa ini kami menjual pelbagai jenis makanan dan penghantaran hanya dilakukan di sekitar Gelang Patah kerana kereta keluarga sudah usang dan hanya mampu digunakan bagi perjalanan berhampiran," katanya.

Hafizul berkata demikian ketika menerima kunjungan daripada wakil jejak asnaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Nasir Ishak, di sini, hari ini.

Nasir berkata, pihaknya menyumbang kerusi roda kepada Nor Nabilah Syafikah dan sejumlah wang tunai.

"Kami mencadangkan keluarga itu bagi memohon bantuan perubatan bagi anak Orang Kurang Upaya (OKU) berkenaan," katanya.

Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 5:47pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.058206 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list