CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 688|Reply: 0

[Terengganu] Monumen 11 negara Asean tarikan baharu Pulau Bidong

[Copy link]
Post time 8-11-2021 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Monumen 11 negara Asean tarikan baharu Pulau Bidong[size=0.8][size=0.9]Baharom Bakar
[email protected]


PENYELAM bergambar bersama monumen mercu tanda Menara Berkembar Petronas yang ditenggelamkan pada kedalaman 10 hingga 15 meter di perairan Pulau Bidong. FOTO Ghazali Kori



Kuala Nerus: Monumen 11 mercu tanda terkenal negara ASEAN yang ditempatkan di dasar laut Pulau Bidong, di sini, mampu menggamit kedatangan penyelam skuba antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, mercu tanda itu ditenggelamkan di dasar laut Pulau Bidong sempena penganjuran Seminar Asean mengenai Pemeliharaan dan Perlindungan Warisan Budaya Bawah Air Jun lalu.

Katanya, projek menenggelamkan monumen daripada 11 negara Asean tidak membabitkan peruntukan kerajaan, sebaliknya pembiayaan daripada Tabung Kebudayaan Asean berjumlah kira-kira RM300,000.

"Antara monumen ditenggelamkan adalah Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur-KLCC, Masjid Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (Brunei), Cambodia Independence Monument (Kemboja), Patuxai Monument (Laos), Indonesia National Monument (Indonesia) dan Shwedagon Pagoda (Myanmar).

"Turut ditenggelamkan adalah monumen Joe Rizal (Filipina), Merlion (Singapura), Wat Arun Ratchawararam Ratchaworamahawihan (Thailand), Tran Quoc Pagoda (Vietnam) dan Asean Secretariat (Asean)," katanya pada sidang media selepas merasmikan program The First Asean Underwater Mini Landmark, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Ariffin Deraman.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, semua monumen itu ditenggelamkan di dasar laut dengan kedalaman antara 10 dan 15 meter.

Katanya, monumen berkenaan bakal menjadi produk pelancongan budaya baharu yang akan merancakkan ekonomi dalam sektor pelancongan dan kebudayaan selain mampu meningkatkan visibiliti dan imej negara ke seluruh dunia.

"Projek monumen itu adalah yang pertama di dunia dan inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menggalakkan kelestarian pelancongan kebudayaan.

"Projek monumen itu diharap mampu meningkatkan kesedaran mengenai identiti Asean dan memulihara warisan dasar laut," katanya.

Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 3:06pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037262 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list