Marang: Ahli keluarga sudah dibenarkan melawat penghuni di Penjara Marang, di sini, sejak minggu lalu, kata Pengarah Penjara Marang Penolong Kanan Komisioner Nik Robidin Ab Rahman.
Bagaimanapun, katanya, lawatan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu sahaja dan tempahan boleh dibuat awal bagi menetapkan tarikh dan masa yang sesuai.
"Sekarang hanya 15 pelawat yang dibenarkan berjumpa di dalam dewan secara bersemuka dengan penghuni pada satu masa.
"Setiap pelawat dihadkan masa selama 30 minit untuk berjumpa penghuni berbanding tempoh asal selama 45 minit yang ditetapkan sebelum ini," katanya.
Katanya, jumlah pelawat tidak dihadkan pada setiap hari bergantung kepada masa lawatan yang ditetapkan iaitu bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.
"Terdapat tiga kaedah tempahan iaitu menerusi sistem i-Visit di laman web
www.prison.gov.my dan panggilan telefon.
"Jangan datang jika tidak membuat janji temu dan jangan datang lewat daripada waktu temujanji kerana ia akan mengganggu masa temujanji orang lain," katanya.