View: 1278|Reply: 1
|
[Terengganu]
Tiada pasangan di Terengganu guna sindiket nikah tanpa tauliah 'Lebai Loh'
[Copy link]
|
|
Edited by mattzzx at 17-11-2021 05:36 PM
Mohd Nor Hamzah semasa sidang media pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini.
Kuala Terengganu: Kerajaan negeri mengesahkan tiada pasangan menggunakan khidmat sindiket nikah tanpa tauliah didalangi individu dikenali sebagai 'Lebai Loh'.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Mohd Nor Hamzah berkata, kemudahan disediakan termasuk penganjuran resepsi walimatulurus perdana punca pasangan memilih untuk berkahwin menggunakan khidmat jurunikah bertauliah di Terengganu.
Kata beliau, berdasarkan maklumat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), tiada pasangan di negeri ini menggunakan khidmat sindiket nikah tanpa tauliah didalangi Lebai Loh.
"Pasangan terutama yang bercadang untuk berpoligami diminta tampil ke pejabat agama untuk mendapatkan khidmat nasihat.
"Rakyat di negeri ini tidak mempunyai sebab untuk menggunakan khidmat jurunikah tanpa tauliah termasuk melangsungkan pernikahan di negara jiran," katanya kepada media pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan negeri (Dun) Keempat Belas di sini, hari ini.
Isnin lalu, Harian Metro melaporkan, sindiket nikah tanpa tauliah yang beroperasi lebih 20 tahun lalu dikenali sebagai 'Lebai Loh' ditumpaskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) pada 28 Oktober lalu.
Pada serbuan itu, seorang bekas imam berusia 71 tahun ditahan selepas dilaporkan menjadikan kediamannya di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai, Kelantan sebagai lokasi akad nikah.
Mohd Nor berkata, peraturan di negeri ini memudahkan individu yang bercadang untuk berpoligami.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
i kinda NO as the answer...ye kot xdok pitih gu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|