CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1179|Reply: 0

[Kelantan] Nyaris lemas tiba-tiba pening, jatuh dalam arus banjir

[Copy link]
Post time 19-11-2021 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 19-11-2021 06:24 PM

Nyaris lemas tiba-tiba pening, jatuh dalam arus banjir

Oleh Syaherah Mustafa - November 19, 2021 @ 4:51pm[email protected]




Abdul Majid menunjukkan ubat-ubatan yang perlu diambilnya sambil ditemani Muhammad Shahmi di PPS SK Gual To'Deh, hari ini. - NSTP/SYAHERAH MUSTAFA




RANTAU PANJANG: Seorang lelaki nyaris lemas ketika meredah banjir untuk ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumahnya dinaiki air hingga 0.8 meter di Kampung Bendang Perol, Gual To'Deh, di sini, malam tadi.



Menceritakan detik cemas itu, Abdul Majid Ahmad, 55, berkata beliau tiba-tiba pening ketika berusaha menyelamatkan diri lalu terjatuh ke dalam arus banjir yang deras tetapi sempat diselamatkan oleh anaknya, Muhammad Shahmi, 17.



Beliau yang menghidap penyakit buah pinggang, jantung, gout dan kolesterol tinggi, terpaksa meredah air mencecah paras dada hingga sejauh kira-kira 800m untuk ke jalan utama sebelum mendaftarkan diri di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh.



"Selain terpaksa mengharungi air yang sejuk dalam keadaan gelap pada waktu malam dan hanya berkaki ayam, saya juga bimbang akan ancaman haiwan berbisa.



"Rumah mula ditenggelami banjir sejak Selasa lalu tetapi paras air semakin naik, semalam, menyebabkan kami sekeluarga mengambil keputusan berpindah ke PPS terdekat demi keselamatan diri.



"Kami hanya sempat membawa beberapa helai baju serta dokumen penting, manakala barangan lain diletakkan di atas para yang dibina tinggi dalam rumah," katanya ketika ditemui di PPS SK Gual To'Deh, hari ini.



Abdul Majid berkata, mereka bersyukur kerana diberikan sebuah perahu bagi kegunaan ketika banjir namun sewaktu kejadian, ia sudah penuh diisi dengan barangan penting untuk diselamatkan.



"Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik, hari ini, selain mendapat penjagaan baik daripada petugas keselamatan di PPS. Malah, ubat-ubatan juga dibekalkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang datang melawat pada awal pagi," katanya.



Beliau berkata, mereka lazimnya berlindung di PPS antara satu hingga dua minggu setiap kali banjir melanda, bergantung pada paras air.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.042753 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list