CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6461|Reply: 4

7 Tempat Angker Di Thailand

[Copy link]
Post time 21-11-2021 12:09 PM | Show all posts |Read mode
7 Tempat Angker Di Thailand


Setiap tempat yang dikatakan ‘keras’ mempunyai sisi gelap dan cerita tersendiri.

Mengikut kepercayaan orang-orang Thai, roh yang tidak tenteram dan mati dalam keadaan tragis akan tinggal di suatu tempat untuk menghantui manusia yang masih hidup.

Berikut kami kongsikan kisah di sebalik tujuh tempat menyeramkan di negara Gajah Putih ini:

1. Taman Bersejarah Ayutthaya



Suatu ketika dahulu, Ayutthaya merupakan tempat bersemayam raja-raja zaman dulu. Terdapat banyak kuil dan istana bersejarah di situ. Banyak harta seperti emas dan batu-batu permata peninggalan sejarah telah dikebas pencuri.

Tapi ada beberapa barang pusaka yang tidak diambil sebab dipercayai disumpah dan masih tersimpan dalam sebuah kuil terbesar dan berpuaka di pekan tersebut iaitu Wat Phra Sri Sanphet.

Kadang-kadang penduduk tempatan mendakwa pernah ternampak kelibat para pengawal sedang mengawasi istana utama dan beberapa hantu yang berbusana tradisional Thai merayau di sekeliling taman selepas waktu lawatan tutup.  

2. Rumah Jangmuarinnakorn



Turut dikenali sebagai ‘Rumah Singa Putih’, rumah ini dilaporkan sebagai bangunan paling berhantu di Chiang Mai. Rumah agam ini dibina beberapa dekad yang lalu.

Menurut cerita penduduk tempatan, tuan rumah ini sudah diberi amaran bahawa tapak kediaman itu bawa sial tapi dia abaikan dan tetap mendirikan vila mewah. Tuan rumah akhirnya jadi gila dan membunuh seluruh ahli keluarganya di dalam banglo tersebut.

Kini, Rumah Jangmuarinnakorn terbiar kosong dan mereput tanpa isinya sebab tak ada siapa berani beli.

3. Jambatan Sungai Kwai



Jambatan Sungai Kwai di Kanchanaburi ini dibina dengan darah, keringat dan derita para buruh paksa semasa zaman penjajahan Jepun dulu. Ia merupakan sebahagian daripada rel kereta api yang menghubungkan Thailand ke Burma.

Dijoloki ‘Landasan Maut’, jambatan ini dikatakan antara salah sebuah tempat paling menyeramkan di Thailand. Ramai buruh yang terdiri daripada tawanan perang dikerah untuk bekerja dalam keadaan terseksa. Ramai mati akibat kemalangan, kebuluran, kesakitan dan pembunuhan.

4. Hotel Baiyoke Sky



Semasa pembinaan bangunan hotel tertinggi di Bangkok ini, berlaku sebuah kemalangan tragis yang meragut nyawa tiga pekerja buruh binaan. Roh mereka dikatakan menghantui hotel tersebut.

Beberapa orang tetamu dan staff hotel berkenaan melaporkan beberapa kejadian aneh seperti objek bergerak sendiri dan kelibat yang menyeramkan.

5. Kilang Kasut Bang Pu



Taman Industri Bang Pu ini merupakan nadi kepada industri pembuatan kulit di negara Thailand. Tapi terdapat sebuah kilang kasut yang tiada siapa berani menjejakkan kaki dalam bangunan itu sehingga kini.

Selepas terjadinya sebuah insiden yang mencedera dan membunuh beberapa pekerja, staf yang tinggal mula mengadu yang mereka ‘dikacau’. Ramai pekerja berhenti dan perniagaan mula jatuh. Akhirnya tauke kilang tersebut mengambil nyawanya sendiri dan menyertai roh-roh yang tidak tenteram di bangunan kilang tersebut.

6. Khao Lak



Khao Lak merupakan sebuah pantai yang cantik sebelum keindahannya diragut Tsunami pada tahun 2004. Dianggarkan sekurang-kurangnya 4,000 orang terkorban dalam peristiwa menyayat hati itu.

Kini banyak resort yang telah dibaiki pulih, dibina semula dan ramai orang Thai percaya bahawa pantai tersebut telah dihantui roh mangsa Tsunami dan ada aktiviti paranormal di hotel.

7. Gua Mae Usu



Gua Mae Usu ini terletak di Taman Negara Mae Moei dan menjadi tarikan pelancong peminat alam semula jadi.

Menurut cerita puak suku S’gaw yang mahir dengan selok-belok landskap taman negara itu, gua ini dipercayai merupakan kediaman Suea Saming, makhluk siluman berupa separuh harimau, separuh manusia.

Semasa bulan mengambang, ia akan keluar mengumpan manusia dengan alunan muzik tradisional Thai. Beberapa penduduk tempatan memberi amaran bahawa pemandangan semasa siang hari di Gua Mae Usu ini memang indah, namun bertukar bahaya apabila malam menjelma.

Sumber:https://iamlejen.com/7-tempat-angker-di-thailand/#.YZnFs6JBxhE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami iol tentang habis habisan tak bagi iol join rombongan opis nak ke taman bersejarah no.1 tu. Kawan dia penah pegi rasa tak tenteram sampai balik malaysia. Nasib juge iol jenis dengar cakap laki.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab banyak sgt citer antu siam, iols msk siam outomatik rasa seram. Lg2 kalo tgk kolam atau tasik. Nsb baik iols dah x kerja sempadan dah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 09:46 AM | Show all posts
yang No.1 tu kalau pergi outstation area situ selalu tengok dari kedai makan seberang sungai je..tak pernah masuk lagi..tapi malam kalau tengok memang rasa seram even pebnuh spotlight hala ke bangunan bangunan lama tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 11:13 AM | Show all posts
aigooo..no 1 tu mmg jadi idaman nak pegiii
acaner ni dah terbaca kisah pulak sblm dpt pegi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.559489 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list