CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3649|Reply: 1

Sihir rumahtangga

[Copy link]
Post time 27-11-2021 11:23 PM | Show all posts |Read mode





Ritual nasi kangkang atau nasi tangas merupakan amalan yang masih dilaksanakan hingga kini. Ritual ini sering dilaksanakan oleh para isteri untuk menundukkan orang lelaki atau suaminya.

Buat suami tunduk
Amalan ini selalunya dilakukan oleh isteri ke atas suami yang dianggap tidak adil, kasar, dan sering melakukan kezaliman. Akibatnya suami mungkin menjadi takut, tidak berani berhadapan dengan isterinya, menjadi kaku dan terpukau menurut segala apa yang disuruh.

Ia juga ada kalanya dilakukan oleh isteri yang jahat dengan niat untuk menundukkan suaminya, menguasai harta, dan semua kepunyaan suami.

Resepi dari bahan buangan
Resipi nasi kangkang masih lagi kekal sama. Bahan-bahan yang digunakan merupakan buangan kotor dari tubuh badan seperti najis, darah haid, daki-daki di badan, dan sebagainya.

Mantera yang digunakan pula ialah untuk menyeru makhluk halus atau syaitan bagi menyempurnakan upacara sihir tersebut.

Selalunya, orang perempuan memang ada sifat cemburu yang tinggi tapi kadangkala perasaan cemburu tu pun melampau-lampau dan tak kena pada tempatnya. Lelaki pula ada setengahnya yang tak boleh dipercayai sampaikan si isteri terpaksa menggunakan cara seperti ini untuk membuatkan suami patuh.

Kesan ritual nasi kangkang
Kesan daripada ritual ni dapat dilihat kepada suami atau mangsa dalam tempoh jangka masa yang panjang. Si mangsa akan mula sakit-sakit badan dan menunjukkan tanda-tanda diganggu makhluk halus.

Makhluk yang diseru untuk mengawal mangsa itu harus ‘memakan’ mental dan fizikal perumah (mangsa) tersebut

Kesan amalan nasi tangas berbeza-beza, bergantung kepada kekuatan roh seseorang. Ada mangsa yang hilang ingatan sama sekali, tidak tahu apa yang telah berlaku pada dirinya apabila ingatannya pulih kembali.

Ada mangsa yang tidak hilang ingatan, tetapi tahap kesedarannya terlalu sedikit, berbanding tahap kesedaran yang telah dikuasai oleh sihir yang dikenakan kepadanya.

Maka jelaslah bahawa ritual nasi kangkang atau nasi tangas ni dilarang dalam Islam dan kebahagiaan sesebuah rumahtangga itu tak dapat dikecapi melalui perkara syirik seperti ritual ini.

Sumber:https://penunggu.com/asal-usul/sihir-rumahtangga/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah dgr kawan cerita..bgm adik lelakinya kena.. kesian sgt.. adik iparnya yg jahat.. kluarganya x dpt berbuat apa2 utk bantu.. nk mkn pun adiknya akan balik semula ke rumahnya.. ikut je kata isteri.. tu dah.. dua puluh tahun lebih berlalu.. semoga dia dah terlepas dari sihir tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.052409 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list