CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 0

[Pulau Pinang] 40 ditahan sertai majlis pengenalan kumpulan kongsi gelap

[Copy link]
Post time 29-11-2021 11:31 AM | Show all posts |Read mode
40 ditahan sertai majlis pengenalan kumpulan kongsi gelap
| | 29 November 2021


Siasatan awal polis mengesyaki kumpulan kongsi gelap juga cuba mengaburi pihak berkuasa dengan berselindung di sebalik sebuah NGO. - Foto Facecbook PDRM Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM - Sekumpulan lelaki dipercayai ahli kongsi gelap yang berselindung dengan menggunakan nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sedang mengadakan majlis pengenalan di sebuah restoran mewah di Seberang Jaya terkedu apabila diserbu pihak polis dalam serbuan pada Sabtu lepas.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, 40 lelaki berusia lingkungan 22 hingga 56 tahun berasal dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis ditahan selepas pihak polis menyerbu restoran mewah itu pada jam 9.30 malam hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihaknya.

"Kumpulan (kongsi gelap) itu dipercayai menganjurkan majlis pengenalan dan pendaftaran ahli baharu mereka dengan mengadakannya di restoran mewah tersebut bagi mengaburi serta mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook Polis Diraja Malaysia(PDRM) Pulau Pinang, pada Isnin.


Serbuan itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.


Katanya, siasatan awal polis mengesyaki kumpulan kongsi gelap itu juga cuba mengaburi pihak berkuasa dengan berselindung di sebalik sebuah NGO bagi menghidupkan kembali pengaruh mereka di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.


Rahimi berkata, pemeriksaan yang dijalankan oleh polis juga mendapati, lapan orang daripada semua mereka ditahan itu mempunyai tatu bagi sebuah pertubuhan haram dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan rangkaian kumpulan kongsi gelap tersebut.


Katanya, dalam serbuan itu, polis turut merampas 56 telefon bimbit pelbagai jenama dan dua bentuk cincin, seutas rantai serta sepasang subang yang mempunyai lambang sebuah pertubuhan haram.


“Kesemua mereka direman untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 iaitu kesalahan menganggotai pertubuhan yang menyalahi undang-undang," katanya. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... mpulan-kongsi-gelap
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.055315 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list