CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 0

[Kelantan] Redah banjir tangkap ular tedung selar

[Copy link]
Post time 4-12-2021 01:44 PM | Show all posts |Read mode

Anggota APM Pasir Puteh meredah banjir sedalam 0.3 meter untuk menangkap seekor ular tedung selar yang sedang 'berehat' dalam timbunan makanan haiwan di dalam stor sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, Pasir Puteh pada Jumaat.

PASIR PUTEH - Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh meredah banjir sedalam 0.3 meter untuk menangkap seekor ular tedung selar yang sedang 'berehat' dalam timbunan makanan haiwan di dalam stor sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, di sini pada Jumaat.

Pegawai APM Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, kerja-kerja menangkap ular tedung sepanjang dua meter dan seberat 1.5 kilogram itu berdepan sedikit kesukaran kerana kawasan tersebut ditenggelami air.

"Sungguhpun begitu, anggota bertugas tetap menitikberatkan aspek keselamatan semasa menjalankan tugas dan kita mengambil masa 10 minit untuk menangkap ular itu menggunakan kemahiran serta kepakaran yang ada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Menurutnya, kehadiran ular itu disedari pemilik rumah, Asmadi Mat Husin, 34, yang kemudiannya terus menghubungi APM Pasir Puteh.

Beliau berkata, APM menerima panggilan kecemasan berkenaan pada jam 7.25 pagi.

Nik Mohd Nor berkata, seramai tiga anggota dihantar ke lokasi untuk kerja-kerja menangkap reptilia itu.

"Hujan lebat yang melanda pada ketika ini menyebabkan reptilia itu mencari lokasi baharu selepas habitat asal berkemungkinan besar ditenggelami air.

"Penduduk dinasihatkan agar waspada dan membuat pemeriksaan di kawasan rumah masing-masing bagi mengesan kehadiran tetamu tidak diundang dan segera hubungi APM untuk bantuan lanjut," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... p-ular-tedung-selar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.285426 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list