CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 575|Reply: 0

[Kelantan] 'Payohnya tak dok bas...'

[Copy link]
Post time 6-12-2021 05:19 PM | Show all posts |Read mode


Tinjauan di stesen bas dalam bandar Kota Bharu seakan mati berikutan perkhidmatan bas henti-henti sudah tidak beroperasi sejak setahun lalu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR


Kota Bharu: Sejak setahun lalu, situasi di stesen bas dalam bandar Kota Bharu seakan mati berikutan perkhidmatan bas henti-henti sudah tidak beroperasi.

Keadaan itu menyebabkan pengguna bas terutama yang menjadikan kenderaan itu sebagai pengangkutan utama untuk berulang alik, mengalami kesukaran untuk bergerak.

Situasi sama dialami lebih 20 peniaga sekitar yang bergantung kepada pengguna bas untuk membeli barangan jualan mereka yang kebelakangan ini sudah gulung tikar seorang demi seorang.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 2, Anis Junaidah Mohd Alam, 15, berkata sebelum ini dia menggunakan bas henti-henti untuk ke sekolah dan kini berdepan kesusahan sejak pengangkutan itu dihentikan sejak setahun lalu.



Dia yang menetap di Pengkalan Kubor, Tumpat, berkata, sebelum ini dia menaiki bas dengan tambang RM1.80 untuk perjalanan sejauh 30 kilometer (km) setiap pagi untuk ke sekolah.

"Bagaimanapun sepanjang sesi persekolahan dibuka awal tahun lalu sehingga Mac, saya terpaksa 'menyusahkan' ibu bapa untuk menghantar ke sekolah sebelum mereka ke tempat kerja masing-masing.

"Ada sesekali saya menaiki kereta sewa dan tambang dikenakan sebanyak RM15 iaitu berkali ganda daripada tambang bas," katanya ketika ditemui di stesen bas, di sini, hari ini.

Tinjauan di stesen bas yang sudah wujud sejak 70 tahun lalu itu mendapati keadaannya ibarat dilanggar garuda tanpa pengunjung dan hanya satu atau dua kedai kecil sahaja dibuka dan peniaganya dianggap sekadar mencuba nasib.

Banyak premis berhampiran termasuk pasar raya ditutup berikutan tiada pelanggan dan lokasi yang sebelum ini hidup menjelang malam, kini sunyi sepi seperti bandar mati.

Peniaga makanan ringan, Siti Fatimah Abdul Gafoor, 56, berkata sudah hampir setahun dia tidak berniaga kerana ketiadaan pembeli, sedangkan sebelum ini kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai dan laluannya paling sibuk.

"Stesen bas ini perlu dihidupkan semula walaupun tidak meriah seperti sebelumnya kerana kita sedar permintaan terhadap pengangkutan bas sudah tidak diperlukan sangat.

"Bagaimanapun, tidak semua orang memiliki kenderaan sendiri dan masih bergantung kepada bas termasuk peraih yang berniaga di Pasar Siti Khadijah.

"Saya difahamkan ramai peniaga di pasar itu sudah tidak berniaga kerana tiada pengangkutan untuk datang membawa jualan kerana jika menaiki kereta sewa, tambangnya agak mahal," katanya.


Disiarkan pada: Disember 6, 2021 @ 5:04pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.049758 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list