“Kita mungkin takkan dapat apa yang diingini. Tuhan akan menguji tak pernah berhenti."
Demikian kata usahawan kosmetik, Joy Revfa yang mengakui membatalkan niat untuk berkahwin kerana tidak serasi.
Kredit foto: IG
Memetik laporan Media Hiburan, fokusnya kini terarah kepada empayar bisnes, MERVE Cosmetics Malaysia dan anaknya.
“Sepatutnya kami berkahwin tahun lalu. Tapi akhirnya saya nekad membatalkan perkahwinan itu kerana rasa tidak serasi dengannya. Saya akur dengan ujian hidup ini.
Kredit foto: IG
"ilihan yang ada ialah untuk terus kuat. Sekarang saya masih single. Bercinta dengan perniagaan sayalah lebih menenangkan.
“Jika Allah hadirkan jodoh lagi selepas ini, insya-Allah saya terbuka menerimanya. Tak ada istilah serik. Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan,” katanya.
Kredit foto: IG
Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin bagaimanapun mengakui ada yang cuba menambat hati.
Namun, katanya dia enggan terbuai larut dengan perasaan sebegitu buat masa ini. - CARI
|