CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 706|Reply: 0

[Kelantan] Pengguna, peniaga rayu hidupkan semula bas henti-henti di Kelantan

[Copy link]
Post time 7-12-2021 02:19 PM | Show all posts |Read mode

Pengguna dan peniaga di Kelantan merayu supaya kerajaan negeri atau pihak berkaitan menghidupkan semula operasi perkhidmatan bas henti-henti. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Pengguna dan peniaga di Kelantan merayu supaya kerajaan negeri atau pihak berkaitan, ‘menghidupkan’ semula operasi perkhidmatan bas henti-henti yang menjadi nadi pengangkutan awam kepada sebilangan penduduk di negeri ini.

Seorang pengguna, Siti Fatimah Abdul Gaffor, 56, dari Kampung Bayam, di sini berkata, perkhidmatan bas henti-henti tersebut penting bagi melancarkan rutin harian mereka.

Beliau yang juga peniaga makanan ringan di Stesen Bas Kota Bharu sejak 30 tahun lalu, terpaksa ‘gulung tikar’ apabila kawasan itu tidak lagi dikunjungi orang ramai, selepas operasi bas dihentikan hampir setahun lalu.


Stesen Bas Kota Bharu kelihatan lengang berikutan perkhidmatan bas henti-henti tidak beroperasi sejak setahun yang lalu. - Foto Bernama

“Saya mohon pihak berkaitan untuk menghidupkan semula perkhidmatan bas henti-henti ini, memandangkan ramai peniaga sekitar bandar ini yang menjadikannya sebagai pengangkutan utama,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Isnin.

Tinjauan Bernama di stesen tersebut mendapati kenderaan awam tersebut tidak lagi kelihatan, malah sekitar kawasan berkenaan juga lengang.

Seorang peniaga, Fadlisham Fared, 34, berkata, ketiadaan perkhidmatan bas henti-henti turut menjejaskan perniagaan hampir 100 kedai di sekitar stesen bas tersebut, kerana ketiadaan pelanggan sehingga terpaksa tutup kedai.

“Apabila tiada lagi perkhidmatan bas, pendapatan peniaga di kawasan ini turut terjejas dan ada pekerja yang terpaksa berhenti kerja kerana menggunakan bas ini sebagai pengangkutannya untuk ulang-alik,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 2, di sini Anis Junaidah Mohd Alam, 15, berkata, sebelum ini, beliau menggunakan bas henti-henti untuk pergi dan balik dari sekolah, namun sejak perkhidmatan bas dihentikan ibunya terpaksa menghantar dan mengambilnya di sekolah.


Ketiadaan perkhidmatan bas henti-henti turut menjejaskan perniagaan hampir 100 kedai di sekitar stesen bas tersebut. - Foto Bernama

“Sebelum ini saya berulang-alik ke sekolah dari Pengkalan Kubor sejauh 40 kilometer dengan menggunakan bas henti-henti. Jika saya menggunakan teksi, tambang yang dikenakan agak tinggi iaitu sekitar RM15 sehala, berbanding tambang bas hanya RM1.80.

“Saya harap perkhidmatan bas henti-henti ini dapat beroperasi semula bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah, melaksanakan urusan masing-masing,” katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-henti-di-Kelantan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.066404 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list