|
Ingatkan nak nikah Sabtu ini, rupanya dah sebulan pasangan hangat Kamal Adli dan Uqasha Senrose simpan rahsia perkahwinan.
Kredit foto: IG
Harian Metro melaporkan, Kamal, 35, dan Uqasha, 29 sebenarnya dinikahkan pada 5 November lalu dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dengan dua kali lafaz berserta mas kahwin sebanyak RM22.50 dan menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh.
"Berikutan keadaan semasa dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan, kami terpaksa mengehadkan jumlah tetamu (100 tetamu) pada majlis pernikahan.
"ada masa sama, kami juga mahu menjaga hati keluarga dan sanak saudara yang sememangnya ramai kerana hanya dapat menghimpunkan mereka semua di acara persandingan nanti.
"Apapun, kami hanya menghormati permintaan ibu bapa selain bersyukur kerana segala urusan ke arah membina masjid ini dipermudahkan," kata Uqasha pada majlis pengumuman yang diadakan di Restoran de Wan.
Tambah aktres atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, mereka akan mengerjakan umrah pada 23 Disember ini sebagai perancangan bulan madu.
"Ia juga menjadi impian saya selepas berniat untuk kembali lagi ke Makkah dengan suami pula.
"Ketika umrah untuk kali kedua dulu, Kamal dan saya masih dalam proses mengenali hati budi. Jadi saya doa, kalau ada jodoh kami, permudahkanlah dan mahu ke Makkah lagi.
"Jika jodoh panjang, saya mahu kembali semula ke sana bersama pasangan (suami). Insya-Allah, Kamal pun belum pernah ke Makkah dan saya mahu jadi orang pertama membawanya ke Tanah Suci," katanya.
Tahniah, Kamal dan Uqasha. Semoga berbahagia melayari bahtera hingga ke jannah! - CARI
|
|