CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 992|Reply: 1

[Johor] Takdir bertukar tugas saat akhir

[Copy link]
Post time 8-12-2021 08:49 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Zulhelmi menunjukkan gambar Allahyarham Mohd Ramli (dalam bulatan) bersama ahli keluarga. FOTO Ahmad Ismail



Segamat: "Semalam buat kali pertama saya bertukar tugas dengan rakan sejak lima tahun berkerja. Rupanya itu takdir Allah apabila rakan dan ayah saya maut dalam kemalangan," kata pekerja SWM Environment Sdn Bhd (SWM) cawangan Chaah, Mohd Zulhelmi Mohd Ramli.

Dalam kejadian 8 pagi semalam, bapa Mohd Zulhelmi, Mohd Ramli Ibor, 58, yang memandu lori SWM dan kelindannya, Muhammad Helmi Karim, 30, meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 142, Jalan Johor Bahru-Seremban di Chaah.

Kemalangan dipercayai berpunca selepas lori dipandu Mohd Ramli dari arah Yong Peng ke Labis bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan yang hilang kawalan.

Mohd Zulhelmi, 28, berkata, sepanjang lima tahun bekerja, dia sentiasa ditugaskan sebagai kelindan lori bersama Allahyarham bapanya.


"Namun di saat akhir jadual kerja saya bertukar dengan arwah Muhammad Helmi," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) di sini, hari ini.


Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, sejak kebelakangan ini, bapanya kerap membaca, menghayati serta mendengar ayat-ayat suci al-Quran menerusi aplikasi di telefon bimbit.

"Arwah ayah kerap mengingatkan kami sekeluarga bahawa kemudahan teknologi sebaiknya digunakan untuk perkara bermanfaat seperti mendengar ceramah agama dan membaca al-Quran," katanya.

Menurutnya, Allahyarham turut teruja untuk ke majlis konvokesyen anak bongsu, Fatin Amirah Ramli, 25, di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang yang dijadualkan pada 16 dan 17 Disember ini.

"Arwah ayah sememangnya menanti-nantikan tarikh itu kerana kami sekeluarga sudah lama tidak bercuti bersama," katanya.

Menurutnya, Allahyarham Mohd Ramli hanya menunggu dua tahun lagi untuk bersara dan bercadang membuka gerai makanan di Yong Peng.

"Memang impiannya mahu membuka kedai makan masakan kampung bersama ibu dan arwah tidak sabar hendak tunggu pencen dua tahun lagi. Tapi takdir impiannya tidak kesampaian," katanya.

Mohd Zulhelmi berkata, jenazah dijangka dikebumikan petang ini di Yong Peng.


Disiarkan pada: Disember 8, 2021 @ 5:08pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 02:51 AM | Show all posts


xcdent dpn2...innalillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.047989 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list