CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 1

[Kelantan] Kadar tarif elektrik baharu akan diumumkan - Takiyuddin

[Copy link]
Post time 9-1-2022 01:17 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika hadir di Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Persatuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kelab di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu di Jalan Bayam di sini hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Kerajaan mempertimbangkan semula kadar tarif elektrik negara ini bagi tempoh 2022 sehingga 2024 bagi mengurangkan bebanan kepada rakyat.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata keputusan mengenai tarif baharu elektrik untuk tempoh tiga tahun itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, kerajaan sudah mengkaji dengan mengambil kira keadaan negara ini yang baru pulih daripada COVID-19 dan krisis ekonomi.

"Pengisytiharan mengenai tarif elektrik itu akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat. Jumlah keseluruhan pengguna elektrik di seluruh negara adalah sebanyak lapan juta dan 85 peratus daripadanya adalah pengguna domestik manakala selebihnya komersial serta industri.

"Saya memberi jaminan bahawa kadar tarif elektrik baharu ini tidak akan memberi bebanan kepada rakyat terutama pengguna domestik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Persatuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kelab di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu di Jalan Bayam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, berkata kadar tarif elektrik untuk pengguna industri dan komersial juga mungkin akan ada pengubahsuaian.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, semua bekalan elektrik di lokasi yang terjejas banjir termasuk Selangor dan Pahang sudah pulih 100 peratus iaitu yang menggunakan aliran biasa serta jana kuasa mobil.

"Namun, ketika ini, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam tempoh untuk membaik pulih tiang elektrik yang terjejas. Banyak lagi tiang yang perlu dibaiki yang memerlukan kos ratusan juta ringgit," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2022 06:13 PM | Show all posts
letrik naik...brg confirm naik...kain je londeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.043642 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list