|
Galaxy S21 FE 5G dilancarkan
Muhammad Saufi Hassan
Samsung Malaysia hari ini melancarkan peranti baharu keluarannya iaitu Samsung Galaxy S21 FE 5G dengan padanan spesifikasi terkini.
Menerusi peranti pintar baharu itu, ia dikuasakan dengan pemproses 64 bit Octa Core hasil binaan 5nm bersama-sama padanan memori (RAM) 8GB untuk pelancaran sebarang aplikasi dengan mudah.
Samsung Galaxy S21 FE 5G ini menggunakan 6.4 inci skrin AMOLED Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+).
Untuk memberi pengalaman permainan yang lebih baik, Samsung bijak melakukan padanan skrin dengan kadar segar semula 120Hz manakala untuk mod permainan, ia mampu mencapai 240Hz hasil teknologi 'Touch Sampling Rate'.
Pengguna boleh melakukan padanan pilihan untuk 128GB atau 256GB bersama-sama keupayaan storan bateri 4,500mAh.
Paling mengagumkan adalah tetapan tiga lensa utama di bahagian belakang yang memberikan kualiti imej gambar tahap profesional dalam apa jua keadaan.
Untuk pengguna masa kini yang berkait rapat dengan media sosial, pastinya kelebihan tetapan kamera yang ditawarkan oleh Samsung memberi keupayaan rakaman gambar pada tahap terbaik.
Tetapan tiga lensa ini adalah 12 megapiksel (MP) sudut ultra lebar bersama keupayaan sensor F2.2 disokong bersama lensa 12MP sudut lebar dan 8MP telefoto.
Bagi lensa telefoto berkenaan, ia menyokong 32x 'space zoom'.
Pengguna boleh melakukan pra tempahan bermula esok dengan harga ditawarkan bagi model Galaxy S21 FE 5G bersama 8GB RAM + 128GB pada RM2,899 manakala untuk versi 8GB + 256GB adalah RM3,099.
Pengguna akan mendapat baucer RM350 bersama SamsungCare, perlindungan termasuk kerosakan akibat cecair.
Spesifikasi Galaxy S21 FE 5G
Pemproses: 64bit Octa Core
RAM: 8GB
Kamera: 12MP + 12MP + 8MP
Storan: 128GB / 256GB
Disiarkan pada: Januari 5, 2022 @ 11:14pm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|